Friday, January 6, 2012

comments tentang filem Ombak Rindu

hello..

MS nak start dengan 'okey' actually MS baru je habis tengok filem OMBAK RINDU sebabnya hari tu MS betul-betul x dak masa nak tengok citer tu. lagi pun x dak partner nak tengok plus MS tau yang kawan MS akan donlod citer tu so x payah la nak berebut masok panggung kan. what a waste. haha. jangan marah plak ye abang Osman Ali. hehe. 'Ombak Rindu' ya citer yang dikatakan mampu pecah panggung sebab dengan hanya beberapa hari dapat mengumpul jutaan ringgit malaysia kerana pelbagai cerita yang digembar-gemburkan tentang citer tu. wah. tahniah! MS ucapkan kepada filem tu.

tambahan tu MS juga dengar yang filem tu mampu melelehkan air mata jantan si mat-mat rempit segala. memang kagum habis la dengan filem tu. sampai ada yang cakap don't forget to bring along the tissues time tengok citer tu. hebat bukan? dan ada yang cakap kalau tengok citer tu keluar panggung konfem mata merah hidung plak terkencing [berhingus] haha. ye la mau taknya tengok citer siap meraung dalam paggung kan. hehe.




TAPI bagi MS filem ni x la seperti yang semua orang gembar-gemburkan. terlalu banyak jugak yang perlu diperbaiki lebih-lebih lagi pelakon-pelakon yang dipilih. banyak jugak part-part yang menjadi pelik dan aneh dalam citer tu. fisrt MS nak comment pasal certain part yang nampak sangat palsu. contohnya time Harris [Arron Aziz] selamatkan Izzah [Maya] masa time hujan. sepatotnya basah kuyup la kan tapi lepas je masok dalam disko tu semua jadi kering. baju Harris pun kering. dahsyatkan?? haha. part lain time Harris suruh Izzah gugurkan kandungannya. wah bukan main dahsyat Harris tu sepak terajang bakul sampah yang x bersalah tu alih-alih time dia angkat Izzah bakul tu hilang. mungkin make-up artist tolong alihkan ye. lagi time dekat sampan masa jam kesayangan Izzah yang Harris bagi tu jatuh dalam laut yang err agak kotor airnya tu bila tengok je dekat ujung sampan tu ada tali tapi sekejap lepas tu hilang then ada balik then hilang ala-ala chips more gitu. haha. MS rasa mungkin time hero kampung tu ambikkan jam tu dia lemas kot sebab tu Izzah bagi tali kat dia. haha. yang tu je yang sempat MS perasaan giler dalam citer tu. MS  ada juga baca satu blog ni yang mengatakan arah keretapi juga salah. tak tau nak explain macam mana. lain tu time Harris call Izzah masa Izzah kena halau. kalau tengok no fon dekat handphone Izzah nombor telefon bimbit sedangkan Harris call guna telepon rumah. mungkin telefon rumah Harris guna simkad kot. x ke naya tu. haha. biar la logik sikit kan. hmm. banyak lagi sebenarnya contoh gambar pada dinding bilik Izzah dikampung. sekejap tak ada then tiba-tiba ada. perut Izzah semasa mengandung juga senget time atas kapal layar. hihi.




pilihan pelakon plak. yaa. semua pelakon yang dipilih sesuai dengan watak tetapi cara penyampaian oleh pelakon time berdialog tu agak kurang kena. terutamanya si Ibu kepada Harris tu [Auntie Azizah Mahzan] cara dia cakap terlalu lah plastik. ye mungkin sebab memegang watak sebagai seorang yang kaya memaksa dia untuk cakap seperti mat salleh celup tapi pada-pada la sikitkan. over sehingga penyampaian skrip lari dari feeling penonton yang macam MS ni. paling ketara time dia sebut "bohong!!" , "pergi jahanam!!" sungguh plastik. selain tu lakonan Mila [Lisa Surihani] agak kurang menjadi sebab watak tu tidak berjaya dilakonkan dengan penuh perasaan mungkin asyik teringatkan Abg Yus kot. haha. lain tu time Harris suruh ibu dia mengaku yang dia anak angkat tu masa dia cakap "why? why ibu? why?" lepas Pak Dollah bagitau siapa dia yang sebenar tu. sangatlah plastik. kalau diikutkan x layak untuk masok Pilih Kasih kan. hehe.

apapun filem ni agak terbaik la kalau ianya benar-benar berjaya menjatuhkan air mata jantan kan. haha. tahniah sekali lagi buat semua krew yang berjaya membikinkan filem ini sehingga ketahap ini. MS cuma menyampaikan apa yang MS boleh katakan tentang filem ni. jadi yang kurang perlulah diperbaiki untuk masa akan datang. memandangkan filem ini adaptasi dari novel yaa ianya agak berlainan sedikit dari novel sebenar. tapi mcm dikatakan mereka tidak boleh lakonkan 100% seperti dalam novel. tahniah sekali lagi. 'Ombak Rindu' cayalah beb!!! bye.

nota : MS hanya menyampaikan apa yang MS nampak time tengok filem tu so harap no heart feeling or what not. kalau x puas hati boleh kaji then komen ye. jangan saman plak. haha.

5 comments:

Arsyad Muhamad said...

Jahanam kao dolah! :P

Hazwan Hashim said...

bohong........

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

lelaki yang menangis tengok filem ni adalah lelaki yang punya feel tentang cinta. haha..bravo atas penelitian khusus and bagi komen superb!

Anonymous said...

saay menguap sepuloh kali tgk citer ni kat wayang...
hahaha...

HNY2012
acap

Ur blog should be in my bwalking list 2012?check it out at ACAPSUUR

Hazwan Hashim said...

fifiey lychee maration : haha... ye kot kan.

asyraf ahmad : nsib baik menguap je kalau terbedengkur mcmmana??? haha.