Friday, October 17, 2014

TRAVEL : Singapore Budget Trip (Part 2)

Ini aku sambung cerita pasal Singapore Budget Trip aku hari tu... 

Untuk second day kami kat sana, we choose to visit Sentosa Island. Nak ke Sentosa Island tak susah mana pun. Boleh pergi naik kereta takpun naik je lrt kat situ. Naik dari Vivo City harga untuk seorang ticket return SGD4 (RM8++). Naik lrt lagi senang sebab terus ke station yang kita nak pi. Kat island tu ada 4 station. Ke USS dan ke beaches yang ada kat pulau tu. 

So we decide nak jenjalan kat USS dulu. Tak masuk pun. Tapi kalau tak silap nak masuk USS tiket dia harga RM180 kot. Gila ramai yang beratur nak masuk sana. Kami usha dari luar je mampu. Nama pun budget trip. Kami masuk Hard Rock Cafe tapi takde apa lagi time tu. Based on one of my dormmate kat hostel kata malam tu ada live band. Dia sempat pergi. 





(aku usha dari luar pagar je la nanti nanti kita pergi lain)

Petang tu kami ke Palawan Beach kat Sentosa Island. Sempat lagi tau aku tukar baju. Hah itu jangan tanya sebab lecak ketiak doe kalau panas panas aku nak ber-cardigan. Cantik pantai ni. Banyak je orang berjemur. Dah rasa macam kat Hawaii. 




Actually aku tukar baju time kami balik ke hostel tengah hari sebab kaki aku yang bengkak tu dah melampau tak laratnya. We decide la balik untuk rileks jap makan tengah hari dan ke money changer. Sebelum naik ke hostel aku sempat lagi nak merasa ais krim sandwich yang lazat tu. Aku beli dekat depan Tokong Hindu China Town. Harga SGD1.20. 


Kami jugak sempat shopping sikit souvenir kat USS tu. Beli pen yang ala papan 'cut' dalam drama tu SGD4.90 dan fridge magnet SGD6.90. Okey la tu. Tak yah beli banyak. Sekadar tanda kita jejak kaki kat USS je bukan nak buka galeri pun kan. 

Malam tu kami sambung shopping kat China Town lagi. Nazril nak beli untuk last shopping. Habiskan duit SGD. Malam tu jugak kami sempat chit chat dengan roomate! Macam-macam kami sembang. Dari Spain sampai England sampailah ke Malaysia dannnn malam tu jugak ada roomate baru dari Jakarta. See duduk hostel lagi best okey dari duduk Marina Bay Sand! Haha. 


Padah menapak satu Singapore dengan kaki terseliuh so kaki aku bengkak macam nak meletup. Sampai nak ke balik Malaysia! Huaaaa sakit yang amat time nak berjalan. 



Kami balik dari China Town ke Kranji Station untuk ke Johor. Kami guna perkhidmatan Causeway Link. Untuk yang travel via Air Asia dapat free je naik bas nak ke Malaysia (Senai Airport). Dan kami jumpa kawan baru dalam flight!




Yay! Dah sampai Penang International Airport. Thank you Singapore! So that's my experience ke Singapore! Bye!

Friday, October 3, 2014

TRAVEL : Singapore Budget Trip (Part 1)

Hai semua

Lama tak update kat sini. Actually almost a month since I visited Singapore. Memang pergi travel kali ni betul-betul budget. Travel ni pun last minute plan. Tak terfikir pun nak pi travel kat Singapore tapi tetiba i think i need to go somewhere so ter-pergi la Singapore. Why Singapore? Haruslah sebab iols village people yang tak pernah pergi sana lagi. 

I went there for three days. Cukuplah untuk budget traveller macam aku ni. Aku pergi berdua dengan Nazril je kali ni sebab nak dare pergi travel sendiri tanpa mintak tolong yang pakar. Pasal tempat, hotel, map semua kami google je. I'm so grateful sebab ramai yang suka share pengalaman kat blog depa. At least we can share indirectly help people. Kan? 

We took Air Asia for the flight. Kami pergi dari KL. Kebetulan harga tiket agak murah dan berbaloi. Aku lupa harga tiket dia berapa tapi tak sampai pun RM100. Sampai kat Cangi Aiport Terminal 1 sangat awal pagi so we decided to go and find Singapore Tourist Pass (STP) dulu. Pakai menda alah ni sangat membantu utk jalan-jalan guna bus/mrt/lrt around Singapore. Harga STP SGD30 (RM80) per person for unlimited use for three days. Boleh refund tau kalau guna tidak lebih 5 hari. Nak beli tiket ni senang je pergi ke Terminal 2 dan cari kaunter tiket ni. Better tanya orang dekat situ supaya tak sesat. 


Lepas kami dapat tu terus kami ke Merlion Park. Memang waktu tu matahari dah panas memancar. So kami tetap nak pergi jugak. Ingatkan kami je pergi time tu padahal ramai je orang. Kalau petang lagi cantik tapi petang selalu penuh orang kat situ. 




Lepas tu kami find the way nak ke Garden By The Bay. Senang je kalau follow maps mrt. Kat situ sangat cantik. Boleh snap gambar banyak berlatarkan Marina Bay Sand. 



Almost lunch hour so kami decided untuk ke China Town nak check in hostel. Kami pilih untuk stay kat hostel sebab lagi murah dan boleh dapat banyak kawan. Kami stay kat A Beary Good Hostel, Pagoda Street, China Town. Betul-betul kat kawasan shopping China Town. Senang la kalau nak shopping cenderamata. Aku lupa harga hostel ni tp murah je. Siap dapat refund balik duit deposit. 





Kami rest dulu kat hostel sebab letih berjalan cari mrt station. So lepak guna wifi laju hostel tu dulu. Dan untuk makan tengah hari merangkap makan malam kami try Singapore Zam Zam kat Arab Street. Kami pekena murtabak daging (SGD 5) dan chicken briyani (SGD 6.50) kalau set sekali dengan coke SGD 8. Puas gila makan sebab big portion. 




Petang tu kami lepak dekat Marina Bay Sand sambil tengok butik LV. Mampu tengok je la. Sunset kat situ cantik even bukan dicelah gunung atau bukit tapi cantik sebab sunset celah sky scrapper building. 



Malam tu kami lepak kat bilik je sambil menikmati aircond super sejuk. Tetiba teringat nak cari jalan ke Sentosa Island and usha price ticket. So kami ke Vivo City jap malam tu. Dan sempat jugak beli barang kat area stall kat bawah China Town tu. 




From our hostel view. Dekat bukan. 
Nanti aku sambung lagi...