Walaupun busy dengan final practicum aku tetap gigih meneruskan 'projek' besar aku iaitu cafe hunting. So semalam sebelum buat rancangan pengajaran aku keluar dulu dengan si Nazril dan Fikri.
We decided to try out Coffee Lab. Nak cari kafe ni mudah senang berrrrbaloi sebab tak susah nak cari. Taip je kat GPS dia akan tolong bawak. Tapi kalau tang tak reti nak ber-GPS boleh cari Hotel Grand Alora lepas tu akan nampak The Leverange Business Hotel haaa terus boleh nampak kafe tu bawah hotel ni.
Hotel tu tingkap dia warna warni waktu malam. Meriah uols. Senang nak cari.
Konsep cafe ni adalah self service. Kena bancuh kopi sendiri. So pepandailah korang guna mesin kopi tu. Hahaha. Tak lah ada ja pembantu kedai nak tolong.
Nampak tak dua orang gigih bancuh sendiri. Kafe ni sebenarnya bergabung dengan The Leverange Hotel tu. Harga coffee kat sini sangat berbaloi dan berpatutan.
Ni Fikri punya dia try Nescafe Latte Macchiato yang berharga RM 5.80. Tak sempat aku rasa terus lesapppp tinggal cawan. Aku syak dia kemaruk kopi.
Nazril pulak cuba Hazelnut Coffee. Yang ni aku sempat rasa dan sedap sebab ada rasa kaciang dalam tu. Harga RM5.50. Kami tak makan kat situ dan tak sure ada ke tak side dish. Tapi aku rasa ada kot. Kalau hampa try boleh komen sini.
Kita tengok sikit interior kafe ni. Nice and cozy untuk lepas bincang pasal bisnes.
1 comment:
agak2 cafe ala2 coffeelab ni ada tak kat area sg petani ? setakat ni takjmpa lagi kedai yang mampu lawan coffeelab huhu nak carik cafe2 yang condusive nak study . kalau ada kat area sg petani bgtau please
Post a Comment