Thursday, June 18, 2015

FOOD: The Library Coffee Bar, Alma, Penang.

Semalam sempena nak sambut Ramadhan aku saja la pergi cuci mata area Aeon Mall Alma. Plan asal nak beli perfume tapi tak jadi sebab consider nilai mata wang dalam wallet. Jadi jalan-jalan ja la. Kebetulan teringat nak singgah kat The Library Coffee Bar ni. Orang kata interior deco cafe ni best jadi aku teruja sikit nak pi tapi ternyata best gila cafe ni memang cantik. Nak cari cafe ni senang sangat sbb landmark dia adalah Tesco Bukit Mertajam. Betul-betul depan Tesco.

 


Dia buat ala-ala library tu yang nama cafe ni The Library Coffee Bar. Suka jugak kalau all universities got this kind of library. Nice and very cozy. Untuk minum-minum kat situ aku pilih White Chocolate Ice Blended yg berharga RM13.96 for regular size. Sedap jugak sbb rasa creamy and smoothie. Banyak pilihan coffee sampai taktau nak pilih yang mana. Cake pun ada jugak. 



Ni bukan gambar google tau. Aku edit guna vsco cam. Senang upload pilih tekan siap. Memandangkan aku kesorangan so terpaksa minta tolong brader kat situ snap satu picture aku. Ye la takdak sapa nak ajak aku keluar. Nasib baik muka aku muka tak malu. 


Oh ya yang special jugak tentang cafe ni dia ada service drive thru okey. Sangat kelasss. Sapa-sapa nak pi kerja tak sempat nak meng-kopi boleh drive thru sambaq secawan. 


So boleh la datang cafe ni:

The Library Coffee Bar
2333, Impiana Gallery,
Jalan Rohzan, Alma, 
Bukit Mertajam 14000, Penang. 

No comments: