Thursday, November 17, 2011

happy holiday

hello bloggers..
time to celebrate our holidays. take a good care guys and special for tettt. [buat muka bengong]

Wednesday, November 16, 2011

bila habis exam

hello bloggers..

malas nak cerita panjang sebab my previous post MessySerabut dah cakap yang mana MessySerabut dah habis final foundation exam kan so hari ni apa lagi disaat orang lain yang belum habis exam tu asyik dan khusyuk study dan jawab exam, MessySerabut keluar dengan kawan2 pergi membedal dua tiga helai baju dekat Padang Besar. best woohh dan terima kasih untuk one of my friend yang bagi pinjam kereta. :) [alasan paling kukuh sebab x nak ganggu org lain study]




gambar-gambar diatas ni diambil masa dalam perjalanan ke sana. pemandangan waktu pagi. kami keluar dalam pukul 9 pagi so memang jalan lengang ja la. lagipun sekarang ni kan musim exam dan hari ni hari bekerja so x lah sibuk sangat jalan tu. yang makcik2 kaki rombongan pun x ramai. so bas x dek. hehe.

selepas ja sampai di Padang Besar macam biasa tempat yang first kena tuju ialah BANK kalau x habuk je la yang MessySerabut boleh bedal. haha. sampaikan ada yang tanya kami ni sesat ka?? haha. muka macam foreigner la plak ye. [senyum kambing] dan lepas cucuk bagai tibalah masa nak membedal segala macam yang ada kat situ tapi... malangnya kedai belum bukak lagi la. dan macam biasa jugak MessySerabut ni kaki kuat makan so perut dah mula bunyi. cari punya cari kedai jual roti tisu x da dan terjumpa ladang burung unta so singgah dulu. haha. x dak orang jaga wohh. [muka hairan]

[muka takut burung unta telan] haha

[hey tayang ... ke? LOL]

[muka brutal tapi takut burung unta] muahaha

[sendatkan dalam satu pic]
lepas dua tiga minit berlalu kat situ perut x boleh jadi kena jugak carik makanan kalau x pengsan!! haha. segala macam lagu dah berkumandang dalam perut sebab kelaparan. haha. 



terpaksa la jugak berhenti tepi jalan buat muka x malu beli nasi lemak. kawan aku bedal sorang sebungkus ja sekali aku hangkut dua bungkus. MessySerabut memang x cukup makan. huahuahua. makan tu lebih kurang orang yang bela jin. tapi okey la sekurang-kurangnya boleh tahan sampai petang kan. ahh ya ka??? lepas ja makan terus mula beroperasi membedal segala kemahuan mengikut kemampuan seadanya. haha.

[first kedai 'kedai jersey']

[reka bentuk bazaar] x semua kedai bukak lagi.

[kawan aku yang gila jersey] aku pon sama la.


[action ja x beli pon]

[Thai na karp] apa ni??? *motif?
 part yang paling best bila keluar geng laki semua ni sebab boleh usha awexs cun yang ada situ. okey dalam perjalanan kami kacau budak sekolah [hon hon bagai lambai2 sikit], awex motor [fatty] *jahat*, then bila sampai ja kat tempat ni jalan punya jalan kawan MessySerabut syiokk ja dok usha awex ni. cun bapak. jual key chain and baju T. hapa lagi snap la. sesia bawa kemra mahai. haha. hasilnya. dia x perasan kawan aku x perasan at last aku jugak dapat gambo dia. haha.

[yg pegang marker tu bkn yg kecik tu]

[ala2 misi menyelamat Somalia]


 hasil bedalan ialah dua helai baju dan jugak key chain untuk geng sekolah MessySerabut. habis semua RM45.00 sahaja. masa balik bedal laksa plak. [makan lagi maunya x gemok]. so macam tu sehari selepas exam dan cara nak celebrate akhir tahun foundation. [eleh bajet macam habis degree] muahahaha. so sesapa yang dok exam lagi teruskan dan yang habis dan bakal habis jangan enjoy sangat sebab result belom tau lagi macam mana dan selamat bercuti!!! Bye.

p/s: tak sabar nak bercuti dan nak cari kerja part time sebab nak angkat zoom lens plak lepas ni. doakan ekk. :D

Tuesday, November 15, 2011

Unofficially finished my Foundation Course

hello bloggers..

hey today was my last paper for final foundation exam so mean MessySerabut dah habis foundation and dah nak masok degree tahun depan. memang x sabar la kan nak jejak kaki ke alam ijazah. baru senang duduk sikit kan. harap result untuk foundation ni okey la daripada biasa. tapi kena jugak ingat ijazah tu x semudah yang disangka. muahaha. so for SPM candidates how was your english paper? it was difficult or very easy? mesti la senang ja kan. alah english je kan semua mesti boleh jawab ja. amin. memandangkan ada lagi yang masih dalam mode exam so MessySerabut nak kongsi plak cerita pasal exam dan taubat. ye la kan kebanyakkan kita ni melakukan kesilapan kesalahan dan selalu x dapat nak realize kesilapan tu termasuk la MessySerabut.

exam dan solat sunat


kebanyakkan kita ni nak exam baru la nak taubat. sembahyang sunat bagai tapi kalau tengah dok belajar dok enjoying life x hengat nak buat macam tu. x ke hipokrit namanya tu??? jangan la macam tu. memang bagus sembahyang sunat tu bukan x bagus cuma kalau boleh istiqamah la buat benda2 bagus macam tu. MessySerabut ngaku MessySerabut pon macam tu jugak tapi tu la manusia kan kalau senang susah nak ingat kat Allah tapi kalau susah baru la tungging terbalik sembahyang sunat bagai buat benda2 baik segala kan.

exam dan baca Al-Quran


pastu ada jugak yang jenis dekat2 nak exam baru ingat nak buka al-Quran baca Yaasin bagai kan. siap dengan taranum sekali kalau boleh tu. tapi ingat la jugak ikhlas kah kita nak baca semua tu atau semata2 sebab nak exam. jangan permainkan benda2 macam tu. kalau boleh tu exam ke x exam ke baca la al-Quran insyaAllah dapat membantu nak mempermudahkan dalam kehidupan seharian. lepas maghrib ke subuh ke baca la sekurang2nya satu muka surat pon dah cukup. kalau boleh tu baca la lebih sikit.

exam dan maaf


yang ni plak jenis bila nak exam baru ingat nak minta maaf nak salam peluk cium bagai. padahal sebelum tu kaulah musuh ketat aku kan. haha. so kita sebagai manusia semua lakukan kesilapan so cepat2 la mintak maaf x payah tunggu nak exam ke nak pi haji ke. [baru je habis musim haji kan] sebab kalau orang yang jenis pemaaf ni mesti senang dapat kawan dan kawan dia akan jadi ramai sebab semua orang akan senang nak dekatkan diri dengan dia. yang tu okey lagi la ni plak yang jenis bila nak exam baru nak ingat taubat kan. lagi bahaya. sama la MessySerabut pun. tapi kalau boleh tu jangan la time exam je buat macam tu time lain pun kena jugak la. baru adil. :D

tips nak exam:

1. tidur awal malam hari.


2. jangan study last minute.[sebelum masok dewan takot celaru]


3. jangan main sampai letih.[takot tertidur masa jawab exam]


4. makan makanan berkhasiat.[kang sakit perut asyik pi toilet ja]


5. hindarkan baca buku yang tebal2 just look at the notes yang buat sudah. [peta minda penting]


6. jawab semua soalan yang diberi.[buat yang senang dulu yang susah refer kemudian kalau x tau salin balik ja soalan tu senang cerita] hehe.


7. baca doa sebelum dan selepas jawab soalan. 


8. fokus pada soalan jangan dok asyik tengok awex/balak jawab exam.[result kau kau punya pasal] haha.

so DO WELL. wish you best of luck.

Saturday, November 12, 2011

Answers for 'A Little Tagging Game' from Amierah Nabillah

QUESTIONS:

1. If you had one wish, what would you wish for?
2. If you had loads of money, what would you do with it?
3. Name one person who you really look up to.
4. Do you own any pets? If you do, describe about it :)
5. What do you do during leisure time?
6. Describe yourself in three words.
7. What do you think of me? *Ouh dear, I can't believe I'm asking this*
8. What cartoon character do you like the most?
9. Do you think I have anymore questions at this point? *Haha*
10. Let's see, what's your idea of a perfect wedding?
11. What's the craziest thing you have ever done?

ANSWER:

1. "Do appreciate your life being a Muslim"
2. I will help my family then whose that really need for it.
3. Amierah Nabillah [no idea whom i'm going to put his/her name]
4. I don't have pets. Sorry but I like Wonder Pets the most.
5. Blogging, chatting, hang out with friends, listening to music and wasting my time of course.
6. Demanding. Talkative. Caring [sambil angkat kening]
7. Easy to make friend with you. Friendly. Good looking [jgn perasan plak ye.. hehe chill.. :P]
8. Spongebob 
9. Of course because you need to complete 11 questions.
10. Merisik, bertunang, and the most important is IJAB KABUL then having kids. If have extra money why not make it grand. Muahaha.
11. (T__T) I'll be careful. I'll do things lucidly.


P/S: this all questions was tagged by Amierah Nabillah [my friend] just for fun. hehe. kalau nak buat jugak bleh ke blog dia tengok the terms and conditions. bye.

Friday, November 11, 2011

demam EXAM sekarang ni makin menjadi

hello bloggers..

huh semua orang pernah masuk exam kan? x kira la exam UPSR ka PMR ka SRP ka SPM ka tak pon exam nak amek lesen ka. segala jenis exam la. mesti cuak segila mungkin kan. so biasa la ujung2 tahun ni mesti semua sibuk dengan exam itu exam ini x terkecuali la dengan MessySerabut. sekarang ni tengah exam final. eceh.. macam final degree plak dengarnya ya. exam final foundation. tahun depan baru start degree. doakan MessySerabut boleh buat dengan jayanya okey. sempat lagi nak update blog ya. hehe. okey tahun lepas MessySerabut dah penah share dengan readers pasai experience MessySerabut taken SPM kan kat sini. so kali ni nak post pasal cara study budak sekarang ni bila exam fever datang menyerang.

tadi petang MessySerabut ada la la keluar makan dengan kawan2 dekat KFC kangar. memandangkan hujan masa kami tengah makan tadi so terpaksa la kami tunggu dulu dalam KFC tu sampai hujan reda. kebetulan kami keluar dengan motor ja kan. boleh dikatakan ramai pelajar SPM yang datng lepak situ untuk study. x terkecuali junior MessySerabut yang tengah exam semester satu. hadui. pelik MessySerabut tengok diaorang study kat situ. masok ka segala apa yang dibaca???

study sorang-sorang dekat KFC [restoran]




budak sekarang ni dah  x pandai nak beza restoran dengan perpustakaan kan? dengan environment KFC yang bising dengan radio lagu segala bagai macam mana nak masok apa yang distudykan tu? tambah2 baca plak buku sejarah. nampak macam kulit ke kulit je yang baca tapi haram satu x masok. hua3. kan dah buang masa macam tu. campur lagi dengan bau KFC yang mengiurkan tu lagi la x boleh nak fokus asyik terbayang akak keja situ dok goreng ayam sambil mintak order. "makan ke bungkus? original ke spicy??" haha.

study dengan awex or balak


tambah plak yang datang dengan awex balak bagai. lagi lah kan. MessySerabut x penah ada pengalaman amek exam or study dengan awex2 ni so x tau la macam mana rasa tapi MessySerabut boleh la terbayang macam mana perasaan bila study dengan awex balak ni. macam tadi MessySerabut tengok yang si awex ni buka buku Teks Sejarah Tingkatan Lima tapi mata tu dok pandang muka si balak dia. hapa yang dia telek sebenarnya pon x tau? mungkin zaman pra sejarah ada tuleh kat hidung balak dia tu kot? haha. yang balaknya plak dok pandang awex lain study; x ke naya si minah tu dah la susah payah keluar nak study [kononnya] yang balak usha pompuan lain. haih.. budak zaman sekarang ni.

study group atau sekampung

lepas tu yang jenis study group. mai punya la ramai bawak buku bertimbun. segala macam semua buku depa hangkut mai. buku teks, buku latihah cikgu bagi [paksa beli sebenarnya] buku masak mak depa la, buku AVON pon depa hangkut buh dalam beg. nak study ke buat jualan langsung ni dik? tambah plak dok dekat dengan meja MessySerabut makan memang hilang fokus la macam ni. MessySerabut mana reti dudok diam masa makan tambah2 dengan kawan2 kalau dengan bakal mak mentua ye la kot nak diam sopan sikit. ehem ehem. lagi2 bila MessySerabut nyanyi lagu aliff satar mengikut rentak dalam radio yang KFC tu pasang lagi la muntah hijau orang yang nak study tu. so fikir la sebelum nak study tu.

ni sikit petua nak study ikut cara MessySerabut yang MessySerabut tau la:

1. study dekat rumah dalam bilik sambil pasang muzik lagi bagus ayat suci Al-Quran [lagi bagus kalau ada aroma terapi sekali boleh meransang minda tau].


2. study dekat perpustakaan sambil tu boleh buat rujukan sekali dan x bising sebab ada sign ni:




3. study dekat sekolah dengan kawan2 lepas habis kelas kalau ada cikgu x balik lagi boleh tanya soalan yang susah tu.


4. study dekat taman bunga ke tasik ke baru la tenang sikit fikiran tu sambil menikmati keindahan alam semulajadi. [pilih tasik yang bersih ja tau].


so MessySerabut nak ucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua yang sedang atau akan menjalani exam. buat yang terbaik dan doakan yang terbaik jugak untuk MessySerabut. amin. bye.



Thursday, November 10, 2011

very the stress 11.11.11

hello bloggers..

Tuesday, November 1, 2011

dedikasi buat mak tersayang

assalamualaikum..

SELAMAT HARI LAHIR MAK!!! hari ni ulangtahun hari lahir mak aku yang ke 52. semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu hendaknya. kami semua sayang mak sangat2. mak memang superb. terima kasih jugak sebab jaga kami adik beradik dari kecik sampai sekarang dan akan datang. love you mak!! :D so pagi tadi aku ada la text mak aku so dia bagitau yang kuih siput yang mak aku buat kelmarin agak gebu so ia amat sesuai untuk kanak2 yang baru lahir untuk makan. hehe. okey nak cerita sikit pasal mak aku. 

mak aku seorang yang penyayang sangat terutama kat suami dia (arwah abah aku) dan kami adik beradik. dia jugak suka memasak. masak mcm2 terutama untuk anak dia yang seorang ni sebab aku ni paling kuat makan dalam family aku. haha. maunya x gemok kan. mak aku jugak kadang2 sensetip sikit lebih2 lagi lepas ketiadaan abah aku dua tahun lalu. tapi aku dan adik beradik yang lain selalu la bagi dia ceria. mak aku suka bagi pesanan untuk anak2 dia. x kira la pesanan ringkas ke full package punya pesanan ka. tu yang best buleh buat karangan adik aku kata. haha. you got that right. alah memang kalau dah mak tu berleter tu biasa la. haha. mak aku jugak suka melawak ngan anak2 dia. mak aku suka sangat baby sebab tu eksited jugak mak aku nak ada cucu sendiri tahun depan. hehe. aku suka lepak ngan mak aku. pi shopping complex sesama. x dak keta kami pi merempit naik moto. 'macho' x mak aku. haha. stylo la. lepas tu kalau aku kata nak makan something mak aku cakap pi beli barang sure mak aku buat punya. pasal keagamaan x payah kata la mak mana yang x mau anak dia jadi baik kan. so sama la mcm mak aku ni. suruh kami pergi masjid la. aku ngn adik aku la sebab kami kan anak lelaki. hehe. mak aku selalu pesan supaya jangan lupa dekat arwah abah aku. sedih pulok. nak cerita memang banyak lagi so I LOVE MY MAK tu je yang aku boleh cakap. mak memang terbaekk lah.. hehe. :"P

ni masa konvo kak aku yang nurse

ni malam raya kedua tahun lepas. main bowling.

ni la MAK kesayangan kami adik beradik.
 "HAPPY BIRTHDAY"

p/s: nanti suruh kak ija n kak ima beli kek kat mak okey. kasi secret recipe punya. hehe.