Monday, March 2, 2015

FOOD: Deco Cafe, Alor Setar

Hai uolssss!

Semalam aku dengan kawan-kawan celebrate belated birthday Fikri. Celebrate lambat sikit sebab biasalah kekangan kewangan. Haha. So kami decided nak makan dekat Deco Cafe memandangkan tak pernah lagi try cafe tu. Luaran dia macam menarik gila. 

Kami pi malam dalam lepas maghrib macam tu. Selalunya ramai orang tp memandangkan kami dah sampai awal so tak ramai sangat waktu tu cuma bila dah lama sikit tu ramai jugak yang masuk. Interior dia okey sangat. 

Cantik. 

So kami pun order la makanan kami. Banyak pilihan tapi tak tau nak makan apa. Matilaaa tak reti nak pilih. 

Aku try Cheesy Baked Chicken yang harganya RM 17.80. Ada ayam yang chicken chop tu pastu ada pasta and salad. 


Bagi aku ayam dia tak sedap sangat yang sedap cuma kat cheese dia saja. Salad and pasta okey boleh la nak telan. Sedap jugak. 

Yang lain makan Aglio Olio (RM 12.80) yang ni sedap jugak sebab terasa la dia punya aglio olio tu haaaa. Licin kawan aku makan. Yang lagi sorang pilih Deco Chicken Chop. Ayam dia sama macam aku cuma dia takdak cheese tu tapi ada sos tartar ke lemon aku tak sure tapi tak la sedap sangat. Biasa saja. Harga RM13.80. 



Belated birthday boy pilih Meatball Bolognese. Kuah semua dah okey tapi meatball dia tak sedap sangat. Harga RM 12.80 berbaloi laaa. Minuman biasa saja dan aku tak snap. Harga minuman aku ingat sebab ada resit. Hahaha. Latte Frappe RM13.80. Mocha Chips Frappe RM13.80. Raspberry Mocktail RM7.80. Dan sky juice paling mahal RM0.50. 



Birthday boy ada belanja cup cake red velvet. Mention lagi sekali CUP CAKE. Harga display RM3.80 se-cup harga dalam resit RM9.80 sama harga satu slice. 


Service tip top. Makanan tip top. Tapi mai kat cashier macam haram. First bagi resit salah. Boleh pulak bagi resit orang sebelah. Lepas tu harga cupcake tetiba bertukar. So sesapa yang nak pi makan situ check resit and harga before balik. Itu nasihat aku. 

Ingat. 

2 comments:

Syiera said...

I makan dengan kawan...chicken chop...hmmm x berbaloi..sebab ayam berbau...kuah pun x ciput...tp mungkin tu kesilapan teknikal...mgkin nk jd time i maoan je...time org len ok..pape pun nk try la shell out dye lak..hopefully ok la cam org kabo tu

Syiera said...

I makan dengan kawan...chicken chop...hmmm x berbaloi..sebab ayam berbau...kuah pun x ciput...tp mungkin tu kesilapan teknikal...mgkin nk jd time i maoan je...time org len ok..pape pun nk try la shell out dye lak..hopefully ok la cam org kabo tu