Friday, October 17, 2014

TRAVEL : Singapore Budget Trip (Part 2)

Ini aku sambung cerita pasal Singapore Budget Trip aku hari tu... 

Untuk second day kami kat sana, we choose to visit Sentosa Island. Nak ke Sentosa Island tak susah mana pun. Boleh pergi naik kereta takpun naik je lrt kat situ. Naik dari Vivo City harga untuk seorang ticket return SGD4 (RM8++). Naik lrt lagi senang sebab terus ke station yang kita nak pi. Kat island tu ada 4 station. Ke USS dan ke beaches yang ada kat pulau tu. 

So we decide nak jenjalan kat USS dulu. Tak masuk pun. Tapi kalau tak silap nak masuk USS tiket dia harga RM180 kot. Gila ramai yang beratur nak masuk sana. Kami usha dari luar je mampu. Nama pun budget trip. Kami masuk Hard Rock Cafe tapi takde apa lagi time tu. Based on one of my dormmate kat hostel kata malam tu ada live band. Dia sempat pergi. 





(aku usha dari luar pagar je la nanti nanti kita pergi lain)

Petang tu kami ke Palawan Beach kat Sentosa Island. Sempat lagi tau aku tukar baju. Hah itu jangan tanya sebab lecak ketiak doe kalau panas panas aku nak ber-cardigan. Cantik pantai ni. Banyak je orang berjemur. Dah rasa macam kat Hawaii. 




Actually aku tukar baju time kami balik ke hostel tengah hari sebab kaki aku yang bengkak tu dah melampau tak laratnya. We decide la balik untuk rileks jap makan tengah hari dan ke money changer. Sebelum naik ke hostel aku sempat lagi nak merasa ais krim sandwich yang lazat tu. Aku beli dekat depan Tokong Hindu China Town. Harga SGD1.20. 


Kami jugak sempat shopping sikit souvenir kat USS tu. Beli pen yang ala papan 'cut' dalam drama tu SGD4.90 dan fridge magnet SGD6.90. Okey la tu. Tak yah beli banyak. Sekadar tanda kita jejak kaki kat USS je bukan nak buka galeri pun kan. 

Malam tu kami sambung shopping kat China Town lagi. Nazril nak beli untuk last shopping. Habiskan duit SGD. Malam tu jugak kami sempat chit chat dengan roomate! Macam-macam kami sembang. Dari Spain sampai England sampailah ke Malaysia dannnn malam tu jugak ada roomate baru dari Jakarta. See duduk hostel lagi best okey dari duduk Marina Bay Sand! Haha. 


Padah menapak satu Singapore dengan kaki terseliuh so kaki aku bengkak macam nak meletup. Sampai nak ke balik Malaysia! Huaaaa sakit yang amat time nak berjalan. 



Kami balik dari China Town ke Kranji Station untuk ke Johor. Kami guna perkhidmatan Causeway Link. Untuk yang travel via Air Asia dapat free je naik bas nak ke Malaysia (Senai Airport). Dan kami jumpa kawan baru dalam flight!




Yay! Dah sampai Penang International Airport. Thank you Singapore! So that's my experience ke Singapore! Bye!

No comments: