Sunday, May 10, 2015

FOOD: KEEV'S Eat + Drink + Lepak Cafe, Kulim, Kedah

Weekend semalam aku tak tau nak pi mana so plan la nak lepak dengan si Shud ni. Mula-mula cadangnya nak pi Orked.co Vendor Boutique and Cafe kat Permatang Pauh tapi cancel sebab macam jauh ja nak pi semata-mata nak lepak kan? Jadi tukar plan just pergi Landmark Kulim saja kebetulan aku nak cari rechargeable battery untuk camera aku yg zaman dulu-dulu tu. Tapi kedai yang aku cari dak tutup. Hampeh betol! 

Jadi kami plan la nak high tea kat mana-mana kafe. Kebetulan jugak KEEV'S Cafe ni aku tak pernah try lagi so setuju je la minum lepak situ. Shud ajak si Epid sekali so why not after years tak jumpa boleh chit chat kat situ tanya "anak dah berapa?" "Suami terbaik ke tak?" Ahahaha. Tapi semua single lagi. 





Tak sempat apa lagi aku dah snap untuk share dengan hampa. Nak cari senang ja on the way nak ke Tesco Kulim dari Landmark Kulim tu tengok ja belah kiri kat belah Taman Kempas.  

Aku order Keev's Signature Tandori Wrap yang harga dia RM6.90 dan jugak ayaq Cucumber Concentration RM7.90. Ayaq ni depa campoq cucumber+pineapple+dragonfruit tu yg kalerful tu. Kebetulan tengah diet so ok jugak la menu kat situ. Ayaq detox katanya. 




Sedap jugak benda alah ni biar pun kelihatan sihat dan penuh kehijauan. First time try and not bad! 

Shud plak teringin + mengidam salad. Gila hape kau mengidam salad. Sejenis baka kambing biri-biri ke hapa. Hahaha. So Shud pilih Grilled Chicken Salad RM8.90 minum dengan ayaq sprite RM3.50. Makanan dah sihat tapi tang ayaq tu problem sikit. Sehijau warna daun sangat dalam pinggan si Shud ni. 




Si Epid taknak makan sebab mengidam KFC so dia just minum ja. Dia minum Watermelon Juice RM5.90. Ok la bg chance ibu mengandung. Eh mana ada laa. Semua kan masih single. 

Lepas makan harus lepak dulu sepam dua. Photoshoot and photofood adalah wajibalghunnah. 



Thank you abg bangla snap gambaq ni. Ramah nau siap suh makan salad tu cepat-cepat "flies like sauce, you eat" katanya. Maksud dia lalat suka bau sos tu. Siap tunjuk-tunjuk lalat terbang. Padahal seekor ja. Jaga kebersihan betul aney kafe tu.  

Ni alamat aku bg:
894, Taman Kempas 3,
09000, Kulim,
Kedah. 

1 comment:

Nurul Faiz said...

sedapnya salad tu. hihihi