Mampoih laa lama gila tak update blog nanti ada orang carut kata ada blog tak berhabuk malas update. Bukan malas update cumanya tak dak benda nak update.
Ni pun baru saja start practicum kat area Alor Setar ni haa. Lepas ni mungkin lagi busy dengan thesis laa hari sukan laa. Tapi otak dok pikiaq nak berjimba saja ni macam mana?? Semalam cadang nak pi Ukir Mall nak tengok cat show tapi sekali dah tutup alamatnya terus ke tempat makan. Nazril suggest nak makan kat Le' Medina cafe. Walaupun awalnya dah mentekedarah Dominos pizza tapi nafsu makan macam bela saka.
Ni kedai dia nak habaq jalan pun aku taktau sebab member yang drive. Aku ikut ja duk kat belakang. Cafe ni tepi Medina Thai Palace. Nazril suggest sebab dia dah pernah pi dah sebelum ni.
Tu sikit interior cafe tu. Nice and cozy laa sebab nama pun cafe kan tempat lepak. Disebabkan kenyang sikit malam tu aku decided nak makan cake sahaja. So aku pilih rainbow cake tapi depa tak jual sebab tak nice dah. So tukar neopolitan cake.
Dan aku order minuman tropical fruit smoothie.
Yang ni sedap masam sikit tapi okey lah nak bg hilang muak. Harga minuman ni RM 7.90.
Fikri ada jugak ambil kek tiramisu harga kek tu pun sama jugak RM 8.90.
Lepas tu dia ada order nasi lemak hijau medina. Kelas gila nama nasib baik sedap sama level dengan nama dia. Nasi lemak ni aku rasa la jugak. Lebih kurang nasi bojari kat madam kwan's. Harga nasi ni RM 13.90.
Sebelum makan kita selfie serba sikit habuan nak tunggu order Nazril sampai. Nazril nak makan sup tulang rusuk tapi tak available so tukar makan beef lasagna yang berharga RM 16.90. Sedap dan berbaloi siap tapau sebab tak habis makan.
Haaa lupa pulak nak bagitau yang Fikri order minuman lemongrass tea. Dekali sampai gini rupa dia.
Boleh guna serai ganti sudu nak kacau. Harga dia RM6.90 dan cold water RM1.00.
Malam yang kami mai cafe ni ramai jugak orang. So sesapa tak tau nak makan kat mana kat Alor Setar ni la tempat makan recommended area Alor Setar. Bye! Ada kelas nak ngajaq!
1 comment:
MMG BEST MAKAN DEKAT SINI KAMI DAH TRY MAKAN
Post a Comment