Thursday, June 4, 2015

TRAVEL : Pulau Langkawi, Malaysia

Happy holiday guys! 

Ni aku nak update sikit pasai Pulau Langkawi. Untuk cuti sem kali ni aku plan dengan kawan-kawan nak holiday kat Langkawi. Plan asal nak ke Krabi tapi bajet menyusut jadi tukar bercuti dalam Malaysia sudah. Malaysia Truly Asia katanya. Kami ber-Langkawi selama 4 hari 3 malam. 

DAY 1
Kami pilih untuk ke Pulau Langkawi via flight. Lagi pun tiket tengah murah time tu. Kami pilih Air Asia dengan harga tiket sehala Pen -Lgk RM39 sahaja. Murah bukan? Kalau yg prefer naik ferry harga RM36 (return) dari Kuala Perlis. Aku naik flight sebab dekat. Kami depart pukul 4 ptg. Flight just 15 minit sahaja. 



Sampai airport kami ambek teksi sahaja ke Pantai Chenang dgn harga RM18. Kami stay di AB Motel. Harga bilik kami ambil RM130 satu malam beach side. 
Petang tu kami enjoy sunset sahaja. 




DAY 2
Hari kedua kat sana kami island hopping. 
Pakej kami ambek under AB Tour and Travel harga RM27 termasuk fee Pulau Dayang Bunting. Tapi nasib kami tak baik sangat sebab bot kami naik rosak so kena tumpang bot lain yang memaksa kami tunggu lama. Island hopping termasuk tiga pulau tau. Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dgn Pulau Beras Basah. 






Sampai bilik petang tu kami just mereput dalam bilik sebab hujan takleh mandi pantai. Ombak besar engko. 
Malam kami keluar cari makan dekat area motel kami duduk tu. Lagipun situ sangat strategik sebab dekat dengan Cenang Mall, tempat makan dan Underwater World. 

Aku makan dekat My French Factory. Aku try dia punya signature dish iaitu Salted Crêpe. 



Tengah malam kawan-kawan aku buat beach party celebrate birthday aku yg ke23. Thank you so much!



DAY 3
Hari ketiga kami decide to go shopping dekat Pekan Kuah. Kebetulan nak beli tiket feri balik. Kami shopping coklat dekat Haji Ismail Group sebab murah dari tempat lain. Aku rembat kain batik 2 helai kat mak aku. Haha. Anak mak kan. 



Malamnya tu family angkat datang Cenang nak jumpa setelah sekian lama tak jumpa. 


DAY 4
Waktu balik dah sampai. Kami check out pukul 12.00 tghhari. Btw kat AB Motel kena bayar deposit kunci RM50 in case hilang dan boleh refund time check out. 

So that's my travel journey kat Langkawi Island. 

Tips: Kalau datang sini better tak payah sewa kereta or moto. Naik ja teksi sebab harga lagi murah dari bajet sewa kereta dan lagi selamat sebab org sini naik kereta macam dapat lesen haram tak pi sekolah memandu. 

No comments: