Wednesday, December 28, 2016

TRAVEL : Hatyai & Koh Lipe, Thailand

Yes 2016 dh nak habis. Aku tau azam tahun 2016 hampa mesti banyak yang terbantut kan? Tau dah hampa tu. Aku punya azam pun tak tercapai semua terutama bab nak turunkan berat badan. Turun 2kg naik balik 8kg. Kau rase???

Tapi untuk azam nak ada kerja tetap dan travel tu so far tercapailah walaupun ada dugaan dan cabaran tersendiri. Jadi baru baru ni aku dh berjaya menjalankan misi #AmazingThailand #HazwanPusingDunia dengan jayanya. Aku plan mula-mula nak pergi solo backpack but since ada member yg boleh join so why not pergi ramai-ramai. So kami berempat menawan Hatyai dan Koh Lipe (aku, Shud, Chut & Denner). Selain travel aku dpt kawan baru jugak. Bajet semua aku habis around RM650 termasuk shopping, makan besar, hostel/hotel, transport. 

Kami guna jalan darat untuk ke sana disebabkan kami semua dok utara Malaysia jadi lagi senanglah nak naik komuter melalui jalan darat. Dari Penang kami ke Padang Besar naik komuter. Sampai boarder semua dah siap check passport dan beratur cop imegresen kami cari van untuk ke Hatyai. Van sangat senang nak cari dan cuma kena bayar 50baht sahaja. Murah sangat. Dalam van semua tidoq sebab lapaq. 



Sampai Hatyai terus check in Hatyai Meridien Hotel. Share satu bilik empat orang. Lepas semua dh ready mandi, rehat sat kami keluaq cari makan tengah hari walaupun dh petang. So kami ke Central Festival Hatyai. Lunch kat sana. Berhati-hati masa nak beli makanan male sure halal okey. Lepas tu Denner bagi task untuk cari hadiah Xmas. Pakat beli untuk kami exchange hadiah tu. Kami nak tuktuk ke mall tu. Best okey. 20baht ja per pax. 


Lepas pada tu kami ke Floating Market jugak naik tuktuk. Tapi kos dia mahal sikit untuk return 200baht. Kami bayar masa route balik sebab takut kena tipu. Uncle tu tunggu je kami jalan kat floating market. Kat sini bermulalah episod aku takut anjing. Belambak okey. Bersepah sepah macam kucing kat Malaysia. Kat situ aku try makan Egg with Mussel. Denner kata good for men health. 





Lepas solat magrib dan siap cari pakej ke Koh Lipe kami ke night market pulak. Gila best sampai aku pun tershopping seluar sebab murah 180baht sahaja. Okey kalau nak cari pakej ke Koh Lipe boleh pi cari depan Lee Garden. Ada  tour agent kat situ. 



Language barrier sangat lah menguji di sini. Nasib ada Chut si budak siam. Kalau tak semua nganga. 

The next day kami gerak ke Koh Lipe. Dijemput oleh abang Honda Civic baru depan hotel ke Pakbara Jetty. Sejam lebih jugak lah. Siap sambung tidoq dalam kereta semua orang. Sampai kat jetty dah check in semua tunggu speedboat. Load barang and masa untuk berlepas. 



Boat tu berenti banyak tempat jugak lah. Eh silap dua tempat sajo. Aku lupa nama apa tempat tu tapi aku belanja gambar okey. Dalam perjalanan tu ombak besaq okey. Aku siap mengucap sebab cuak. 





Pantai kat sini semua cantik dan jernih. Memang lawa. Setandinglah dengan dugaan perjalanan nak ke sini. Kan?? Pakej kami sorang 1200 baht. Kira murah lah tu return Hatyai-Koh Lipe. 

Anddddddd....

Tara its KOH LIPE, THAILAND


Air crystal clear. Teruja gila aku. Dan tak sabaq nak cecah air. Walaupun Chut muntah kami yang lain dh tak terasa apa sebab teruja sangat. 







Kat sini hampa jamu mata habis habisan. Pemandangan sangat indah luar dan dalam. Banyak kedai cenderamata. Tapi harga. Mahal sikit lah but still boleh bajet. Aku tak sempat pergi snorkeling sebab kena balik awai. Ada meeting. C***ka. Hahahaha. So before balik breakfast makan roti nutella dlu. 


Sepanjang kat Koh Lipe kami stay dorm kat A Plus Hotel, Koh Lipe. Nice and clean place walaupun banyak anjing anjing jinak kat area situ. Makan kat sana banyak kedai halal so takyah risau. Harga pun nice je. Cuma kalau seafood tu mahal sikit tp makan unlimited okeyyy. Kami dinner seafood 490baht per pax. Okey lah tu. 



So good bye Koh Lipe, Thailand. Till next time...

Monday, November 14, 2016

Graduation Moment

Hai semua. 

Lamanya tak update blog. Bukan kata update, nak baca blog pun tak sempat. Busy sangat lately. Dengan hostel trip, balik kampung andddd my convocation. Tahniah untuk diri sendiri. Tapi belum puas nak kena sambung lagi kot. InsyaAllah. Nah aku belanja a few pictures of my 'hari jubah'



Oh myyyyyy I am getting bambam. Diet kelaut. Me wanna cry a river. Hahaha. Layan my pre convo shot around KLIA. 




Orang kata TESL susah. Eh sapa calap susah senang gila kacang pui. Aku study main main je dpt grad. Ok tipu. Pernah jugak menangis kecewa sbb pointer semester rendah. Kbai. 

Wednesday, September 7, 2016

Hiking at Penang National Park, Penang

Dah lama dah hiking baru terasa nak update blog pasal benda alah ni. Orang dah tak layan cerita lapuk. Tapi apa ada hal aku nak cerita jugak. Sebenarnya aku baru start 'busy' (busy la sangat) sebab baru start bekerja jadi rasa malas nak update blog.

Sebelum aku start bekerja hari tu. Aku dengan kawan-kawan aku yg dua orang lagi tu plan untuk hiking sebab dah lama aku menternak lemak lemak tepu dalam badan. So we decided to do hiking dekat Penang. Disebabkan Shud pernah ke Penang National Park jadi kami pun ke situ lah supaya nanti senang kalau terjadi apa-apa. Kami bertolak dalam pukul 5 pagi dari Kulim. Sempat jugak beli breakfast dekat drive thru McD supaya perut terisi. Takda la nak pengsan waktu memanjat bukit. 


Actually tak jauh mana pun tempat hiking tu dalam entah aku lupa berapa kilometer tapi sejam je kami panjat. Tapi belum tercapai target. 

Untuk yang macam aku ala ala comel gitu baik bawak air banyak sebab akan cepat dahaga. We were all sweated that day. Nah layan gambar dulu. Aku habis idea nak tulis. 



Kami pikih untuk ke Monkey Beach instead of Pantai Kerachut sebab jalan dia berbeza. Shud pun pernah ke Monkey Beach jadi lebih mudah kan? Waktu kami pi tu ada kawasan yang diperbaharui sebab ada pokok tumbang and ianya lebih mencabar. Seronok sebab kawasan yg curam panjat guna tali. Aku gayat. 



Sempat jugak aku buat video. Boleh check link youtube ni



Nak cakap tu kasut aku baru beli semata mata untuk hiking! Kasut cabok je. K bye!

Thursday, July 28, 2016

Hello, young woman

Alhamdulillah.. Finally my sister dah selamat melahirkan her second child (daughter). Semuanya berjalan lancar dan selamat. Mula mula ada jugak perasaan worry sebab lama sangat dia stay dalam dewan bersalin. She still don't feel any pain. Sejenis tahan sakit. Lepas tu baby pulak buat hal taknak keluar sampai jantung jadi lemah and doctor decided to do caeser. Kami yang tunggu dah mula cemas especially my mom lah. Paling nampak takutnya tu sebab nanti nak berpantang susah. 

Andddd masuk je OT terus baby nak keluar and doctor tak sempat nak bius. So dia berjaya untuk tidak dibedah. Oh thanks God. Kami rasa lega lepas nurses told my brother in law kata bersalin secara normal. 

Masuk pulak fasa menunggu keluar dari dewan bersalin. Kami tunggu lama sampai naik bosan. Tapi sempat jugak lah tengok wajah wajah bakal bapa yang cemas tak mampu senyum lebar dahi berkerut tak lalu makan. Mungkin itulah tanggungjawab. One new thing I saw in this world. Responsible as a parent. 

Another good thing is aku dapat experience iqamat kan baby. Wahhh. Never thought in my live to iqamat before getting marry. See. Experience tu benda yg tak boleh beli tau and tak semua org dpt rasa even yg dah berkahwin. Dulu masa nikah I am the one yang jadi wali and akadkan diaorang and now dapat iqamatkan anak diaorang. My brother in law got cough and flu sebab tu I yg iqamatkan. 

Lastly, welcome to the family baby girl. Grow and be a good muslimah. 


Monday, July 11, 2016

CAFE: Akar Lima, Kulim

Hai semuaaaa... Ya Allah dah beraya baru aku nak ingat nak buka blog. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Amacam banyak dapat duit qhayo? 

Okey meh sini nak cerita throwback iftar #trioletiups hari tu. Kemain tau nak beriftar bagai pun nak cerita kat sini kan? Bukan apa cuma nak kongsi this one cafe kat Kulim yang hampa boleh pi. 

AKAR LIMA, KULIM

Alamat penuh aku terlupa. Tapi nak cari dia tak susah waze kan ado? Tapi landmark dia Pos Office Kulim dan S.K Kulim. 


Kemain akak tu tukar trademark kami ke #riuhmeletiups kang aku bom kedai kau kak baru kau mendapat. Riuh meletiups nooo. Makanan kat sini best sebab setiap dish mesti ada ulam raja. Hantu ulam mesti suka. Macam aku. But for that iftar dengan peminat kami hari tu *walaupun peminat lari* aku pilih nak makan Roasted Chicken yang harga RM20. Sedap gila okey. 



Siap dengan mashed potato dan salad ulam raja. Ni dish bulan puasa la tapi kawan aku cakap ni signature dish so normal day pun ada la maksudnya. Kawan aku si Muhaimin pilih nak makan Carbonara Chicken Pasta. Harga RM16. Sedap jugak!


Aku rasa itu wajib. And we choose to have Blackcurrent Mint for drink. Harga RM6. Sedap sampai kawan aku balik buat kat rumah pulak. Hahahaha. 

Interior dia pun lawa dan hipster plus antik. Btw kat sini jugak ada homestay. Lawa kalau mai duk sini. Kawasan kampung yang aman. 





Akak owner cafe tu macam tau tau je kami anti social sebab tu dia reserved pakai nama baru. Sebelum makan harus lah slow sbb puasa kan. Haaaa. Lepas makan mengilai macam punti. Hahahaha. 


Bye!

Thursday, April 21, 2016

FOOD: The Sumbs Cafè, Seksyen 13, Shah Alam

Hai semoarang. Rindu aku dak? Hampa ni memang konfem tak pernah rindu aku. 

K. 

Rindu ka tak rindu ka ni aku nak share hari tu aku ada kerja sikit kat Putrajaya so dah alang2 ada area sana aku pun stay la dekat rumah kakak aku kat Shah Alam. Kebetulan dah ada sana dia offer nak belanja makan. Aku bab makan ni on jaa. Takyah main tarik tolak. Orang offer grab terus. Makan free sapa tak mau kan?

Dia memang dh lama nak belanja makan kat The Sumbs Cafe kebetulan dah on the way nak ke Aeon Mall Shah Alam kami pun makan la situ lepas cuci mata dalam Aeon Mall yg penuh manusia tu. Free park so ramai la orang. Dan kebetulan kami pi tu lepas maghrib jadi orang pun tak ramai. 

Untuk minuman biasa ja sama macam tempat lain tp makanan dia best hoi. Kena wajib pasti cuba. 


Mak aku suka spicy food jadi dia order Pasta ala The Sumb ataupun senang cerita pasta daging dendeng. Sedap dan pedas. Murah saja okey RM9.90 ja. 


Kakak aku punya fav Pasta Carbonara. Sedap dan tak muak. May nephew and niece pulun sampai licin. Lapaq sangat mungkin. Harga sama jugak RM9.90 sajo. 


Abang ipaq aku try chicken apa ntah lupa pulak aku nama dia. Tp macam chicken chop la. Sedap juga aku rasa. Actually semua makanan orang aku try. Harga RM15.00. Sedap dan berbaloi. 


Ni adik aku punya dish Grilled Chicken Burger RM14.00 sedap hokey. Union ring masuk perut aku awai dari tuan dia rasmi. 

Dannnnn.... 

Aku pening mungkin sebab aku makan Dendeng Beef Sandwich dan harga dia RM9.90 jugak kalau tak silap. Sedap jugak. Ni sambil taip pun aku telioq. Dah! Padahal waktu makan tu time maghrib. 


Ni haaa sandwich aku. Licin. BTW sistem serve dia bukan dalam pinggan cliche tu tau. Tp dalam kotak so gamak kau tak habis ke kedekut ke nak feeling makan sikit je pastu sambung makan kat rumah ke boleh bungkus sorok dalam baju. Kekekeke. 

Try laa okey! Cari dalam waze! 

Thank you!