Wednesday, December 28, 2016

TRAVEL : Hatyai & Koh Lipe, Thailand

Yes 2016 dh nak habis. Aku tau azam tahun 2016 hampa mesti banyak yang terbantut kan? Tau dah hampa tu. Aku punya azam pun tak tercapai semua terutama bab nak turunkan berat badan. Turun 2kg naik balik 8kg. Kau rase???

Tapi untuk azam nak ada kerja tetap dan travel tu so far tercapailah walaupun ada dugaan dan cabaran tersendiri. Jadi baru baru ni aku dh berjaya menjalankan misi #AmazingThailand #HazwanPusingDunia dengan jayanya. Aku plan mula-mula nak pergi solo backpack but since ada member yg boleh join so why not pergi ramai-ramai. So kami berempat menawan Hatyai dan Koh Lipe (aku, Shud, Chut & Denner). Selain travel aku dpt kawan baru jugak. Bajet semua aku habis around RM650 termasuk shopping, makan besar, hostel/hotel, transport. 

Kami guna jalan darat untuk ke sana disebabkan kami semua dok utara Malaysia jadi lagi senanglah nak naik komuter melalui jalan darat. Dari Penang kami ke Padang Besar naik komuter. Sampai boarder semua dah siap check passport dan beratur cop imegresen kami cari van untuk ke Hatyai. Van sangat senang nak cari dan cuma kena bayar 50baht sahaja. Murah sangat. Dalam van semua tidoq sebab lapaq. 



Sampai Hatyai terus check in Hatyai Meridien Hotel. Share satu bilik empat orang. Lepas semua dh ready mandi, rehat sat kami keluaq cari makan tengah hari walaupun dh petang. So kami ke Central Festival Hatyai. Lunch kat sana. Berhati-hati masa nak beli makanan male sure halal okey. Lepas tu Denner bagi task untuk cari hadiah Xmas. Pakat beli untuk kami exchange hadiah tu. Kami nak tuktuk ke mall tu. Best okey. 20baht ja per pax. 


Lepas pada tu kami ke Floating Market jugak naik tuktuk. Tapi kos dia mahal sikit untuk return 200baht. Kami bayar masa route balik sebab takut kena tipu. Uncle tu tunggu je kami jalan kat floating market. Kat sini bermulalah episod aku takut anjing. Belambak okey. Bersepah sepah macam kucing kat Malaysia. Kat situ aku try makan Egg with Mussel. Denner kata good for men health. 





Lepas solat magrib dan siap cari pakej ke Koh Lipe kami ke night market pulak. Gila best sampai aku pun tershopping seluar sebab murah 180baht sahaja. Okey kalau nak cari pakej ke Koh Lipe boleh pi cari depan Lee Garden. Ada  tour agent kat situ. 



Language barrier sangat lah menguji di sini. Nasib ada Chut si budak siam. Kalau tak semua nganga. 

The next day kami gerak ke Koh Lipe. Dijemput oleh abang Honda Civic baru depan hotel ke Pakbara Jetty. Sejam lebih jugak lah. Siap sambung tidoq dalam kereta semua orang. Sampai kat jetty dah check in semua tunggu speedboat. Load barang and masa untuk berlepas. 



Boat tu berenti banyak tempat jugak lah. Eh silap dua tempat sajo. Aku lupa nama apa tempat tu tapi aku belanja gambar okey. Dalam perjalanan tu ombak besaq okey. Aku siap mengucap sebab cuak. 





Pantai kat sini semua cantik dan jernih. Memang lawa. Setandinglah dengan dugaan perjalanan nak ke sini. Kan?? Pakej kami sorang 1200 baht. Kira murah lah tu return Hatyai-Koh Lipe. 

Anddddddd....

Tara its KOH LIPE, THAILAND


Air crystal clear. Teruja gila aku. Dan tak sabaq nak cecah air. Walaupun Chut muntah kami yang lain dh tak terasa apa sebab teruja sangat. 







Kat sini hampa jamu mata habis habisan. Pemandangan sangat indah luar dan dalam. Banyak kedai cenderamata. Tapi harga. Mahal sikit lah but still boleh bajet. Aku tak sempat pergi snorkeling sebab kena balik awai. Ada meeting. C***ka. Hahahaha. So before balik breakfast makan roti nutella dlu. 


Sepanjang kat Koh Lipe kami stay dorm kat A Plus Hotel, Koh Lipe. Nice and clean place walaupun banyak anjing anjing jinak kat area situ. Makan kat sana banyak kedai halal so takyah risau. Harga pun nice je. Cuma kalau seafood tu mahal sikit tp makan unlimited okeyyy. Kami dinner seafood 490baht per pax. Okey lah tu. 



So good bye Koh Lipe, Thailand. Till next time...