Tuesday, August 27, 2013

ADVERTISMENT: House Of Bridal

Hi guys!

Musim cuti sekolah nanti mesti ramai yang nak naik pelamin bukan?
Naik pelamin bukan untuk snap gambar ke apa maksud aku yang naik kahwin la. Hehe.

So sini aku nak promote sikit House Of Bridal yang mana dekat sini korang boleh tempah hiasan pelamin secara berpatutan. Sini aku bagi hint sikit contoh pelamin yang pernah dibuat. By this time, mereka ni buat online dulu sebab belum ada butik kat mana-mana.



House Of Bridal ni bukan saja ambil tempahan untuk pelamin tunang/akad nikah/sanding 
tapi ada jugak untuk majlis cukur jambul/birthday party/door gift/hantaran dll.



kalau berminat boleh hubungi : 
0147458128 (Sue) & 0164300031 (Wanie)
 pm/call/sms/whatsapp/wechat

Monday, August 26, 2013

Update Raya : Oppss maaf terlambat!

assalamualaikum dan salam syawal

omo omo omo... terkejut dek non bila orang dah nak habis raya baru menceceh ceceh nak update pasal raya. why i am so last year? nak tau sebab apa. sebabnya aku tak beli pun baju raya tahun ni kerana tak dak sapa nak sponsor.

jadi raya tahun ni tak de ler gambar aku tu penuh satu 1gb kad ingatan. cewah bahasa melayu sangat ni. so hari raya hari tu aku bantai je pakai baju melayu tahun lepas sbb masih elok. al maklum la tahun ni tak dak tema sebab beraya bertiga saja. kakak-kakak semua giliran rumah mentua.

apasal mcm kanak-kanak ribena ni?


raya tahun ni tak ler happening sangat sebab entah bebudak pun tak ramai yang datang rumah cuma ada la 2,3 kerat yang sesat. yang lain member adik aku je. kuih pun macam eh tak cukup sebab yang tetua tu ramai jugak yang datang. kuih tu memang habis tapi duit raya aku tak kasi ler kat tetua nye. lagipun time raya pertama cousins aku masuk hospital sebab demam so beraya sakan ler kat hospital.

raya keempat tu kot baru aku beraya sakan sampai ke Kuala Kedah rumah kawan aku ni. pergi reramai macam rombongan. empat bijik kereta penuh satu rumah. aku punya tema alahai kena sangat dengan rumah tu. kuning aku menyala-nyala melampau-lampau.


kuning kan aku. sah sah kalau ada budak kena demam kuning boleh sawan jadinya. memang kena dengan tema rumah diraja. aku tau ada yang tengah carut aku pakai baju kuning ni tapi ape ade hal.




lepas makan-makan dekat rumah dia kami sempat lagi jenjalan kuala melawat kawasan untuk projek baru. kita main projek-projek besar je. habis semua kawasan aku nak beli. sembang harus kencang.



selesai sesi melawat kawasan aku pun blah la nak tunggu apa lagi. dah la panas terik nasib aku tak hitam kalau tak jenuh aku nak pegi polish. haha. 

actually time aku pergi tu aku naik kereta dengan mereka-mereka di bawah ni. hehe. 


yayaya... so tunggu lah setahun lagi untuk update raya. eh nope tunggu raya qurban pulak. 
harap meriah laa raya qurban nanti sebab giliran tahun ni di Kedah so kakak-kakak aku akan ada di rumah.

kbai.
syawal belum habis kan???
SELAMAT HARI RAYA!

Wednesday, August 7, 2013

Salam Lebaran

assalamualaikum dan salam syawal

pejam celik pejam celik ramadan dah pun habis meninggalkan kita untuk tahun ni. sedih pun ada gembira pun ada. semoga kita semua mendapat sejuta keberkatan daripadaNya dan semoga kita juga akan dapat sambut ramadan untuk akan datang. insyaAllah. tetiba aku rindu arwah abah. tahun empat tak raya bersama. semoga Allah terus mencucuri rahmat keatas roh abah. al-fatihah. amin.

so macam persiapan raya untuk tahun ni? mesti banyak dah berhabisan ni kan.

raya tahun ni aku simple2 saja memandangkan kami hanya raya bertiga sebab kakak-kakak masing2 kena ikut suami. aku pun malas sangat nak berhabisan. pakai je baju tahun lepas. kehkehkeh.

dikesempatan ni aku nak minta ampun minta maaf kepada semua andai ada yg terguris hati ke apa. 0-0 okey?? macam main bola pulak.

SALAM LEBARAN 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

ikhlas dari,
MessySerabut dan keluarga

saja tau cari gambar oldskool :)

Friday, August 2, 2013

Random Ramadhan Post

assalamualaikum dan salam ramadhan

pejam celik pejam celik kedip kedip mata ramadhan dah pun nak habis. nak kena tunggu tahun depan pulak. entah ada rezeki ke tidak pun belum tentu lagi. moga-moga dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan ramadhan akan datang.

sekarang ni dah masuk musim trafik dilaporkan sesak jadi kepada abang-abang, pakcik-pakcik, akak-akak, makcik-makcik dan semua yang nak balik kampung tak kira lah naik apa berhati-hati dijalan raya. kalau nampak driver sebelah mengantuk ke letih kau tengking tengking sikit bila nak bersembang bagi dia segar. haha.

kepada ayah-ayah, ibu-ibu  semua jangan lupa tunaikan kewajipan membayar zakat fitrah. tak silap untuk negeri Kedah RM7. negeri lain aku tak tahu.

yang masih dan belum bershopping jangan risau stok baju raya masih ada. sempat lagi nak membeli jangan terkejan-kejan sangat nak shopping. tak habis nye baju raya tu. aku pun risau lagi ni baju raya tempah online tak sampai. nampak gaya turun padang jugak aku membeli. baju melayu ohh aku cuma pakai yang tahun lepas. save duit aku.

untuk yang bercuti panjang jangan lupa tolong ibubapa anda. cewah aku ni rajin sangat ler kan.

nak ucapkan hari raya macam masih awal tunggu raya nanti ada post lagi. hehe. kuih raya buat biar ikhlas baru sedap. nak bagi tips dan tutorial kuih raya aku pun gamaknya tunjuk-tunjuk je. aah tu la tips dari aku.

okey ni aku tunjuk kuih raya wajib dekat rumah setiap tahun yang mak aku akan buat. kuih semperit. sedap gebu dan marvelous.

ehsan google sbb takdenye mak aku nak letak dlm nyiru
dan dan dan dan kalau kalau akak-akak dan makcik-makcik nak fefeeling sexy raya ni boleh suruh cik abang pergi beli kuih raya sexy. kot yer malu pulak kan nak pergi beli boleh cuba buat dirumah. hahaha.

sexy tak kak ton?????

bye!