omo omo omo... terkejut dek non bila orang dah nak habis raya baru menceceh ceceh nak update pasal raya. why i am so last year? nak tau sebab apa. sebabnya aku tak beli pun baju raya tahun ni kerana tak dak sapa nak sponsor.
jadi raya tahun ni tak de ler gambar aku tu penuh satu 1gb kad ingatan. cewah bahasa melayu sangat ni. so hari raya hari tu aku bantai je pakai baju melayu tahun lepas sbb masih elok. al maklum la tahun ni tak dak tema sebab beraya bertiga saja. kakak-kakak semua giliran rumah mentua.
apasal mcm kanak-kanak ribena ni? |
raya tahun ni tak ler happening sangat sebab entah bebudak pun tak ramai yang datang rumah cuma ada la 2,3 kerat yang sesat. yang lain member adik aku je. kuih pun macam eh tak cukup sebab yang tetua tu ramai jugak yang datang. kuih tu memang habis tapi duit raya aku tak kasi ler kat tetua nye. lagipun time raya pertama cousins aku masuk hospital sebab demam so beraya sakan ler kat hospital.
raya keempat tu kot baru aku beraya sakan sampai ke Kuala Kedah rumah kawan aku ni. pergi reramai macam rombongan. empat bijik kereta penuh satu rumah. aku punya tema alahai kena sangat dengan rumah tu. kuning aku menyala-nyala melampau-lampau.
kuning kan aku. sah sah kalau ada budak kena demam kuning boleh sawan jadinya. memang kena dengan tema rumah diraja. aku tau ada yang tengah carut aku pakai baju kuning ni tapi ape ade hal.
lepas makan-makan dekat rumah dia kami sempat lagi jenjalan kuala melawat kawasan untuk projek baru. kita main projek-projek besar je. habis semua kawasan aku nak beli. sembang harus kencang.
selesai sesi melawat kawasan aku pun blah la nak tunggu apa lagi. dah la panas terik nasib aku tak hitam kalau tak jenuh aku nak pegi polish. haha.
actually time aku pergi tu aku naik kereta dengan mereka-mereka di bawah ni. hehe.
yayaya... so tunggu lah setahun lagi untuk update raya. eh nope tunggu raya qurban pulak.
harap meriah laa raya qurban nanti sebab giliran tahun ni di Kedah so kakak-kakak aku akan ada di rumah.
kbai.
syawal belum habis kan???
SELAMAT HARI RAYA!
No comments:
Post a Comment