Tuesday, March 22, 2016

DIAgnosis: Gigi

Klinik Kesihatan Padang Serai
2.00pm / 22.3.2016

Macam biasa aku datang balik lepas jururawat pergigian mengarahkan aku untuk datang pada sebelah petang. Pendaftaran berjalan macam biasa. Kad pengenalan Malaysia dan bayaran RM1. Aku tunggu di ruangan yang telah disediakan. 

"Encik Mohamad Hazwan," teriak manja jururawat memanggil nama aku. 

Aku disuruh baring diatas kerusi 'gigi'. Aku panggil kerusi gigi sebab khas digunakan untuk pemeriksaan gigi. Kalau untuk gunting rambut namanya kerusi gunting rambut. Gigi aku diperiksa oleh doktor perempuan berbangsa cina. Lembut. 

"Kamu nakk cabut atau nak tampal? Saya periksa dulu okey" bicara hemat seorang doktor. 

Dan aku memilih untuk cabut dan pilihan aku masih kurang tepat pada hemat aku. Lantaklah janji aku selesa tanpa gigi yang berlubang. Setelah diperiksa, doktor mengebaskan geraham aku dengan dua suntikan. Tiada rasa sakit langsung. Mungkin aku memang jenis yang tahan sakit. 

"Tunggu diluar ya," pinta jururawat. 

Aku keluar ke ruangan menunggu untuk memastikan ubat kebas tadi sebati. Pahit rasanya ubat kebas itu. Macam nak muntah. Sekali lagi aku dipanggil masuk untuk proses mencabut. 

Setelah baring doktor memulakan tugasannya. Dicungkilnya gigi dengan alat 'gigi' yang aku nampak seperti pemutar skru dan sebilah 'kepil'. Doktor cuba mencabut. Wah 'nakal' jugak gigi aku ni sampai tak mahu tercabut. Setelah beberapa kali mencuba namun tetap belum tercabut. Peluh mengalir di dahi doktor tersebut. 

Aku tahu tenaga doktor sudah berkurangan. Dia berbicara dengan jururawat menyatakan dia sudah penat. Sekali lagi dicuba dan masih gagal. Gigi aku berdarah dan sakit. Segera aku nyatakan kepada doktor. Suntikan kedua diberi dan aku perlu menunggu sebentar sebelum dicabut semula. Pahit. 

Dicuba sekali lagi masih gagal. Riak wajah kecewa terpancar pada wajah doktor tersebut. Aku hanya mampu senyum untuk memberikan semangat kepadanya. Kebetulan, seorang doktor lelaki berbangsa cina masuk. 

"Can you help me?" doktor wanita tersebut meminta tolong. 

Mungkin kudratnya telah habis. Doktor lelaki tersebut mengenakan sarung tangan getah dan penutup muka. Dicuba untuk menyentap gigi aku. Namun gagal. Dicuba sekali lagi tapi masih keputusan yang sama, gagal. Peluh membasahi dahi kedua-dua doktor tersebut. Penat barangkali aku rasakan. Sekali lagi percubaan dan masih sama. Aku juga sudah mula terasa sakit.

"Can we have a rest?" pantas aku berbicara semasa doktor berhenti mengambil nafas. 

Doktor bersetuju. Setelah itu, gigi aku terasa sakit. Dan sepantasnya aku memberitahu kepada doktor. Doktor menyuntik ubat kebas buat kali yang seterusnya. Kali ini dengan bacaan kalimah suci didalam hati. Doktor mencabut gigi aku sekali lagi dan syukur. Berjaya. Walaupun akarnya patah dan perlukan cabutan minor. Senyuman terpancar pada wajah kedua-dua doktor dan jururawat. Dan aku. 

Aku terharu dan sepantas kilat fikiran aku menerjah novel DIAgnosis keluaran Dubook yang ditulis oleh doktor-doktor berpengalaman tentang ucapan terima kasih. 

"Thank you so much!" itu kalimah keramat yang terpancul dari bibir aku dengan senyuman. 

Terima kasih doktor. Jadi kepada pesakit dan keluarga pesakit di luar sana, janganlah kita terlalu ego dan bongkak untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor, MA, jururawat dan staf hospital apabila kita telah menerima rawatan walaupun pada awalnya sakit yang kita rasa. Dari peluh yang menitis, dari riak wajah dengan dahi yang berkerut itu tandanya doktor berusaha untuk merawat kita. Hormatilah mereka walau setinggi mana pun jawatan kita. Semua kita milik Allah. 

Jangan terlalu mendongak ke langit kerana kaki kita masih dibumi. 


Working From Home

Phew its been quite long I don't do blogging. What a blogger?! My second post in 2016.

As a 'grape planter' with honours so I always thinking of finding good job to help my family. Almost 5 interview session I went but all the same answer I got 'wait for our call'. What the F! You want employee right?! Please MOE I want a job now. I don't want just to sit and eat all the time at home otherwise I can get fat and more fat and gain more weight sooooo I come out with a small online business selling cookies. Do check our ig @mymumproject.co to know more.


 

Then I found out that working from home is one of the best way to get flexible time and schedule. You can cook-eat-work-tidy up home at a same time. But yeah we are not robot or have 46237 hands to do all that in second but we can do cleaning and whatsoever following our own schedule. Right? Syok ooo kerja dari rumah. If we stress we can eat, sleep bla bla bla. But in doing business we need to have big focus on that. To those who still have no job I would suggest you to have a business. 


I love my work station at home! 

Thank you for reading.