Sunday, February 23, 2020

TRAVEL : BFF TRIP TO HOI AN, DA NANG, VIETNAM 2019

Tahun 2019 actually aku plan nak pergi Kashmir via Pakistan tapi since tiket dia macam over bajet sikit so tukar plan ke Asean Country saja. Kebetulan Vietnam Airlines dapat tiket murah kami pilih ke Hoi An even aku dah pernah pergi Vietnam sebelum ni tapi aku ikut saja sebab my other two friends belum sampai Vietnam.




Flight Ticket (Vietnam Airlines) - RM420 per pax
Hotel (Tru Loc Villa, Hoi An & GIC Land Hotel) - RM160 per pax

Harga semua mostly kami akan bahagi tiga. Since pergi bertiga so semua akan share. Tu best kalau travel ramai tapi kalau pergi solo backpack susah sikit la.

Overall cuaca Hoi An, Da Nang memang best. Sejukkkk dan windy. Kalau jalan-jalan takda la peluh berceghau cek. Ketiak kering saja.

Kami naik flight from KLIA ke HCM lepas tu tukar flight ke DANANG AIRPORT. Kami ada lebih kurang 8 jam before next morning flight so malam tu kami lepak di HCM City. Takda la lepak mana sebab semua kedai dah tutup sebab dah malam jadi Family Mart le jadi mangsa.


HOI AN (Day 1)

Sampai je Danang Airport kami disambut oleh driver yang dah kami book thru facebook. Friendly dan nasib baik tak kena scam. Boleh kautim nak menyinggah tapi kena tambah sikit la. Aku lupa nama fb dia apa tapi ni aku bagi nombor telefon driver tu +84935744763 (Mr Phong).




Da Nang ke Hoi An 250k vnd

Kami singgah ke Marble Mountain. Kat sini kena entrance fee dan ada dua cara nak ke puncak hill. boleh naik elevator ataupun panjat tangga. Best kat sini sebab cantik view dia. Walaupun seksa nak panjat tapi kami sejenis gigih sampai jugak dekat puncak dia.




Lepas dah turun terus kami ke Tru Loc Villa untuk check in. Staff very friendly dan comel. Bilik sangat comfortable untuk kami tiga orang siap ada balcony and pool. Being gigih lagi sekali kami mandi pool walapun cuaca sejuk around 25 degree celcius. Hahaha. Siap breakfast wei.


Malam tu kami pilih untuk dinner dekat Baba's Kitchen (Halal Restaurant). depa ni served Indian Cuisine. Sedap makanan sini. Murah tu biasa la tak murah dan tak mahal. Kami jalan kaki from hotel to this place. Lepas makan sempat la kami jalan kaki tengok Night Market dia macam mana.







HOI AN (Day 2)

Second day kami nak try basketboat yang famous kat sini. Harga around 350k vnd. Driver ambil di hotel so tak payah nak grab bagai dah. Memang best kat sini weh. Experience dia memang lain dari yang lain. Kebetulan brader yang kami tempah basketboat ni memang friendly. Siap ada welcoming drink. Walaupun hujan kami redah jugak naik dan tak lebat pun hujan tu.






Sempat make new friends from Thailand.

Dah settle naik basketboat kami balik hotel dan rent basikal kat situ ja. Kami pusing-pusing Ancient Town Hoi An naik basikal dari pagi sampai malam. Best tau naik basikal dan cuaca sejuk. Nasib hujan dah berenti.









Tengah hari kami lunch dekat Zeytun Restaurant. They served middle east and mediterranean cuisine. Sedap dan berbaloi sebab potion besar. Fefeeling coffee lover kami singgah pulak dekat Cocobox Cafe. Aku try hot choc with coconut milk. Sedap jugak.









DA NANG (Day 3)

Lepas breakfast kami terus gerak ke Da Nang semula. Driver yang sama kami booked masa sampai hari tu. Dah siap deal masa dia mula-mula hantar kami.

Terus kami check in GIC LAND HOTEL dah tu lif pulak rosak terpaksa la kami naik tangga ke tingkat 5 ka 6 tah aku lupa. Dengan luggage gedabak. Memang aku biar je bell boy tu angkat. Haha. Hotel ni memang recommended sebab lawa dan bersih. Nak ke pantai pun tak jauh.





Dah rehat rehat kejap tu kami terus book grab ke Ban Co Peak. Kawasan dia lawa nak mampos dan tinggi. Tambah pulak angin kuat suhu rendah. Weh memang syiok. Gigih kami tak pernah padam ambil jugak gambar walapun angin kencang dan handphone nak melayang. Bukan takat phone dengan tuan phone pun melayang sekali.






Settle ambek gambar turun semula ke bawah. Jalan agak curam so sesapa yang plan nak ride moto minta fikir doplohpat kali. Kami take grab ke THIEN LY DANANG STYLE cafe. Kafe ni best and served halal food. Tu yang penting. Banyak review best pasal kafe ni. Owner dia pernah kerja di Singapore so he can speak malay fluently and teach us how to eat the food. Bukan takat lunch, dinner kami ke situ balik sebab sedap dan not bad price dia. Tamak punya pasal siap kena tapao. Sempat jugak jalan-jalan area town cari cenderahati. Beg rotan lawa dan murah.







Settle lunch, solat semua kami turun jalan kaki ke pantai. Pantai ni tak boleh mandi ya sebab time kami pergi tu ombak dia padu weh. Setakat nak ambil gambar jalan-jalan ambil angin memang ok sangat.


Malam tu kami ke Dragon Bridge tapi kebetulan time kami pi tu takdak semboq api tu. Kesian kan. Pastu jalan cari souvenir kat uptown dia. Harga kena bargain kawkaw. Aku jadi tukang bargain untuk member member dan siap aku dapat free gift walaupun aku tak beli apa apa. Aku beli kat kedai lain yang aku bargain kawkaw jugak. Hehehehe.

DA NANG (Day 4)

Flight balik ke Malaysia! Disebabkan kami tak puas breakfast kat hotel yang makanan dia tak tau halal ke idok kami terpaksa makan kat airport HCM. Ada satu kedai vegeterian yang korang boleh makan sampai puas dan bayar banyak mana hampa nak bayaq. Nama kedai tu Man Tu Vegan Restaurant.




Bye!

No comments: