assalamualaikum and hello
weekend hari tu [
kelmarin kelmarin la] aku balik rumah lepas seminggu tak balik kan. haha. eleh seminggu ja pun kan ye la sebab minggu lepas aku balik just for a day kan x sempat nak seronok-seronok kat rumah dengan family. walaupun orang lain sibuk dengan UAK dan quiz bagai aku sempat balik rumah goyang kaki tengok tv lepak makan main kan. langsung tak risau apa-apa macam dunia ni heaven sangat. kalau dah balik konfem nak buka buku malas tapi aku tak la kan buka jugak walaupun hanya sepuluh minit dari 48++ jam aku kat rumah. haha. kebetulan minggu lepas kakak aku yang nombor dua balik dari kelantan so aku boleh la main dengan anak sedara aku kan. tak pasal-pasal kena jadi babysitter.
|
uncle dengan anak buah |
|
muka sombong mama dia cakap |
paling tak tahan bila mama dia pasang lagu Kak Ram yang latest terus dia sengih macam paham. hey budak cenoet lagu tu bukan best pun okay. haha. bila pegang dia nampak sgt yang aku besar gedabak. mungkin kena diet sikit lepas ni. haishh.. diet apanya kan kalau bukan setakat jadi babysitter aku pun chef jugak. nampaknya tak dapat la nak diet. sebelum balik kampus sempat aku buat kek batik dan makaroni goreng 'bodo'. cincai ja aku masak sebab tu dapat nama bodo sekali. haha.
|
proses membuat. panas panas. |
|
cisss.. huduh bebeno kek batik aku |
|
makajadila makaroni bodo tapau bawak balik kat kawan. baik sangat. |
actually mula-mula aku buat kek batik tak jadi sebab aku tersilap cairkan buttercup dengan api kuat. then tuang milo terus jadi keras macam batu. hahaha. nasib baik mak aku kreatif dia buat *upgrade* milo yang aku dah tuang dalam butter yang dah masak jadi minyak tu bertukar menjadi puding milo sepeket. [pandai-pandai ja aku bagi nama]
|
puding milo sepeket |
bye.
nota : tetiba rasa macam okay ja kalau aku nak belajar kat obersi sebab dah pandai masak. kui3
No comments:
Post a Comment