Wednesday, April 25, 2012

Bina Insan Guru (part 1)

assalamualaikum and hello

wah empat hari berada di pulau yang nyaman dan agak segar memang dapat hilangkan stress. cehh.. sambil tu pasang lagu Adele 'Set Fire To The Rain'. actually entry ni baru aku nak cerita pengalaman bersama kawan-kawan buat BIG (Bina Insan Guru) kat Tuba Island, Langkawi. sangat best dan menyeronokkan. pengalaman bukan main banyak lagi aku dapat. selain tu dapat jugak mengeratkan hubungan sesama kawan-kawan. time buat semua ni pun dapat jugak aku kenal perangai kawan-kawan aku yang sebenar. depa ni sporting ja sebenarnya. haha. =D aktiviti bukan main best tau je la kan kalau camping kat pulau ni tak lain tak bukan kena la  ada aktiviti air so kena la berkeyakinan dengan air dulu. banyak lagi aktiviti lain. 

Masjid Terapung Kuala Perlis

dalam feri [our bendahari & s.u]

fikri and me yang always smile

tidoq dulu la kan

ketua bendahari

ferry
berdasarkan kawan-kawan aku yang dah pi yang dari course lain cerita macam tak best tapi bila sendiri yang rasa sangat la seronok macam nak teruskan dok kat situ dengan kawan-kawan. masak sama-sama, makan sama-sama, mandi sama-sama, gelak mengilai kat tepi pantai malam-malam sama-sama time lecturer semua mengeroh tidoq. haha. best memang susah la nak lupa. paling best time kena marah sebab dituduh tak kreatif time buat kad jemputan. muka cuak tapi hati gelak. memang malas pun nak buat kreatif-kreatif. nasib baik la idea bercambah lepas tu so baru aku tau yang aku ni memang kreatif pun. cehhh masuk troli tesco extra tolak sendiri. hikhikhik. india, cina dan juga melayu [lirik lagu BIG] semua berkerjasama kot time ni. yang Muslim kena marah yang Non Muslim pun sekali tarik muka.

van sapu
time pi tu pun dah menguji kesabaran jugak sebab ferry tak nak hantar kami ke Tuba Island siap punggah barang ke jetty dah sebab ingat ada ferry lain nak mai ambek sekali kena naik balik barang-barang tu tapi hati kami kental macam getah so senyum gelak tawa ja yang mampu kami buat time tu. kerja berat pun rasa mudah dan ringan. time masak pun best. goreng ikan, siang ayam, goreng cucoq jagong bagai sangat best. tambah pulak masak nasi mentah [mentioned by our LDK fasi sebanyak 5 kali] tak dapat digambarkan macam mana bestnya dok kat pulau tu. sunburn bukan masalah. lagi hitam lagi macho/cun. balik boleh pakai simply siti kan. haha.






dah nama camping konfem tidoq dalam khemah kan takkan nak tidoq kat five star hotel plak tak mencabar. kalau dah hujan tu hah apa lagi tidoq dalam air la nampaknya. baru kena dengan lagu Adele tu. haha. sampaikan aku tak boleh lelap kot time tu. so bangun and tidoq kat meja makan lecturer baru boleh lena. dengan angin pantai lagi wah mimpi indah. bukan setakat bina insan saja siap boleh belajar masak potong sayoq bagai. hehe. paling best pengalaman goreng cucoq sebeban. lenguh tangan-tangan so sedap tak kawan-kawan cucoq air tangan aku dengan kay? kalau dah habis tu konfem sedap kan. hehe. lepas ni buleh la daftar untuk master chef! muahaha.

bersambung...

nota : nantikan sambungan cerita BIG untuk entry seterusnya...

No comments: