Wednesday, June 26, 2013

'Family Outing' ke Zoo Negara

assalamualaikum dan salam sejahtera

aku sebenarnya bukan suka sangat pergi tempat-tempat macam zoo ke taman taman haiwan ni. bagi aku semua haiwan samanya. tambah pulak kalau pergi siang hari asyik dapat tengok binatang semua ni tidoq ja memanjang. mau je aku gerak singa harimau tu buat aksi depan aku makan haiwan lain.

jadi cuti hari tu kakak aku dah janji dengan anak dia nak bawa gi jenjalan tengok haiwan kat Zoo Negara. aku macam ala what the betik nak pergi zoo?? ye betik oi pergi zoo tapi takpa aku ikut je jadi tukang dukung bila anak dia letih berjalan. harga masuk zoo ni kemain mahai. padahal nak tengok binatang je kot bro. tapi takpa sekali lagi sebab adik aku yang belanja. hihihi.



kalau dah dekat zoo memang tak dapat tengok benda lain la selain binatang. dengan bau taik gajah le semua pening aku dibuatnya. dah la akak aku dgn abang ipaq aku rajin pusing satu zoo. memang puas ler anak dia tengok binatang.



banyak banyak haiwan dalam zoo tu aku impress bila tengok penguin ja sebab aku fefeeling duduk ostolia. yang lain lantak kau lah dek non aku bosan!




mak aku dengan adik aku ni macam kapel. time dalam zoo tu semua orang bajet kaki kuat sbb taknak naik tren jadi jalan kaki satu zoo. banyak nau lemak aku terbakar. kikiki. mau seminggu aku dalam tu pusing pusing kurus la gamaknya.



bila semua lutut dah rasa longgar baru teringat nak balik. tapi sempat jugak nak camwhore tapi bukan muka sebab semua orang dak muka berminyak. belengas je memasing. tangan ler jadi mangsa.



bye! 

Monday, June 24, 2013

Exam Result

assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah...
first thing is my last sem result was out and thanks God i passed it even without flying colors.
as i suspected. 
i deserve to get it. no workhard and even work smart as well. *padan muka aku*

too much playing around without no books/notes. but a big congrats to my fellows who pass with high pointer than me. you guys did great. 
but i believe Allah always plans the very best for us. what we need to do is just say Alhamdulillah and improve our life. 
cannot be so sad and now i realise that a word from our mouth is a pray so you know why?

never too late to improve dude. we get what we need NOT what we want. chill.

too much !!!

just say Alhamdulillah. simple.
adios!

Wednesday, June 19, 2013

SANGAP

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari tu aku ada turun Shah Alam lagi dan macam biasa aku pergi terjah anak sedara aku lerrr.

bila dah kat rumah kakak aku ni mula la aku buat memek bosan time weekdays ala ala mintak penampo pendekar mustar. ye la dia keja laki dia keja. aku tercongok ternganga dengan mak dan anak sedara aku kat rumah. bosan der. jadi bila kakak aku dgn abang ipaq aku ni sampai je time bukak pintu rumah tu mula ler aku buat muka tak sememeh mintak untuk di bawa bersiar-siar. cisss... penendang jugak ler jadik makanan aku kalau menadah muka depan pintu macam tu.

ye la kat sana mana aku boleh drive kereta moto sebab semua digunakan. yang ada pun walker anak sedara aku je yang tinggal. beskal harom nan hado. lagi pun waa cakap sama lu der waa tak reti woo bawa kereta kat sana. waa lemah bab hapai jalan ni.

kesian punya pasal kakak aku usung jugak aku dengan rakyat dalam rumah keluar lepak kat Setia City Mall. dah pergi pun time orang tarik selimut kedai semua dah kunci pintu. so lepak luar je la dek non. lepak-lepak depan convention centre then bawak anak sedara aku main gelongsor. senang.



terkangkang-kangkang anak sedara aku rabat natang gelongsor ni. dia tak penat mana pun tapi mama ayah dia yang belengaih satu badan.

memandang aku sangap je tengok anak sedara aku naik gelongsor aku pun join sekaki bagi hilang gian. orang usha pelik tapi apa ada hal aku tengah lalok kisah hapa aku. kihkih. orang usha aku, aku usha balik. baru tau penangan pandangan mata aku. ala ala oma berta cerita bawang putih bawang merah. boleh serabut otak nak gila dek non.



anak sedara aku ni macam pasrah ja tengok uncle dia join dia main gelongsor. last-last dia lari tak nak kat aku sebab aku gila. demand budak ni. dia tak tau ke uncle dia ni hensem. duh... pengsan aku dengan statement ni.


balik tu lalu depan burger bakar abang burn dan dan muka badak lapar terpancul kat wajah aku. semua orang dalam kereta macam ahh pirah dengan muka kau tu. tapi aku tau mak aku sayang aku. dia hulur dua puloh ringgit suruh beli burger. terpaksa abang ipaq buat u turn. beli dua bijik untuk midnight melahap.


beli beli pastu belah. parking penuh ada minah tak reti keluar dari parking make up dalam kereta ka apa lembab sangat nak pijak pedal minyak. aku cabut tayar baru dia tau. beli burger dua bijik then balik rumah ler takkan nak tidoq sana pulak mau abang burn meroyan tgk aku tidoq depan kedai dia.



malam tu aku kenyang gila sampai tak leh tidoq pastu gila aku dok instagram pukoi berapa terlelap pun aku tak sedaq tau tau dah cerah.

haha.. bye!

Tuesday, June 18, 2013

Great Birthday Wishes

assalamualaikum dan salam sejahtera

lama jugak aku rasa aura sambut birthday ni. sampai kat kampus pun still ada wishes and surprises. hadiah la cd la. what?? cd?? pelik tak, pelik tak?? biar betik?? tak yah nak pelik sangat la betik.

kalau kat hostel selalunya orang baling tepung tambah telur tambah kopi kan. lepas tu masuk oven siap untuk dimakan. tapi aku dapat dengan cd la macam-macam la. fuh... berteknologi sangat rakan-rakan aku ni ya! depa tak tau ka cd port aku rosak? ish la... haha takpa cd tu buat aku terharu okay. sebulan aku terharu. siap ost lagu najwa latiff - sahabat - lagi. dengan ending nasyid so sad+happy ending. tapi aku cool beb cool tak cepat nak teriak teriak ni. macho macho macho. kikiki.
from yenyen (NH)

from my beloved mom. treat sempena merajuk and birthday! love you mak!

from arsyad yang terpaksa gaduh ngan staf post office. hehe

this gift from azri syazwani (japan)  from korea. thank you so much!

nak je aku upload video tu kat channel youtube aku tapi aku segan der nak upload so biar la jadi kenagan. tapi caption last tu tak tahan dengan nama future university. jadi aku print screen. "serabut sangat serabut sangat serabut sangat" trademark ler konon. nah muka hampa dalam video. boleh buat avatar twitter. :P




"kawan hidup ini umpama langit
yang tidak selalu cerah
kawan hidup ini umpama awan
yang tidak selalu putih
ingatlah bintang bintang di langit
takkan terus berkelipan
ingatlah pelangi yg indah
pasti akan hilang"

ni edit edit ni mesti alaw kannn???? 
tacing ni tacing! terima kasih sahabat.

love you guys,
hazwan, bye!

Tuesday, June 11, 2013

Lunch Date at Fullhouse Cafe, Penang

assalamualaikum dan salam sejahtera

tajuk macam entry first date dgn makwe baru kenal seminggu. sebenarnya aku pi Fullhouse Cafe tu dah lama. Mother's day hari tu lagi tapi dah nak masuk Father's day baru sempat nak mengupdate. busy gitu kan.


so i decided to treat my mom at that cafe. macam glamour sikit kan. tu pun kawan aku yang suggest kalau tak aku nak pergi sorang je makan then blah. biadap sangat lerr pulok tinggalkan mak aku sensorang. memandangkan aku habis exam awal so start cuti pun awal lah. aku pergi la makan kat situ dengan mak aku.

makanan kat situ tak ler mahal mana. tak la semewah kedai tu. hehe. fair fair je la. so mak aku order chicken chop sbb tu je favourite western food mak aku. aku pulak ambek set lunch yang carbonara spegeti. boleh tahan la rasa dia tapi tak ler sodap mana. kalau dalam lima bintang aku bagi tiga ja kot. hehe. semua aku makan dua orang tu dalam RM40 je. berbaloi la.




sebelum balik tu sempat la sat shopping kat komtar. aku suggest la jugak kalau sapa-sapa nk sambut birthday ke hapa boleh jugak buat kat Fullhouse Cafe ni sebab senang kalau sesapa tak sempat beli hadiah boleh je borong kat situ. haha. hebat tak idea aku??? 

bye!

Monday, June 10, 2013

Belated Birthday Picnic

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai lama dah ni aku tak update blog ni kan. maklum la cuti so malas sikit nak menaip. kalau kat kampus laju ja aku update study memang tak ler.

actually hari ni kawan-kawan lama aku ni dok buat surprise picnic pulak kan. ala-ala tak mau bagitau la kononnya kata nak buat picnic. eleh aku dapat hidu la *srooot sroot srooot* sedut hingus. aku kalau yg surprise meprise ni memang makanan aku. aku suka. terkejut engko bila ada surprise ni. hihi.

member-member aku ni ntah la aku tak sure berapa lama plan nak buat surprise ni. mula-mula cakap nak jumpa kat kulim landmark central ja penat aku parking moto bawah bumbung tau. terbang lima posen aku. sekali ntah kemana aku ikut je jalan depa tu. tahu-tahu sampai mengkuang dam. tempat tu femes la org picnic. tak le ramai mana time aku pi tu sebab hujan kan. depa ni bawa dengan cake la snacks la. siap bawa tikar lagi youuu member aku ni. pompuan biase le. si fairus yang baju MU tu bawa makanan ikan je T_T nak bg ikan tasik makan.




si shud ni cakap dia bawa tikar ala-ala western gitu fefeeling korea ke hapa. hihi. bijak jugak dia ni. sapa nak kat dia ni roger aku. hehe. dia dengan si muhaimin ni, gamaknya janji nak pakai baju sama warna . nasib baik si S superman aku tu ada jugak warna kuning. 




kek tu depa yang beli aku pun tak sure sapa beli tapi rasanya shud. terima kasih weiii.. terharu enam jam. biarpun cair sementara nak sampai tasik tu tapi still okey. dah la hujan time sampai. sebelum balik tu kemas-kemas aku buat tarian india ala hindustan sambil kemas kain tikar tu. haha.

lepas balik dari mengkuang dam tu terus singgah sekolah jap. sampai-sampai dengar berita kematian penolong kanan meninggal dunia. innalillah... al fatihah buat arwah. :'( then jumpa la dengan penyelia asrama yg bersuara nyaring dulu-dulu mintak duit yuran asrama. haha.



snap gambar dulu depan hostel. now dah macam rumah banglo. cun asrama aku ni. lepas tu penyelia asrama ni belanja makan tengah hari. melantak lepas tu terus balik ke ole ole bowling centre untuk main bowling. depa belanja lagi. segan aku. apapun terima kasih hoyeh rakan-rakan.


lawa tak stokin aku beli kat giant RM1 dah la stokin wanita apapun dah murah aku beli la nak pakai buang and lastly mesti la picture birthday boy yang hensemmmm kuikuikui.... tahan gelak ya kawan-kawan!


bye! *lama tak update so gian ler aku*