Monday, June 10, 2013

Belated Birthday Picnic

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai lama dah ni aku tak update blog ni kan. maklum la cuti so malas sikit nak menaip. kalau kat kampus laju ja aku update study memang tak ler.

actually hari ni kawan-kawan lama aku ni dok buat surprise picnic pulak kan. ala-ala tak mau bagitau la kononnya kata nak buat picnic. eleh aku dapat hidu la *srooot sroot srooot* sedut hingus. aku kalau yg surprise meprise ni memang makanan aku. aku suka. terkejut engko bila ada surprise ni. hihi.

member-member aku ni ntah la aku tak sure berapa lama plan nak buat surprise ni. mula-mula cakap nak jumpa kat kulim landmark central ja penat aku parking moto bawah bumbung tau. terbang lima posen aku. sekali ntah kemana aku ikut je jalan depa tu. tahu-tahu sampai mengkuang dam. tempat tu femes la org picnic. tak le ramai mana time aku pi tu sebab hujan kan. depa ni bawa dengan cake la snacks la. siap bawa tikar lagi youuu member aku ni. pompuan biase le. si fairus yang baju MU tu bawa makanan ikan je T_T nak bg ikan tasik makan.




si shud ni cakap dia bawa tikar ala-ala western gitu fefeeling korea ke hapa. hihi. bijak jugak dia ni. sapa nak kat dia ni roger aku. hehe. dia dengan si muhaimin ni, gamaknya janji nak pakai baju sama warna . nasib baik si S superman aku tu ada jugak warna kuning. 




kek tu depa yang beli aku pun tak sure sapa beli tapi rasanya shud. terima kasih weiii.. terharu enam jam. biarpun cair sementara nak sampai tasik tu tapi still okey. dah la hujan time sampai. sebelum balik tu kemas-kemas aku buat tarian india ala hindustan sambil kemas kain tikar tu. haha.

lepas balik dari mengkuang dam tu terus singgah sekolah jap. sampai-sampai dengar berita kematian penolong kanan meninggal dunia. innalillah... al fatihah buat arwah. :'( then jumpa la dengan penyelia asrama yg bersuara nyaring dulu-dulu mintak duit yuran asrama. haha.



snap gambar dulu depan hostel. now dah macam rumah banglo. cun asrama aku ni. lepas tu penyelia asrama ni belanja makan tengah hari. melantak lepas tu terus balik ke ole ole bowling centre untuk main bowling. depa belanja lagi. segan aku. apapun terima kasih hoyeh rakan-rakan.


lawa tak stokin aku beli kat giant RM1 dah la stokin wanita apapun dah murah aku beli la nak pakai buang and lastly mesti la picture birthday boy yang hensemmmm kuikuikui.... tahan gelak ya kawan-kawan!


bye! *lama tak update so gian ler aku*

2 comments:

fareha said...

amboi, best nya lepak-lepak.

MESSYSERABUT said...

fareha :
hehe. sekali sekala jumpa kan. :) btw congrats for your convo!