Monday, July 22, 2013

#Ramadhan : Membazir

Assalamualaikum dan salam ramadhan

alhamdulillah... kita dah sampai ke fasa kedua ramadhan iaitu fasa 'maghfirah' (keampunan). semoga Allah mengurniakan sejuta keampunan buat kita semua.
jadi tinggal lebih kurang dua minggu lagi ja kita nak puasa. cepat giler masa berlalu.

sekarang aku dah start busy dengan assignments yang bertimbun nak kena siapkan sebelum raya. lepas raya dah start projek macroteaching. fuh penat jugak nak ngadap semua. jadi semakin jarang aku nak update blog. 

kali ni aku curi sikit masa nak update blog sebab tetiba terlintas nak share something kat blog. jadi sempena bulan ramadhan ni nak jugak aku share something benefits untuk kita semua. 

macam semua dah tau bila time bulan puasa mesti kita susah nak lari dari melakukan pembaziran. nak nak time pergi bazaar ramadhan tak pun time nak shopping raya. 

kalau boleh nak je semua makanan kat bazaar tu nak beli. gamaknya makanan tu ada tangan kot lambai2 suruh beli. hahaha. yang akak2 makcik2 pulak pergi Jakel tu kalau boleh satu gedung nak bawak balik. kemain nak shopping setahun sekali katanya. ye la tu. 

kita kena ingat kita tak boleh membazir dalam apa jua keadaan sekalipun sebab dalam al-quran pun ada ayat tentang ni 

'Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (17:27)' 

dah tu dalam hadis pun suruh kita kurangkan pembaziran 

 “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

jadi sempena bulan ramadhan ni jom kita reflect diri dan beringat2 ketika nak berbelanja. 

salam...

No comments: