teruja bila dapat tau yang NESTLE dah cecah usia 100. punya lama NESTLE ni ditubuhkan. dah macam-macam barang NESTLE produce untuk kita semua. yeah!! ada Milo, Maggi, KitKat, Bliss bla bla bla. macam-macam barang kita tengok kat kedai, supermarket, hypermarket yang jual barangan NESTLE.
sepanjang NESTLE ni wujud jugak dah macam-macam cerita kita yang ada kaitan dengan kewujudan NESTLE yang kita sendiri tak tau. so aku tergerak hati pulak nak tulis kenangan aku dengan NESTLE sempena hari jadi yang ke-100 NESTLE ni. eceh.. actually sekarang pun still guna barangan NESTLE. so oppssss.. kenangan sepanjang zaman.
aku nak start time masa kecik kenit dulu well yang mana bila pergi ja beli grocery dengan parents selalu usha-usha nestle koko krunch dan mintak sampai guling-guling suruh mak beli. konon kalau makan tu lagi semangat la nak pi sekolah hari-hari. padahal seronok sebab kadang-kadang ada mainan percuma kalau beli koko krunch. itu aim sebenar nak beli. hehe. time nak bangun pergi sekolah still liat jugak.
lepas tu bila dah besar sikit kena duduk asrama pulak. ambek kau. nangis bawah bantal tu perkara biasa la. dan kalau dah duduk asrama makanan wajib yang kena bawa ialah Maggi Instant Noodles untuk buat stock tatkala lapar ditengah malam. ye la kan dewan makan dah benti operasi time tu.
so mula la ber'maggi'an dengan kawan-kawan ramai-ramai. sangat best. tapi kena makan senyap-senyap takut kantoi dengan warden sebab dah tengah malam pun tak tidur lagi. dah la warden tu garang macam singa. air panas kena curi-curi turun perlahan-lahan nak ambek dekat water cooler kat lobi. usha kiri kanan dulu pastikan line clear. haha. semata-mata nak makan maggi kan.
lepas tengah asyik makan tengok-tengok warden naik check bilik sapa tak tidur lagi mula la kelam kabut panjat katil berlakon macam tgh tidoq. haha. serpihan-serpihan maggi kena la sorokkan dalam locker kalau tak nanti kantoi susah. =D ada jugak yang masak maggi dalam baldi. siap dua tiga empat kali baldi tu kena basuh untuk jaminan kebersihan. [dah macam ayat environmentalist dah] lepas tu makan ramai-ramai.
milo pun salah satu favourite jugak time sekolah dulu. lepas iron baju aku iron pulak Milo 3in1 sampai jadi keras macam stick coklat. sedap makan sambil baca buku. sapa yang biasa buat tahu la macam mana rupanya. hehe.
selain maggi ais krim Mat Kool jugak jadi santapan bila kat rumah. kan ada apek naik motor jual ais krim Mat Kool. sambil tu meh nyanyi lagu Mat Kool si monyet berbaju.
mari kita tengok mat kool
main.. main selalu..
syoknya ada Mat Kool..
[entah betul tidak aku pun tak sure] haha.
sambil tengah main dengan kawan-kawan depan rumah dengar ja lagu tu dari jauh cepat-cepat lari masuk rumah macam orang nampak hantu sebabnya nak bermanja dengan parents mintak duit nak beli ais krim tu. ada rainbow la traffict light la macam-macam la. yang mahal murah semua balun. berbaloi-baloi.
so apa tunggu lagi jom la kita share kisah incredible story bersama NESTLE kat sini. mana tau ada tuah boleh menang hadiah. hadiah berdasarkan kategori video, story written, picture, and tweet. #Nestle100
HAPPY 100th BIRTHDAY NESTLE!!
No comments:
Post a Comment