assalamualaikum and hello
tengah syiok aku layan nasi sambil tengok movie Horee Horee kawan sekolah lama aku call ajak keluar pulak dan memandangkan aku pun bosan tak tahu nak buat gape kat maktab ni cepat-cepat aku kata YES! on je nak keluar. haha.
mula-mula macam malas je nak pi sebab duit tengah pokai lagi sebab elaun tak masuk lagi angkara result lewat keluar kan. haduh. hari-hari kena makan nasi bujang berlaukkan telur tu. hek eleh. okey lupa pasal makan ke elaun ke hape. kawan aku tu dari UUM mai ambek segala barang dia mentang-mentang la cuti lama kan. dah dekat dengan perlis depa pun mai ja la sini. jumpa aku. ecehhh. lagipun kawan aku sorang lagi tu pun ada gak dok uitm arau.
memandangkan depa tu tengah lapaq tahap dewa kami pi pekena cendoi spesel dulu kat Fatinnaz Corner. lepak situ jap makan-makan. aku diet so aku makan cendoi ja la. sedap wooot siap ada pulut, tapai dan laici lagi. haha. akai depa nak merasa elaun aku weh tapi nasib kurang baik separuh je aku dapat support. muahaha.
tak tahu dah nak pi mana lepas tu sebab ye la perlis bukan ada tempat menarik macam kat new york-london-carlifornia tu. haha. tapi dah hari dok awal lagi kena jugak jalan-jalan kalau tak akan bosan la kan.
bincang punya bincang buat mesyuarat bagai siap hantar rombongan london buat perjanjian lagi. coih macam nak merdeka pulak. kami pun decide nak pi Gua Kelam aka Dark Cave mat saleh kata. tapi best jugak sebab dapat masuk gua yang satu lagi tu. tengok ja la gambar bawah ni.
|
semua macam excited nak masuk gua kelam haha |
|
aku paling pendek sekali. OMGEEEE |
|
patot la orang dulu bertenaga nak keja makan quaker oat |
|
siap dia tuleh cina lagi untuk gepren dia |
|
ape benda ntah orang panggil ni lama tak baca geografi |
|
pakcik ni la bawa kami jalan dalam tu |
|
kalau rasa tak mau hidup boleh terjun dalam hole tu naa |
|
nanti benda ni akan jadi dinasour.......... |
nak masuk Gua Kelam ni entrance dia RM40 for a group. best kot masuk memang tak rugi. paling penting aku dapat drive Forte baru kereta kawan aku tu. muahaha... asalnya nak masuk gua ni ada kereta api tapi memandangkan dah berlaku kejadian tak diingini terpaksa la diberhentikan perkhidmatan tu. scary kot kejadian tu. sekali sekala jadi orang gua sangat menarik! kalau pi malam ni mesti lagi best sebab dalam tu pernah ada kejadian tanah runtuh (dinding gua) yang meninbuskan pekerja-pekerja situ. alamak scary lagi!!!! haha.
bye.
nota : aku pendek sebab tu tak payah pakai topi belagak engineer tu. haha.
No comments:
Post a Comment