Wednesday, February 20, 2013

#1 Birthday The Two Girls

assalamualaikum dan salam sejahtera

like i mention in january tweets i would celebrate my nieces birthday so this month baru berjaya mengapdetnya. punya lama baru aku nak update. bebudak tu pun dah besar godang gamaknya baru terupdate aku punya entry untuk depa. haish...

my sis yang duduk kat shah alam balik that weekend so we celebrate the party at my home. buat sikit-sikit ja. jemput pun sedara mara ja untuk mai perabis the cake and other dishes. my mom buat mee sanggul goreng. my sis buat mee hailam dan dan dan aku buat triffle. hikhik.


so that night the girls yang kecik-kecik would become a princess of the night. pakai segala macam benda alah pink dah jadi pari-pari kecil pulak aku tengoknya. haha.


and of course yang tua-tua bangka would be focused on the food lah kan. aku pun termasuk golongan tua-tua jugak. T__T yang adik aku gila snap sampai naik meluat aku nak layan. haha.






so now is the part for cake! 
(me got excited but they make slumber face while the orang tua-tua pulun suruh tiup lilin tu)
mau banjir pulak kek tu
...


bye!

Tuesday, February 19, 2013

CNY Holidays

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ish dah lama tak berblog eh. tak tau nak update natang apa. so godek-godek gambar then ada la idea sikit nak update. nak update panjang-panjang memang tak dak idea dah otak fikir assignment yang bertimbun tu ja.

so how was your CNY holidays? best ke tak? yeah aku macam okey sikit la sebab sekarang dah boleh baca entry-entry blogger lain kalau ada kat rumah. wifi sudah ada maaaa. hehe. nasib baik abang bongsu sanggup nak membayar bulan-bulan. jadi CNY hari tu tak kemana sangat pun stay at home makan tidoq makan tidoq was better. tapi ada jugak hari yang terpaksa keluar untuk enjoy.

first kena keluar ikut mak pergi kenduri di Balik Pulau, Penang. rumah sedara mara haruslah kena pergi. kalau tak mak bising cakap nanti aku kawen orang taknak datang pulak kan. disebabkan dah ada kat penang dan pergi beramai-ramai paksu ajak singgah Padang Kota dulu untuk pekena sotong kangkung. my favorite dish kalau pergi padang kota selain pasembor.




adik aku yang tengah mem'bajet'kan diri. nasib cousin aku (tudung merah) tu baru darjah 5! huh!


selang dua tiga hari pulak aku keluar lagi ke Penang jugak dengan kawan-kawan aku untuk membeli seluar kuliah walaupun tak masuk list itu yang aku beli. asalnya nak beli selipar or bag je kan. hazabedah punya mahal at last masuk Brands Outlet aku capai dua helai seluar satu untuk kuliah satu untuk jenjalan. mudah cara kan.



aku ni pelik sikit pergi pakai baju lain tapi tengah meronda berhenti makan terus terpaksa tukar baju sebab makan dengan gelojoh sampai kuah terpercik sana sini. loqlaq sangat wei. dari pakai baju ni...


bertukar jadi ni 
(nasib baik beli baju dulu sebelum makan tu)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

menari seoul garden tapi opening soon so bebai balik sambil hentak-hentak kaki sebab tak dapat makan kat seoul garden. tapi aku ada baca kat satu blog ni cakap sijil halal JAKIM belum diluluskan lagi untuk seoul garden QueensBay Mall tu. 

bye!

habiskan entry cepat-cepat nak check ticket ke KL bulan mac ni. haha.

Sunday, February 3, 2013

Elaun Ohh Elaun

assalamualaikum and hello peeps

yes! alhamdulillah elaun untuk sem ni dah pun masuk kedalam akaun dan aku berjaya habiskan seribu dah pun. haha. punya lama menanti elaun ni dah masuk semua barang aku nampak macam murah and sale sale sale everywhere. punya la sangap nak shopping.

bajet tetap aku buat supaya semuanya under control kalau dak macam-macam aku nak rembat. fuh nasib baik aku dok perlis ni kalau dak mati akaun aku jadi RM0.00 balik. hikhik.

dan dengan elaun yang aku dapat untuk sem ni yang hanya cukup makan aku telah pun membeli kasut sukan baru dan dan dan dan dan...


aku beli tiket KL-Bandung-KL flight AirAsia. esok lusa nak keluar buat passport pulak. alhamdulillah sem ni akan travel lagi. first time nak ke luar negara. harap bajet tak lari. kalau dak hancus harapan aku.

dan beberapa barang lain yang aku beli seperti perfume yang harganya murah janji wangi dan buat scalp treatment untuk mengurangkan kelemumur kat kepala aku yang telah dibiakkan sejak setahun lalu. masalah ni akan berulang aku yakin tapi harap treatment ni dapat membantu aku sebulan dua ni. so no shampoo for two days and tak boleh kena ayaq. feeling mandi macam minah-minah buat rebonding. kuikuikui.

dan perancangan untuk makan malam barat bersama dua classmate dan juga nak tinjau baju-baju murah di padang besar serta makan malam bersama besties di kuala perlis akan dilakukan dalam masa akan datang.

paling aku looking forward is MELANCONG! tak sabar tak sabar tak sabar...

entry pun tak panjang sebab stress bb buat hal. baling hempas lempaq semua aku buat kat dia dan padan muka!

P/S: maaf entry tidak bergambar kerana aku tinggalkan baby canon kat rumah lepas CNY aku usung dia mai sini balik