Sunday, February 3, 2013

Elaun Ohh Elaun

assalamualaikum and hello peeps

yes! alhamdulillah elaun untuk sem ni dah pun masuk kedalam akaun dan aku berjaya habiskan seribu dah pun. haha. punya lama menanti elaun ni dah masuk semua barang aku nampak macam murah and sale sale sale everywhere. punya la sangap nak shopping.

bajet tetap aku buat supaya semuanya under control kalau dak macam-macam aku nak rembat. fuh nasib baik aku dok perlis ni kalau dak mati akaun aku jadi RM0.00 balik. hikhik.

dan dengan elaun yang aku dapat untuk sem ni yang hanya cukup makan aku telah pun membeli kasut sukan baru dan dan dan dan dan...


aku beli tiket KL-Bandung-KL flight AirAsia. esok lusa nak keluar buat passport pulak. alhamdulillah sem ni akan travel lagi. first time nak ke luar negara. harap bajet tak lari. kalau dak hancus harapan aku.

dan beberapa barang lain yang aku beli seperti perfume yang harganya murah janji wangi dan buat scalp treatment untuk mengurangkan kelemumur kat kepala aku yang telah dibiakkan sejak setahun lalu. masalah ni akan berulang aku yakin tapi harap treatment ni dapat membantu aku sebulan dua ni. so no shampoo for two days and tak boleh kena ayaq. feeling mandi macam minah-minah buat rebonding. kuikuikui.

dan perancangan untuk makan malam barat bersama dua classmate dan juga nak tinjau baju-baju murah di padang besar serta makan malam bersama besties di kuala perlis akan dilakukan dalam masa akan datang.

paling aku looking forward is MELANCONG! tak sabar tak sabar tak sabar...

entry pun tak panjang sebab stress bb buat hal. baling hempas lempaq semua aku buat kat dia dan padan muka!

P/S: maaf entry tidak bergambar kerana aku tinggalkan baby canon kat rumah lepas CNY aku usung dia mai sini balik

No comments: