Thursday, September 19, 2013

kempiskan perut dan blah...

assalamulaikum dan salam sejahtera

okey disebabkan aku ni student lagi dan kat hostel dapur nan hado jadi hari-hari kena la makan kat kafe. aku dengan kawan-kawan aku ni rajin jugak la keluar makan kat kedai luar. cemuih jugak ngadap lauk kafe hari-hari sekali sekala nak jugak rasa angin makan kat kedai luar.

tapi tak ler sampai nak lunch pun cari secret recipe dek non. ujung sem nak seluk duit kat mana? aku selalu jugak pergi satu restoran ni nama dia Restoran Kuali Hangaaat. huruf 'a' tu banyak bukan sengaja aku letak memang kat banner dia eja macam tu aku tiru ja. owner kedai tu kami panggil kak rita. disebabkan dia punya restoran kat perlis dan kami memang tak tau nama dia, kami selamber je panggil dia kak rita. dia cantik ala2 rita rudaini. ada kawan aku cakap nama dia 'wangi' mungkin sebab tu kot banner restoran ada bunga lavender. kekeke.

tetiba kat tepi-tepi jalan ada pulak banner 'kuali panas 7(2)= 14'. motip??? kak rita cakap ramai yang selalu tanya dia cawangan kedua dia ka? padahal itu kedai baru guna nama tu. kira macam rival untuk restoran dia la. tapi bagi aku kedai kak rita lagi sodap. harga pun okey lauk pun banyak.

kat kedai kak rita ada orang letak kek. kira tolong jual la. ada kek coklat, red velvet dan snow cheese. mula2 pi kedai tu tak pernah nak cuba so satu hari tu kawan aku la pergi makan situ dia beli bawak balik. aku rasa ja. sekali perghhhh memang sedap.



esoknya tu aku ni gian nak makan red velvet cake tapi taknak kalah terus menuju ke secret recipe nak beli red velvet cake sekali akak tu cakap dah habis. terus pergi ke kuala perlis dengan harapan ada la yang branch kat sana sekali dah tutup daaa. terus singgah restoran kuali hangaaat kak rita. orang lain singgah beli nasi lauk bagai aku dengan kawan aku ni selamba tenuk je terus ke kaunter beli kek. dua sekali aku hangkut.

KR : tak makan nasi? makan kek je?
Aku : haa. dah makan dah td. *muka tak bersalah*
KR : memang hantu kek ni hampa ni. (sebab aku beli dgn kawan aku) kak tak suka sangat red velvet sebab         masam. kak suka hat ni. (tunjuk snow cheese).
Kawan aku : kami suka semua. nak try cheese pulak (dia ambek kek cheese)
KR : tak pa la makan kek pun tak gemuk.

aku terus kempiskan perut aku yang sentiasa kembang dan selamba badak blah dari situ. malu pun ada jugak dek non. cisss...

so sesapa yang datang perlis boleh la try makan kat Restoran Kuali Hangaaat kak rita ni. tapi aku cakap memang congested la sikit time lunch. tapi servis okey, harga okey, makanan sedap, kedai bersih memang puas la makan situ.

btw thanks hasif hamid for the key chain and tshirt from Bangalore!

bye!

2 comments:

Cik Fatin Chocoholic said...

sedapppppppp

MESSYSERABUT said...

memang sedap tp x leh lawan kak bedah punya choc lava laaa.