Thursday, September 5, 2013

Program B.I.G : Keluarga Angkat

assalamualaikum dan salam sejahtera

penat camping tak habis lagi tapi nak jugak aku tekan keyboard. minggu lepas kelas aku ada buat program anak angkat di tanah mahsuri. langkawi ler mana lagi. kami pilih kampung mata ayer, kuah. memang happening dan aku dapat keluarga baru yang sememangnya awesome dan sangat pemurah.



mula-mula aku macam takut jugak kalau kalau tak dapat masuk dengan cara depa tapi meleset jangkaan aku. depa ni sangat la peramah tambah-tambah adik kembar yang bongsu. hehe. selalu bergaduh sampai mak kena masuk campur untuk bagi fair balik. memang happening.


dalam family angkat aku tu ada 6 orang adik beradik. semua masih belajar dan ayah angkat aku kerja polis bantuan dan juga jkkk kampung tu. anak jkkk harus kena happening dan ramah. dan paling best bila diberi kereta sendiri.

sampai-sampai ja rumah terus ayah angkat tanya ada lesen kereta tak then terus bagi kunci kereta. memang seronok la aku dengan member aku tu. boleh jenjalan. nanti aku cerita kat entry jenjalan langkawi.


disebabkan ramahnya depa dekat kami sampai sekarang still rindu depa. rasa macam dah satu family. sampaikan malam hari first aku balik kampus adik angkat call tanya buat apa dan dia cakap mak angkat aku tu suruh tanya aku solat ke belum. see how caring are they? siap bagi duit belanja dan hadiah lagi. terima kasih.



kebetulan time kami pergi tu jiran dekat rumah tu ada buat kenduri kahwin so ada la baby baby comel yang aku nampak sempat aku culik seorang buat bahan mainan. haha. so nanti aku cerita pulak part aktiviti kami kat sana. hehe.



comel kan baby tu???
bye!

No comments: