Friday, September 6, 2013

Program B.I.G : Pantai Cenang & Roti Canai Blackpepper

assalamualaikum dan salam sejahtera

sambungan part 1 punya cerita program anak angkat...

kali ni aku nak cerita pasal pergi jenjalan dengan kawan-kawan ke Pantai Cenang yang awesome dan best. why awesome? why best? padahal dah banyak kali pergi. ada la sebabnya pasaipa kali ni lagi awesome. hehe.



kami pergi Pantai Cenang tu unplanned sbb mula-mula just nak pergi Pekan Kuah untuk shopping coklat tapi tukar plan pergi sana. suka buat last minute decision. i like it most. itu antara sebab pertama ke-awesome-nan. yang kedua bila sampai sana aku blur bila yang lain ajak naik banana boat. dapat harga murah lagi sebab mama ain tu nego dengan brader banana boat.



tengok aku pakai macam mana. tak bersedia langsung sebab pergi pantai pakai macam nak pergi Mid Valley. haha. so aku dengan last minute-nya buat decision nak naik jugak banana boat jadi berlarian aku cari kedai beli seluar hawaii dengan ain tanpa berkasut dan semacam amazing race asia. kamel ikut kat belakang.



ni first time aku naik sebab dapat harga murah. giler la lepas ni kena naik lagi. memang enjoy habis dan ke-awesome-nan seterusnya bila enam adik beradik angkat ni datang pakai baju sama. aku jeles dengan hampa.


habis cerita part pergi bersantai kat Pantai Cenang yang tak ler best mana tapi nak cerita jugak sebab aku teruja bila ada unplanned thing ni. syok ooo kalau buat keja last minute termasuk assignment. lol.

as mention kat post title aku nak cerita pasal satu menu baru yang rare aku jumpa kat Langkawi ni. Roti Canai Blackpepper. sebelum ni aku jumpa roti canai telur, roti canai planta, roti canai sardin, roti banjir bla bla bla. kali ni aku teruja nak try roti canai blackpepper. 

actually kedai ni milik mak angkat kawan-kawan aku so depa kata sedap. aku ni jenis tak boleh orang kata sedap nak try tambah pulak benda free kan. sapa tolak tu mereng. pepagi buta lepas hantar adik-adik angkat tu pergi sekolah singgah jap Restoran Siti Fatimah sebab nak try roti canai rare Chef Belanga Merecik. abang chef tu sambil masak sambil bagi tips. hebat dia. hehe. dia kata nak nampak hensem kena senyum walaupun tengah marah. ni last day sebelum balik punya aktiviti aku dgn kamel.



memang sedap tahap nak arwah la roti canai kat sini harga pun berpatutan. sebijik baru RM2.50. ada telur, roti canai, kuah blackpepper dan ayam. kena try kalau pergi Langkawi. aku tak sempat snap gambar sebab lapar sangat waktu tu. bila dah tinggal last bite baru teringat tapi dah terlambat. haha. nasi lemak kat situ pun sedap jugak tapi aku tak try pun la dek kerana mak angkat dah siapkan nasi lemak sedap kat rumah. lain kali je la. bye!

No comments: