Monday, October 28, 2013

Halloween Gone Wild

hi everyone!

ececeh.. gempak sangat bunyi tajuk entry tu kan? haha. ni bukan halloween gone wild yang dekat astro tu. yang ni just ambek tema saja. because last week we had storytelling comp among teslians for cohort 2 and the theme is fairytale. sesaja la ambek mood halloween sebab tak tau nak buat tema apa.

credit to our designer Fikri 'Atif for the costume. its really look great??? very sure yes!

le designer! misteri tak? misteri tak?





sorry just a short entry. busy with books. exam is just around the corner. oh hell no. i just in a day. wish me luck guys! thank you so much! bye! see ya again...

HAPPY HALLOWEEN!

Tuesday, October 22, 2013

Si Comel Photogenic : Lola & Grey

assalamualaikum dan salam sejahtera

balik cuti raya qurban baru-baru ni aku tengok Lola dah mula menggatai dengan kucing jantan jiran sebelah Grey pulak kena serang buasir tp thanks God dah sihat balik dah. semua sbb silap makan.

tak sabar nak tunggu Lola preggy dan dapat anak tp maybe akan di adopt kan kepada orang lain sebab mak tak nak banyak sangat kucing kat rumah. so nanti kalau ada aku kasi hampa tau. kalau nak boleh datang rumah ambil.

jom tengok gambar kucing-kucing aku yang ala2 photogenic tak berapa jadi. kesian kena berkotoran demi aku.


Lola perasan model bajet bagus nasib kau la Lola gambar kau tak banyak. kenapa asyik lari ja bila aku nak tangkap gambar. padan muka.



muka Grey yang macam buat comel padahal mata masuk habuk sebab kelam kabut lari naik pokok macam tak pernah tengok pokok gayanya. sekali terkelippop kelippop kat situ sebab pedih.




bila bunyi pinggan je terus lari mencanak macam Usain Bolt. nasib baik aku sempat snap dan jadi macam ni. kekeke. pro jugak aku ye. masuk bakul angkat sendiri ja aku ni. haha.


bye!

P/S: YANG BELUM JOIN GIVEAWAY JOM KLIK SINI

Monday, October 21, 2013

Cerita Raya Qurban

assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah... finally dapat jugak taip kat blog ni lepas seminggu cuti untuk hari raya qurban. jadi amacam lembu korban anda?? hehe. kat rumah aku takdak sesapa yang buat ibadah korban tahun ni cuma kat kampung tu adalah jiran-jiran yang buat. tak banyak pun. ada la sekor dua yang tumbang.

balik raya haji hari tu sepatutnya cuti dua hari saja tapi aku memandai lajak dua tiga hari. lagipun dah nak masuk study week dan kebetulan raya haji tu kakak aku cuti seminggu dan balik kedah so aku pun join cuti jugak.

sambutan raya haji like usual. tak meriah sangat dan tak la suram sangat jiran, sedara mara ramai jugak la yang datang.

ketupat dengan rendang tu mesti kena ada kalau tak sendu sangat raya kan. main dish kat rumah aku, mak aku ada masak bihun sup tulang. gear box ke gear manual ke clutch ke aku tak tau. yang aku tau daging/tulang cicah sambal kicap memang aku hadap pagi sampai petang. sedap okey! tapi sorry gambar tak sempat snap sebab asyik sangat makan sambil aku sembang-sembang.



macam biasa petang raya harus pergi melawat rumah atuk dan sedara mara. tapi memang tak ada gambar yang diambil. kata blogger tapi gambar malas snap. pehal kau dek non?? haha.




hari raya qurban ketiga satu family pakat berjalan-jalan kat Tanjung Dawai sbb nak cari ikan bilis dan kebetulan aku dah lama tak pergi sana. teruja la jugak dan yang best dapat makan ikan fresh! hiho.





begitulah cerita raya qurban aku untuk tahun 2013. tak meriah sangat tapi tetap kena sambut. moga-moga lepas ni aku dengan mak aku ada peluang tunaikan haji pulak. amin... bye!

p/s : YANG BELUM JOIN GIVEAWAY JOM KE SINI

Monday, October 7, 2013

GIVEAWAY PERTAMA DARI MESSYSERABUT

assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat pertama kalinya MessySerabut nak anjurkan GIVEAWAY!
Excited sangat ni.
Giveaway ni akan bermula hari ini (7 OKTOBER 2013) 
sampai bulan depan (25 NOVEMBER2013)
Jom ramai-ramai pakat join!!!
Malas nak cakap bebanyak jom ambek banner dan start join.


SYARAT-SYARAT

1. Blogger dari Malaysia

2. Follow blog Messy Serabut (wajib)

3. Follow blog sponsor Cik Fatin Chocoholic | Nazril Hayat | Arsyad Muhamad (wajib)

4. Buat satu entry bertajuk 'GIVEAWAY PERTAMA DARI MESSYSERABUT' dan letak banner (atas) serta back link ke entry ini semula.

5. Tuliskan slogan ini pada entry anda 'Saya nak join Giveaway Pertama Dari MessySerabut kerana...' (pendek ja pun takpa)

6. Tinggalkan link entry anda kat ruangan komen. 

Simple bukan???

Hadiah akan diberikan kepada 3 orang pemenang. 
1 untuk follower bertuah (dipilih random).
*cenderamata dari Bandung, Indonesia*
SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, October 6, 2013

1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY

KLIK BANNER UNTUK JOIN GIVEAWAY


Jom yang lain join giveaway ni!

Saturday, October 5, 2013

Kami Buddyz Takkan Terpisah

assalamualaikum dan salam sejahtera

unplanned picnic happened today kalau hampa semua nak tau. disebabkan bosan terus tempah 'tiket' terbang pergi Beijing sana nuu. kau mampu ke dek non? asal je bosan terbang kesana sini.


haa kan... tak percaya ke? so petang tadi aku dengan kawan-kawan aku ni macam rasa bosan ler terperap kat hostel. lagipun dah lama tak hang out sesama. memasing busy. ececeh. jadi tadi kami berempat keluar hang out dekat Tasik Melati, Perlis. 

mula-mula cuaca macam panas terik. so rasa macam wah bestnya nak picnic ni. sekali tetiba time keluar tu lebat kau hujan turun. kan padan muka aku dan rakan-rakan ye. tapi kami redah jugak sebab segala jajan dah ada kami redah hujan jugak. duduk ler kat pondok yang ada. siap pilih tempat ala ala Putrajaya lagi.


banyakkan jajan yang dibawa. aku sorang belum tentu cukup. tapi bihun goreng tajaan tak ditunjuk. hehe. memula hasrat nak ler tangkap gambo nak masukkan dalam LOOKBOOK.nu tapi hujan makanya jadilah tragedi mandi hujan. *memori daun pisang waktu jalan-jalan*




hujan-hujan pun gigih berpayungan jalan pi mai pi mai. nak main hujan katanya. mengimbau kenangan sebelum berkhatan. pantang hujan kejanya nak main ja sampai mak aku dah tak koser nak marah. best kalau main ujan ni tapi orang cakap takut demam tapi cikgu sains aku kata kalau hujan tu dah lama okey ja kalau nak main janji lepas main mandi terus. 

kawan aku pulak fefeeling dok kat ostolia. kononnya bergambo dekat lake side dekat sana ler. tapi tadi mention pergi beijing kang sampai ostolia? ade jugak makhluk kena tampo.


aku ni pantang sikit bila dah kena hujan mula nak jadi sawan. kang semua benda gila aku buat tanpa ada kemaluan. muka semua mintak penampor ja kan. 



bentuk muka ni akan berulang jika mak aku pergi meminang janda anak sebelas. maunya reject awal-awal kan. hahaha. ni kalau bakal bapak mentua aku tengok konfem aku jatuh talak. melahap macam syaitonnirojim. haha. btw yeo's pilihan semulajadi dan twisties la yang taja picnic kami petang tadi tapi secara tak official la. kau ingat aku selebriti nak glemer-glemer sampai jajan pun nak kena taja. 

bila ujan dah reda kami pun kena balik takut-takut hantu karipap datang kacau. eh kau main hantu-hantu pulak. apapun ko selfie berjemaah itu penting ya rakan-rakan untuk eratkan urat-urat muka. 



muka memasing macam belacan sebab kena hujan. tak koser dah aku nak ambil-ambil gambar ni. lain kali kita chill lagi okey. btw kredit ke fikri sbb bg guna olympus pen untuk bergambo. bye!

Friday, October 4, 2013

wow... ambition pulak

assalamualaikum dan salam jumaat

as we grown up banyak cita-cita yang kita pasangkan. dari kecik-kecik dulu sampai la sekarang yang dah besar godang ni. tak habis-habis nak bercita-cita. alahai la dek non.

macam aku banyak jugak la cita-cita aku dulu yang aku susun dari masa kecik sampai sekarang walaupun tengah belajar kat TTC (teacher traning college) omputih yo. ape ade hal! sepanjang aku berkenalan, bertaaruf time sekolah rendah, menengah, time pergi kem, time sembang-sembang time nak tulis biodata kat dalam buku member/secret admire macam-macam jenis cita-cita aku dengar. doktor,cikgu itu perkara biasa.

paling aku terkejut ada yang nak jadi driver bas, pekerja kilang, kelindan lori. *how to spell??* bukannya aku menghina kerja-kerja tu tapi takkan la takde cita-cita yang grand? kan kan kan?

so cita-cita aku dulu macam-macam nak jadi itu nak jadi ini sampaikan aku pernah jugak ler pasang niat jadi pelakon/penyanyi. padahal suara hancus. burung hantu nyanyi kot ye lagi sedap dari aku. model pun teringin gak nak jadi padahal tinggi aku mana cukup.

aku penah jugak la nak jadi pakar kardiologi tapi biologi aku kantoi. kang aku operate orang bukan makin sihat tapi makin kritikal ntah ntah mati terus orang tu. kehkeh. tak silap aku aku mula stick dengan cita-cita aku yang betul-betul punya start darjah lima. tu pun sebab aku dah terbuka minda sikit kot.

cita-cita aku yang tak pernah tukar:

1) wartawan
2) pensyarah
3) doktor

tapi apa boleh buat pasaran sekarang tak macam dulu kena bersaing so aku kena pilih untuk jadi cikgu. tettt. jadi kepada adik-adik yang masih menuntut tak kira la kat sekolah rendah, menengah, kolej, universiti pilih la cita-cita yang betul-betul menjadi idaman. jangan menyesal kemudian hari. pilih haluan pelajaran yang betul dan menjurus kearah cita-cita idaman hampa. good luck!

motip gambar???