Monday, October 21, 2013

Cerita Raya Qurban

assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah... finally dapat jugak taip kat blog ni lepas seminggu cuti untuk hari raya qurban. jadi amacam lembu korban anda?? hehe. kat rumah aku takdak sesapa yang buat ibadah korban tahun ni cuma kat kampung tu adalah jiran-jiran yang buat. tak banyak pun. ada la sekor dua yang tumbang.

balik raya haji hari tu sepatutnya cuti dua hari saja tapi aku memandai lajak dua tiga hari. lagipun dah nak masuk study week dan kebetulan raya haji tu kakak aku cuti seminggu dan balik kedah so aku pun join cuti jugak.

sambutan raya haji like usual. tak meriah sangat dan tak la suram sangat jiran, sedara mara ramai jugak la yang datang.

ketupat dengan rendang tu mesti kena ada kalau tak sendu sangat raya kan. main dish kat rumah aku, mak aku ada masak bihun sup tulang. gear box ke gear manual ke clutch ke aku tak tau. yang aku tau daging/tulang cicah sambal kicap memang aku hadap pagi sampai petang. sedap okey! tapi sorry gambar tak sempat snap sebab asyik sangat makan sambil aku sembang-sembang.



macam biasa petang raya harus pergi melawat rumah atuk dan sedara mara. tapi memang tak ada gambar yang diambil. kata blogger tapi gambar malas snap. pehal kau dek non?? haha.




hari raya qurban ketiga satu family pakat berjalan-jalan kat Tanjung Dawai sbb nak cari ikan bilis dan kebetulan aku dah lama tak pergi sana. teruja la jugak dan yang best dapat makan ikan fresh! hiho.





begitulah cerita raya qurban aku untuk tahun 2013. tak meriah sangat tapi tetap kena sambut. moga-moga lepas ni aku dengan mak aku ada peluang tunaikan haji pulak. amin... bye!

p/s : YANG BELUM JOIN GIVEAWAY JOM KE SINI

2 comments: