Sunday, December 18, 2011

Wedding Reception Aznida+Razman

hello..

quite a long time MessySerabut x update blog. bukan kata x update jeguk pun x sebenarnya. hmm. setelah almost sebulan x buat apa kat rumah hari ni MessySerabut ikut geng Inai Photography pergi wedding. best jugak memandangkan dah lama x ikut. lagipun MessySerabut boring jugak dok rumah x buat apa. berat badan pun dah meningkat. kilonya jangan sesekali tanya. haha.

hari ni pergi wedding Hanida and husband [Razman] dekat Kepala Batas, Penang. wedding yang bertemakan biru muda dan putih. kombinasi yang agak cantik. rona lembut menjadi pilihan mereka. segala pakaian dari Butik Inai Tasek Gelugor. cantik. tapi MessySerabut tertarik dengan pakaian family mereka yang bertemakan grey dan paling paling paling tertarik dengan baju salah seorang ahli keluarga pengantin.  majlis dibuat disebuah restoran yang x sempat MessySerabut nak jenguk namanya. hehe.









ni sedikit gambar yang MessySerabut sempat edit. memang kalau bab edit ni MessySerabut x berapa teror sangat. jadi sesapa yang pandai mintak tolong ajar la. hehe. doa MessySerabut kepada pasangan mempelai semoga hubungan yang dijalin akan kekal sehingga akhir hayat. bye.


Nota: harap readers semua boleh comments untuk MessySerabut improve lagi okey. thanks. [ala-ala nak berdokumentari plak ayat MessySerabut] hahaha..

Saturday, December 3, 2011

ehh kau dah dewasa ke belum?

hello bloggers..

fewuww.. dah lama x update blog ye la kan tengah cuti al maklum lah kat rumah x dak wifi terpaksa la terkinja-kinja ke KFC atau Mamak Stall kalau nak update. kesian bukan. ala.. cuti ni rezeki kurang sikit sebab x dak keja yang nak di buat. boring ye la memang melanda. hadui. so boring2 hari tu dok kat rumah MessySerabut ni ter'rajin' plak la kan nak pi join aktiviti masyarakat. hehe. rabu minggu lepas kampung MessySerabut ada buat majlis khatan ramai2 so MessySerabut dah boring dok rumah pi la tengok diaorang berkhatan. tapi MessySerabut x la khatan sekali. kalau tak.. haha. [jangan bayangkan bukan2 okey]. bawah umur.

MessySerabut rajin plak nak pi ambek2 gambar bagai. haha. dengan panas nya. berpeluh2 nasib baik x bau. majlis tu mula around pukul 8.30pagi tapi MessySerabut bangun tido dah pukul 9.30pagi. nasib baik orang yang berucap tu panjang lebar MessySerabut sampai x habes2 lagi berucap. nasib baik. actually my abah dulu yang arrange benda2 ni since dia x dak ni baru buat balik. benda alah ni anjuran Komuniti Bestari kampung MessySerabut. best plak join benda2 ni. okey kepada kanak2 yang join acara berkhatan tu selamat datang ke alam dewasa MessySerabut ucapkan.

majlis tu mula dengan pendaftaran budak2 yang nak berkhatan. MessySerabut tengok bukan main semangat lagi. lepas ucapan2 semua yang hadir termasuk orang dari Jabatan Penerangan Malaysia bagai. then sambung dengan perarakan budak2 ru dengan paluan kompang. teringat plak zaman MessySerabut kecik2 dulu. hehe.

ni la budak2 tu

semangat makcik tu main kompang
lepas pada berarak bagai tu. main kompang sikit-sikit senyum sana senyum sini tibalah masa untuk mandikan budak tu. dada tu dah mula dup dap dup dap. macam la aku tau sangat kan dada diarang tu nervous. haha. diaorang mandi pakai air bomba so ada la pihak bomba yang datang [x berlumba-lumba] untuk mandikan budak2 ni.

pakcik bomba tu jirus budak mandi

seronok ye dik..

rasa macam nak join je
lepas je selesai mandi semua. kena la tukar pakaian semua nak mulakan acara yang sepatutnya tu. potong jangan x potong. baru korang tau nervous x nervous. semua masing2 MessySerabut tengok muka pucat je. takut la tu. haha. tadi semua senyum ja kan.

tengah tunggu giliran

makan ubat tahan sakit ye dik..
jeng.. jeng.. jeng.. tibalah masa yang di tunggu2. time nak potong. haha. masing2 buat muka serius ja. haha. ada makcik2 dan pakcik2 [mak bapak depa] yang bagi semangat nasib baik x da yang buat sepanduk macam program mentor tu kan x pon macam vokal bukan sekadar rupa. haha. orang yang pertama pon bermula..



masa dua tiga orang yang first tu x dak lagi yang meraung bagai. x dak yang dok buat drama murahan. masuk je yang keempat mula yang nangis2. jerit macam kena histeria pon ada. haha. aku plak yang gelak kuat-kuat. hahaha. yang x kena lagi tu mula la gelabah. haha.



tengok sampai kena dua tiga orang yang tolong pegangkan. haha. habis la korang yang lain. betul.. betul.. betul.. yang tukang tengok pon ramai jugak. mengalahkan orang nak berkhatan. haha.


part yang paling best sekali bila tengah MessySerabut asyik je dok ambil gambar orang dari pihak Jabatan Penerangan tu datang dekat dan tanya "Ni dari mana? Wartawan ke? Depa jemput?" kembang terus la MessySerabut. muahaha. [abaikan]

nota: seronok kalau join aktiviti masyarakat ni dan sekarang ni MessySerabut dalam perancangan nak berphotography.

bye.

Thursday, November 17, 2011

happy holiday

hello bloggers..
time to celebrate our holidays. take a good care guys and special for tettt. [buat muka bengong]

Wednesday, November 16, 2011

bila habis exam

hello bloggers..

malas nak cerita panjang sebab my previous post MessySerabut dah cakap yang mana MessySerabut dah habis final foundation exam kan so hari ni apa lagi disaat orang lain yang belum habis exam tu asyik dan khusyuk study dan jawab exam, MessySerabut keluar dengan kawan2 pergi membedal dua tiga helai baju dekat Padang Besar. best woohh dan terima kasih untuk one of my friend yang bagi pinjam kereta. :) [alasan paling kukuh sebab x nak ganggu org lain study]




gambar-gambar diatas ni diambil masa dalam perjalanan ke sana. pemandangan waktu pagi. kami keluar dalam pukul 9 pagi so memang jalan lengang ja la. lagipun sekarang ni kan musim exam dan hari ni hari bekerja so x lah sibuk sangat jalan tu. yang makcik2 kaki rombongan pun x ramai. so bas x dek. hehe.

selepas ja sampai di Padang Besar macam biasa tempat yang first kena tuju ialah BANK kalau x habuk je la yang MessySerabut boleh bedal. haha. sampaikan ada yang tanya kami ni sesat ka?? haha. muka macam foreigner la plak ye. [senyum kambing] dan lepas cucuk bagai tibalah masa nak membedal segala macam yang ada kat situ tapi... malangnya kedai belum bukak lagi la. dan macam biasa jugak MessySerabut ni kaki kuat makan so perut dah mula bunyi. cari punya cari kedai jual roti tisu x da dan terjumpa ladang burung unta so singgah dulu. haha. x dak orang jaga wohh. [muka hairan]

[muka takut burung unta telan] haha

[hey tayang ... ke? LOL]

[muka brutal tapi takut burung unta] muahaha

[sendatkan dalam satu pic]
lepas dua tiga minit berlalu kat situ perut x boleh jadi kena jugak carik makanan kalau x pengsan!! haha. segala macam lagu dah berkumandang dalam perut sebab kelaparan. haha. 



terpaksa la jugak berhenti tepi jalan buat muka x malu beli nasi lemak. kawan aku bedal sorang sebungkus ja sekali aku hangkut dua bungkus. MessySerabut memang x cukup makan. huahuahua. makan tu lebih kurang orang yang bela jin. tapi okey la sekurang-kurangnya boleh tahan sampai petang kan. ahh ya ka??? lepas ja makan terus mula beroperasi membedal segala kemahuan mengikut kemampuan seadanya. haha.

[first kedai 'kedai jersey']

[reka bentuk bazaar] x semua kedai bukak lagi.

[kawan aku yang gila jersey] aku pon sama la.


[action ja x beli pon]

[Thai na karp] apa ni??? *motif?
 part yang paling best bila keluar geng laki semua ni sebab boleh usha awexs cun yang ada situ. okey dalam perjalanan kami kacau budak sekolah [hon hon bagai lambai2 sikit], awex motor [fatty] *jahat*, then bila sampai ja kat tempat ni jalan punya jalan kawan MessySerabut syiokk ja dok usha awex ni. cun bapak. jual key chain and baju T. hapa lagi snap la. sesia bawa kemra mahai. haha. hasilnya. dia x perasan kawan aku x perasan at last aku jugak dapat gambo dia. haha.

[yg pegang marker tu bkn yg kecik tu]

[ala2 misi menyelamat Somalia]


 hasil bedalan ialah dua helai baju dan jugak key chain untuk geng sekolah MessySerabut. habis semua RM45.00 sahaja. masa balik bedal laksa plak. [makan lagi maunya x gemok]. so macam tu sehari selepas exam dan cara nak celebrate akhir tahun foundation. [eleh bajet macam habis degree] muahahaha. so sesapa yang dok exam lagi teruskan dan yang habis dan bakal habis jangan enjoy sangat sebab result belom tau lagi macam mana dan selamat bercuti!!! Bye.

p/s: tak sabar nak bercuti dan nak cari kerja part time sebab nak angkat zoom lens plak lepas ni. doakan ekk. :D

Tuesday, November 15, 2011

Unofficially finished my Foundation Course

hello bloggers..

hey today was my last paper for final foundation exam so mean MessySerabut dah habis foundation and dah nak masok degree tahun depan. memang x sabar la kan nak jejak kaki ke alam ijazah. baru senang duduk sikit kan. harap result untuk foundation ni okey la daripada biasa. tapi kena jugak ingat ijazah tu x semudah yang disangka. muahaha. so for SPM candidates how was your english paper? it was difficult or very easy? mesti la senang ja kan. alah english je kan semua mesti boleh jawab ja. amin. memandangkan ada lagi yang masih dalam mode exam so MessySerabut nak kongsi plak cerita pasal exam dan taubat. ye la kan kebanyakkan kita ni melakukan kesilapan kesalahan dan selalu x dapat nak realize kesilapan tu termasuk la MessySerabut.

exam dan solat sunat


kebanyakkan kita ni nak exam baru la nak taubat. sembahyang sunat bagai tapi kalau tengah dok belajar dok enjoying life x hengat nak buat macam tu. x ke hipokrit namanya tu??? jangan la macam tu. memang bagus sembahyang sunat tu bukan x bagus cuma kalau boleh istiqamah la buat benda2 bagus macam tu. MessySerabut ngaku MessySerabut pon macam tu jugak tapi tu la manusia kan kalau senang susah nak ingat kat Allah tapi kalau susah baru la tungging terbalik sembahyang sunat bagai buat benda2 baik segala kan.

exam dan baca Al-Quran


pastu ada jugak yang jenis dekat2 nak exam baru ingat nak buka al-Quran baca Yaasin bagai kan. siap dengan taranum sekali kalau boleh tu. tapi ingat la jugak ikhlas kah kita nak baca semua tu atau semata2 sebab nak exam. jangan permainkan benda2 macam tu. kalau boleh tu exam ke x exam ke baca la al-Quran insyaAllah dapat membantu nak mempermudahkan dalam kehidupan seharian. lepas maghrib ke subuh ke baca la sekurang2nya satu muka surat pon dah cukup. kalau boleh tu baca la lebih sikit.

exam dan maaf


yang ni plak jenis bila nak exam baru ingat nak minta maaf nak salam peluk cium bagai. padahal sebelum tu kaulah musuh ketat aku kan. haha. so kita sebagai manusia semua lakukan kesilapan so cepat2 la mintak maaf x payah tunggu nak exam ke nak pi haji ke. [baru je habis musim haji kan] sebab kalau orang yang jenis pemaaf ni mesti senang dapat kawan dan kawan dia akan jadi ramai sebab semua orang akan senang nak dekatkan diri dengan dia. yang tu okey lagi la ni plak yang jenis bila nak exam baru nak ingat taubat kan. lagi bahaya. sama la MessySerabut pun. tapi kalau boleh tu jangan la time exam je buat macam tu time lain pun kena jugak la. baru adil. :D

tips nak exam:

1. tidur awal malam hari.


2. jangan study last minute.[sebelum masok dewan takot celaru]


3. jangan main sampai letih.[takot tertidur masa jawab exam]


4. makan makanan berkhasiat.[kang sakit perut asyik pi toilet ja]


5. hindarkan baca buku yang tebal2 just look at the notes yang buat sudah. [peta minda penting]


6. jawab semua soalan yang diberi.[buat yang senang dulu yang susah refer kemudian kalau x tau salin balik ja soalan tu senang cerita] hehe.


7. baca doa sebelum dan selepas jawab soalan. 


8. fokus pada soalan jangan dok asyik tengok awex/balak jawab exam.[result kau kau punya pasal] haha.

so DO WELL. wish you best of luck.

Saturday, November 12, 2011

Answers for 'A Little Tagging Game' from Amierah Nabillah

QUESTIONS:

1. If you had one wish, what would you wish for?
2. If you had loads of money, what would you do with it?
3. Name one person who you really look up to.
4. Do you own any pets? If you do, describe about it :)
5. What do you do during leisure time?
6. Describe yourself in three words.
7. What do you think of me? *Ouh dear, I can't believe I'm asking this*
8. What cartoon character do you like the most?
9. Do you think I have anymore questions at this point? *Haha*
10. Let's see, what's your idea of a perfect wedding?
11. What's the craziest thing you have ever done?

ANSWER:

1. "Do appreciate your life being a Muslim"
2. I will help my family then whose that really need for it.
3. Amierah Nabillah [no idea whom i'm going to put his/her name]
4. I don't have pets. Sorry but I like Wonder Pets the most.
5. Blogging, chatting, hang out with friends, listening to music and wasting my time of course.
6. Demanding. Talkative. Caring [sambil angkat kening]
7. Easy to make friend with you. Friendly. Good looking [jgn perasan plak ye.. hehe chill.. :P]
8. Spongebob 
9. Of course because you need to complete 11 questions.
10. Merisik, bertunang, and the most important is IJAB KABUL then having kids. If have extra money why not make it grand. Muahaha.
11. (T__T) I'll be careful. I'll do things lucidly.


P/S: this all questions was tagged by Amierah Nabillah [my friend] just for fun. hehe. kalau nak buat jugak bleh ke blog dia tengok the terms and conditions. bye.

Friday, November 11, 2011

demam EXAM sekarang ni makin menjadi

hello bloggers..

huh semua orang pernah masuk exam kan? x kira la exam UPSR ka PMR ka SRP ka SPM ka tak pon exam nak amek lesen ka. segala jenis exam la. mesti cuak segila mungkin kan. so biasa la ujung2 tahun ni mesti semua sibuk dengan exam itu exam ini x terkecuali la dengan MessySerabut. sekarang ni tengah exam final. eceh.. macam final degree plak dengarnya ya. exam final foundation. tahun depan baru start degree. doakan MessySerabut boleh buat dengan jayanya okey. sempat lagi nak update blog ya. hehe. okey tahun lepas MessySerabut dah penah share dengan readers pasai experience MessySerabut taken SPM kan kat sini. so kali ni nak post pasal cara study budak sekarang ni bila exam fever datang menyerang.

tadi petang MessySerabut ada la la keluar makan dengan kawan2 dekat KFC kangar. memandangkan hujan masa kami tengah makan tadi so terpaksa la kami tunggu dulu dalam KFC tu sampai hujan reda. kebetulan kami keluar dengan motor ja kan. boleh dikatakan ramai pelajar SPM yang datng lepak situ untuk study. x terkecuali junior MessySerabut yang tengah exam semester satu. hadui. pelik MessySerabut tengok diaorang study kat situ. masok ka segala apa yang dibaca???

study sorang-sorang dekat KFC [restoran]




budak sekarang ni dah  x pandai nak beza restoran dengan perpustakaan kan? dengan environment KFC yang bising dengan radio lagu segala bagai macam mana nak masok apa yang distudykan tu? tambah2 baca plak buku sejarah. nampak macam kulit ke kulit je yang baca tapi haram satu x masok. hua3. kan dah buang masa macam tu. campur lagi dengan bau KFC yang mengiurkan tu lagi la x boleh nak fokus asyik terbayang akak keja situ dok goreng ayam sambil mintak order. "makan ke bungkus? original ke spicy??" haha.

study dengan awex or balak


tambah plak yang datang dengan awex balak bagai. lagi lah kan. MessySerabut x penah ada pengalaman amek exam or study dengan awex2 ni so x tau la macam mana rasa tapi MessySerabut boleh la terbayang macam mana perasaan bila study dengan awex balak ni. macam tadi MessySerabut tengok yang si awex ni buka buku Teks Sejarah Tingkatan Lima tapi mata tu dok pandang muka si balak dia. hapa yang dia telek sebenarnya pon x tau? mungkin zaman pra sejarah ada tuleh kat hidung balak dia tu kot? haha. yang balaknya plak dok pandang awex lain study; x ke naya si minah tu dah la susah payah keluar nak study [kononnya] yang balak usha pompuan lain. haih.. budak zaman sekarang ni.

study group atau sekampung

lepas tu yang jenis study group. mai punya la ramai bawak buku bertimbun. segala macam semua buku depa hangkut mai. buku teks, buku latihah cikgu bagi [paksa beli sebenarnya] buku masak mak depa la, buku AVON pon depa hangkut buh dalam beg. nak study ke buat jualan langsung ni dik? tambah plak dok dekat dengan meja MessySerabut makan memang hilang fokus la macam ni. MessySerabut mana reti dudok diam masa makan tambah2 dengan kawan2 kalau dengan bakal mak mentua ye la kot nak diam sopan sikit. ehem ehem. lagi2 bila MessySerabut nyanyi lagu aliff satar mengikut rentak dalam radio yang KFC tu pasang lagi la muntah hijau orang yang nak study tu. so fikir la sebelum nak study tu.

ni sikit petua nak study ikut cara MessySerabut yang MessySerabut tau la:

1. study dekat rumah dalam bilik sambil pasang muzik lagi bagus ayat suci Al-Quran [lagi bagus kalau ada aroma terapi sekali boleh meransang minda tau].


2. study dekat perpustakaan sambil tu boleh buat rujukan sekali dan x bising sebab ada sign ni:




3. study dekat sekolah dengan kawan2 lepas habis kelas kalau ada cikgu x balik lagi boleh tanya soalan yang susah tu.


4. study dekat taman bunga ke tasik ke baru la tenang sikit fikiran tu sambil menikmati keindahan alam semulajadi. [pilih tasik yang bersih ja tau].


so MessySerabut nak ucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua yang sedang atau akan menjalani exam. buat yang terbaik dan doakan yang terbaik jugak untuk MessySerabut. amin. bye.



Thursday, November 10, 2011

Tuesday, November 1, 2011

dedikasi buat mak tersayang

assalamualaikum..

SELAMAT HARI LAHIR MAK!!! hari ni ulangtahun hari lahir mak aku yang ke 52. semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu hendaknya. kami semua sayang mak sangat2. mak memang superb. terima kasih jugak sebab jaga kami adik beradik dari kecik sampai sekarang dan akan datang. love you mak!! :D so pagi tadi aku ada la text mak aku so dia bagitau yang kuih siput yang mak aku buat kelmarin agak gebu so ia amat sesuai untuk kanak2 yang baru lahir untuk makan. hehe. okey nak cerita sikit pasal mak aku. 

mak aku seorang yang penyayang sangat terutama kat suami dia (arwah abah aku) dan kami adik beradik. dia jugak suka memasak. masak mcm2 terutama untuk anak dia yang seorang ni sebab aku ni paling kuat makan dalam family aku. haha. maunya x gemok kan. mak aku jugak kadang2 sensetip sikit lebih2 lagi lepas ketiadaan abah aku dua tahun lalu. tapi aku dan adik beradik yang lain selalu la bagi dia ceria. mak aku suka bagi pesanan untuk anak2 dia. x kira la pesanan ringkas ke full package punya pesanan ka. tu yang best buleh buat karangan adik aku kata. haha. you got that right. alah memang kalau dah mak tu berleter tu biasa la. haha. mak aku jugak suka melawak ngan anak2 dia. mak aku suka sangat baby sebab tu eksited jugak mak aku nak ada cucu sendiri tahun depan. hehe. aku suka lepak ngan mak aku. pi shopping complex sesama. x dak keta kami pi merempit naik moto. 'macho' x mak aku. haha. stylo la. lepas tu kalau aku kata nak makan something mak aku cakap pi beli barang sure mak aku buat punya. pasal keagamaan x payah kata la mak mana yang x mau anak dia jadi baik kan. so sama la mcm mak aku ni. suruh kami pergi masjid la. aku ngn adik aku la sebab kami kan anak lelaki. hehe. mak aku selalu pesan supaya jangan lupa dekat arwah abah aku. sedih pulok. nak cerita memang banyak lagi so I LOVE MY MAK tu je yang aku boleh cakap. mak memang terbaekk lah.. hehe. :"P

ni masa konvo kak aku yang nurse

ni malam raya kedua tahun lepas. main bowling.

ni la MAK kesayangan kami adik beradik.
 "HAPPY BIRTHDAY"

p/s: nanti suruh kak ija n kak ima beli kek kat mak okey. kasi secret recipe punya. hehe.

Monday, October 24, 2011

Photoshoot [Part 1]

hello bloggers..

here some photos taken by me somewhere in perlis hang out with my friends








| camera : Canon 1100D | talent : mira,zura & zuu@aju | location : perlis indera kayangan |

p/s : comments sangatlah dialukan. saya masih baru dlm dunia photo. terima kasih. :D

Wednesday, October 19, 2011

what??? no idea

holla bloggers..

kalau korang teror sangat cubalah mende alah ni. giler best woo. btw bak bagitau yang semalam my number really lucky in lucky draw (pening x nak membaca ni). haha. for the first time after almost a year x bertuah kan. padan muka. tetiba lapar nasi ayam sate + sotong kangkung not kangkang + laksa penang my mom makes.



hah pastu aku sekarang dah gila movie plak Harry Potter yang membuatkan aku gelisah sebab exam around the conner aku dok layan movie plak. siap dok tengok dari first season plak tu Harry Potter And The Philosopher Stone. *gile* doakan aku kembali kepangkal jalan utk fokus ke study. 





p/s: aku pernah terpedaya dengan mende alah tu. nyampah siot!!! bye.

Sunday, October 16, 2011

amazing mom for my future kids

Assalamualikum w.b.t.

setiap kanak-kanak mahukan yg terbaik dari ibu bapanya. terima kasih mak kerana menjadi yang terbaik buat abang. I LOVE YOU MAK!!! lirik ni betul-betul menyentuh perasaan. :D so this lyrics utk mak aku dan bakal isteri aku. *jadi lah yang terbaik utk anak-anak kita nanti okey.

my mom is amazing
She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel
Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she's with me
there's no where else, I'd rather be
After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes
Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess
I'm so happy, I don't want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that's so amazing

Then I wake up in the morning, she's not there
And I realize she never was
And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me
And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving
How I wish I had a Mom that's amazing
Would be amazing

p/s: tapi siapakah isteri saya? itu jodoh Allah dan masih menjadi rahsiaNya. bye.

Untuk Tatapan Semua Readers MessySerabut

holla bloggers..

actually post aku copy paste dari blog Kamal Effendi's Blog dan menurutnya dia copy paste dari sahabat dia. jom baca dan renungkan!!! selamat membaca.



Untuk Adam dan Hawa...

Assalamualaikum WBT

Untuk Adam, andai mahu mencari hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Utuk Hawa..andai mahu menerima cinta adam..

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah, sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memag mulia zahir batinnya, tetapi hari ini mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki, kadang-kala berkopiah, dari mata nampak sungguh alim, tetapi dalam hatinya? Siapa yang tahu.. 

Sekadar renungan bersama..

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

cupcake vs aishiteru

holla bloggers..

hari ni aku ada kelas Madam Gojes (Mdm. Rozita) so kami ni disuruh la translate ala2 Google Translate tu untuk translate lagu Aishiteru yang Band Zivilia nyanyi tu. depa nyanyi kemain sedap dapat kat aku tudia lagi la sedap sampai retak dinding2 semua aku nyanyi. haha.

minggu ni sepatutnya dah masok minggu study week kami x payah ada kelas dah melainkan kelas ganti. mungkin lecturer aku ni dia nak uji kot sama ada kami ni mai ke tak kelas dia bila minggu2 macam ni. so dia buat la kelas. kemain lagi kami translate lirik tu. raga=basket la semua ada. tapi best. aku top five kot hasil pertolongan Google Translate bergerak. hui3. syhhhh.. DIAM!!!

so tadi dia bawak la cupcake yang dia buat bagi kat kami. dah la aku ngidam nak makan cupcake dia buat. so memang sedap la aku makan tadi. yang lebih kawan2 aku semua x mau. x lalu la. manis la. so apa lagi aku bedal je la semua kat aku. hehe. terima kasih madam yaa. tahun depan birthday saya nak tempah banyak2 boleh??? kasi free dah la. debush!!! hamek kau FREE!!! haha. bye.

sodapp bebeno!!

hasil bedalan aku.