Monday, October 24, 2011

Photoshoot [Part 1]

hello bloggers..

here some photos taken by me somewhere in perlis hang out with my friends








| camera : Canon 1100D | talent : mira,zura & zuu@aju | location : perlis indera kayangan |

p/s : comments sangatlah dialukan. saya masih baru dlm dunia photo. terima kasih. :D

Wednesday, October 19, 2011

what??? no idea

holla bloggers..

kalau korang teror sangat cubalah mende alah ni. giler best woo. btw bak bagitau yang semalam my number really lucky in lucky draw (pening x nak membaca ni). haha. for the first time after almost a year x bertuah kan. padan muka. tetiba lapar nasi ayam sate + sotong kangkung not kangkang + laksa penang my mom makes.



hah pastu aku sekarang dah gila movie plak Harry Potter yang membuatkan aku gelisah sebab exam around the conner aku dok layan movie plak. siap dok tengok dari first season plak tu Harry Potter And The Philosopher Stone. *gile* doakan aku kembali kepangkal jalan utk fokus ke study. 





p/s: aku pernah terpedaya dengan mende alah tu. nyampah siot!!! bye.

Sunday, October 16, 2011

amazing mom for my future kids

Assalamualikum w.b.t.

setiap kanak-kanak mahukan yg terbaik dari ibu bapanya. terima kasih mak kerana menjadi yang terbaik buat abang. I LOVE YOU MAK!!! lirik ni betul-betul menyentuh perasaan. :D so this lyrics utk mak aku dan bakal isteri aku. *jadi lah yang terbaik utk anak-anak kita nanti okey.

my mom is amazing
She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel
Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she's with me
there's no where else, I'd rather be
After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes
Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess
I'm so happy, I don't want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that's so amazing

Then I wake up in the morning, she's not there
And I realize she never was
And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me
And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving
How I wish I had a Mom that's amazing
Would be amazing

p/s: tapi siapakah isteri saya? itu jodoh Allah dan masih menjadi rahsiaNya. bye.

Untuk Tatapan Semua Readers MessySerabut

holla bloggers..

actually post aku copy paste dari blog Kamal Effendi's Blog dan menurutnya dia copy paste dari sahabat dia. jom baca dan renungkan!!! selamat membaca.



Untuk Adam dan Hawa...

Assalamualaikum WBT

Untuk Adam, andai mahu mencari hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Utuk Hawa..andai mahu menerima cinta adam..

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah, sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memag mulia zahir batinnya, tetapi hari ini mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki, kadang-kala berkopiah, dari mata nampak sungguh alim, tetapi dalam hatinya? Siapa yang tahu.. 

Sekadar renungan bersama..

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

cupcake vs aishiteru

holla bloggers..

hari ni aku ada kelas Madam Gojes (Mdm. Rozita) so kami ni disuruh la translate ala2 Google Translate tu untuk translate lagu Aishiteru yang Band Zivilia nyanyi tu. depa nyanyi kemain sedap dapat kat aku tudia lagi la sedap sampai retak dinding2 semua aku nyanyi. haha.

minggu ni sepatutnya dah masok minggu study week kami x payah ada kelas dah melainkan kelas ganti. mungkin lecturer aku ni dia nak uji kot sama ada kami ni mai ke tak kelas dia bila minggu2 macam ni. so dia buat la kelas. kemain lagi kami translate lirik tu. raga=basket la semua ada. tapi best. aku top five kot hasil pertolongan Google Translate bergerak. hui3. syhhhh.. DIAM!!!

so tadi dia bawak la cupcake yang dia buat bagi kat kami. dah la aku ngidam nak makan cupcake dia buat. so memang sedap la aku makan tadi. yang lebih kawan2 aku semua x mau. x lalu la. manis la. so apa lagi aku bedal je la semua kat aku. hehe. terima kasih madam yaa. tahun depan birthday saya nak tempah banyak2 boleh??? kasi free dah la. debush!!! hamek kau FREE!!! haha. bye.

sodapp bebeno!!

hasil bedalan aku.

Sunday, October 9, 2011

weekend kali ni x boring

hola bloggers..

mood aku weekend aku hari tu x la boring sangat sebab minggu ni dpt jengah rumah. balik rumah la kan aku anak manja. nak la cerita sikit pengalaman naik bas INTERCITY yang tersangat lah slow. cuba bayangkan naik bas tu dari Kangar > Butterworth ambek masa HEMPAT jam. gila gaban lama. naik semput aku dok dalam bas tu. pinggang aku naik lenguh. kalau dalam bas tu ada kerusi ogawa x pa la jugak. slow kemain bas tu. berhenti pi tukar tayar la buh minyak la. masok stesen minyak sampai dua kali. cirit ke hape driver bas tu. huish. bengang aku masa tu. wifi slow macam pink2 ba**. abang ipar aku dah tunggu nak ambek aku. so alamat tertunggu-tunggu la abang ipar aku tu mana nak ambek kakak aku kerja lagi. T__T moralnya x payah dok belagak nak naik intercity dan jangan berangan nak sampai awai. tapi mungkin kebetulan bas yang aku naik tu ja yg lambat yang lain mungkin dan harus la cepat kan.

so weekend hari tu ada la kawan2 aku yang teringin bebeno nak jenjalan kat area penang. ntah apa yg depa nak cari pon aku x tau. hehe. jadi kami balik sesama la. depa tidur kat rumah kawan aku sorang lagi. nak ajak pi rumah aku pakai x jalan mana la sebab aku mana ada keta kakak aku guna. hua3. tapi aku ni x la kejam sangat so aku ajak la depa semua lunch kat rumah aku kelmarin sebelum balik ke sini. terpaksa la aku kejan mak aku masak sikit2 yang simple2 nak jamu depa makan. mak aku masak : masak lomak ayam, ada ayam kicap, ulam dan sambal (wajib), sayur masak x ketahuan sebab yang tu aku masak so aku x tau. main tibai je. haha. ada try buat triffles tapi x menjadi sebab aku x tau nak masak tepung kastard macam mana. haha.

ni la sayur x dak nama

triffles x jadi
sebelum balik tu kami sempat lagi la menyinggah ke Sunway Carnival Mall, Penang. kawan-kawan aku nak beli something ntah hapa ke benda yang depa nak beli pun aku x tau tapi kalau nak shopping perlu la pi cari ATM punya mesin dulu kalau x tengok jela barang-barang tu.

dah macam nak rompak mesin tu ja
jalan-jalan cari pasal dengan tokey kedai
aku ni jenis pantang ada car show kat shopping complex semua aku nak bedal tengok. sambil tu kena la buat muka kompiden macam nak beli semua. sampai apek yang jaga situ dok tengok ja aku macam aku ni x mampu je nak beli hakikatnya memang pun x mampu. haha. aku just usha hyundai Tucson dengan Suzuki Swift.tetiba minat plak kat kereta tu. hehe.

tengok sampai parkinson aku nampak kereta ni
dah dalam dok teman kawan2 aku pilih baju seluar beratur nak bayar aku dengan muka selamba beruk snap gambar diri sendiri. memang muka x malu aku ni kan. hik3.

memang x tau malu
lepas tu teman la kawan aku sorang ni pi ToysRus dia nak beli natang alah apa twister tu nak main dengan anak sedara dia katanya. lantaklah aku pun teman la dia beli then kakak kerja situ ajak daftar kad ToysRus tu. dah free bedal jela. mana la tau kan nanti nak beli kat anak2/anak sedara aku bleh la kumpul point. *gila* haha. agak terkilan la sebab natang badut tu x nak bagi ballon kat aku satu.

wrapping paper ToysRus
ni kawan aku dgn natang twister dia
kad tu yang aku cakap

simpan elok2 nanti aku nak pi beli natang elmo plak
dah tu teman kawan aku yang sorang ni nak pi beli pants plak. sekali kedai yang dia masuk tu tengah buat offer gila bapak murah yang teramat sangat.

kak kedai : adik, seluar ni offer ambek dua murah. ada less.


kawan aku : less??? okey saya ambek tiga.

camtu la lebih kurang dialog dia yang aku reka sendiri.

murah badak kan???
tu je la weekend ni yang aku buat. hua3. exam dah nak dekat setadi masih kureng. hehe. so kawan aku kata depa nak mai lagi situ tunggu jambatan kedua aka jemputan kedua plak la. hehe. bye.

p/s: hari tu ada la rancang nak keluar makan dengan mak aku sekali mak aku kena ngasuh plak so terbatal macam tu je la. tunggu deepavali ni plak pi umah terbuka. hua3.

Thursday, October 6, 2011

karnibal inobasi bedahgigi :D

hoi semua orang kampung...

"Pedagogi". korang tai tak maksud 'pedagogi' ni?? hah axtually aku pun tak berapa nak tau sangat maksud benda alah ni. sekali dengar bunyik macam lucah pon hada gak. 'pedadoggy'. hua3. kepada yang enosen yak paham tu just dok diam-diam baca saja jangan dok banyak tanya plak. Karnibel Inobasi Pedagigi/Karnival Inovasi Pedagogi tu la pasalnya aku nak bagitau dalam entry ni. maklum la hari ni ada karnival sedemikian yang aku x tau ntah apa motif aku dapat berlangsung kat IPG Kampus Perlis ni tempat aku dok setadi la ni. menurut cerita orang kampung aku <mai celah mana org kampung aku ni> karnival ni macam nak bagitau la inobasi-inobasi senduk untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar nanti lepas semua dah posting x kira la dalam hutan ka luar hutan ka yang bapak jauh kah gila dekat ka.



ala ala model dah aku tengok minah ni

ye la kan dah nama pun cekgu kan perlulah berkorban jiwa raga belajar main sumpit ambek lesen perahu utk pi mengajar. hoi lari topik dah ni. kira benda2 yang depa dok buat ni bleh la guna masa nak mengajar nanti. ahh ghasak lah bak kata pepatah org muda mcm Cik Epal Gonjeng. memandai ja aku menabah. karnival ni boleh kata semua budak bapak budak mak budak terlibat sama la. apa yang cuba disampaikan tu aku pending sikit nak jawab. macam-macam aku tengok tadi sampai pening nak tercabut otak lutut aku. ada yang dok buat blog, ada video ntah apa aku x paham motif, permainan tu yang best sikit sebab ada hadiah walaupun x seberapa hanyalah snek yoes kaler biru tu je. aku bantai je ada aku nak kesah ke. yang aku tau aku dengan geng yang sama serabut meli aka milo tau pergi ke booth ujung sana ke ujung sini mintak coklat pastu mencapub sikit then cabut lari. kacau orang sana sini ngumpat sikit-sikit pastu balik. suasana dia macam ni...

kita sokong punya kawan2 buat kerja

semangat beno ko jelas tp satu haram aku x paham

buat muka x malu main sebab nak hadiah free

hoi suke beno dia

amboih dia gumbira tahap cipan org mai tgk booth dia

bajet mcm hampa paham dia habaq pa
lepas tu jalan2 lagi. selagi ada kudrat x akan lepas peluang nak ronda semua tempat tgk apa la inobasi sangat yang depa tu dok buat siang malam. hua3. memang insurans x dak la dok ngumpat orang kat sini. haha.

hoi x penah tengok bola mungkin dua org ni..
ibarat meludah kelangit sebab gambaq aku.

alahai terencat budak ni..kesian

ni geng dok kat dalam. mcm x dak org melawat. kesian plak singgah pi la sat.

p/s: ada junior cun la wey.. parkinson aku!! hehe.

bye.

Monday, October 3, 2011

BOOK NOTE TIPS

hey bloggers..

pagi tadi lepas aku 'taksub' dok blogwalking tiba2 gatai ja tangan ni dok pi ambek one of the plastic file atas meja studi aku tu. rasanya dah berkurun jugak la file tu aku tak belai manja dia. kasihan!!! hambek kau. hehe. kalau dah ambek tu takkan aku dok tengok saja kot kan. for sure la bukak then bila dah bukak file tu tara... jeng.. jeng.. jeng..

abaikan mejaku yg agak messy dan serabut tu

this book la
i found that two journey book of mine masa sekolah menengah dolu dolu. ala ala diary la jugak tapi its not diary because everyone can read it and commenting on it except yg purple in colour tu sebab that one i used to kutuk and maki orang ada jugak untuk puji2 orang dan i used to write something regarding myself to tell my parents apa yang aku rasa dan apa yang aku nak yang belum tentu i can get it. *annoying* rasa lawak kan bila seorang lelaki ada that kind of book. haha. hey!!! ingat laki ni pokok ke tak dak perasaan. kami pon tau jugak sedih gembira. we guys also have feeling. bajet dalam hati ada taman sejambak bunga. haha. nak tengok dalam tu aku simpan apa??? layan ja the pics kat bawah ni.

my target for my PMR exam tapi x dpt byk ni pon

dah kecewa dgn PMR try utk SPM plak x capai jugak

just utk bakar semangat ja. huuhuu. abaikan MASKULIN tu koleksi sem lepas. hua3.
yang paling aku sayang dalam banyak harta dalam buku tu this note (kat bawah) given by my beloved ABAH during my PMR examination (2007). now he rest in peace beside Allah. wait... Al-Fatihah buat abah (sedekahkan utk my abah). my abah pesan suruh sentiasa memperbaiki diri dan ubah hidup keluarga. abah aku pesan suruh dapat kerja yang mantap-mantap nak jaga Mak, Kakak-kakak dan Adik aku. kan aku abang dalam keluarga. suddenly I MISS A LOT TO MY BELOVED ABAH. kelmarin petang puas aku nangis bila teringat kat abah. "Mak, abang rindu kat abah sangat-sangat. Teringin nak sembang dengan abah lagi macam dulu and abang tau mak selalu rindu abah kan??" kami satu family always rindu kat abah. miss you so much. 'ya Allah tempatkanlah abah dengan orang beriman amin'.

that note yg aku sayang. since year 2007. abah tuleh kalut2 but still have deep meaning for me
tadi aku asyik dok blogwalking jumpa la tips2 nak blogging cara betul dari blog2 femes ni MelRomeo|Melz dan Great Teacher Onizuka depa ni memang superb la bab blogging ni and nak gain banyak visitors. rasanya dah jadi macam kerjaya kedua sebab monthly dapat wah ber'k' 'k' duit. kaya! kaya! so hope semua readers blog ni messyserabut.blogspot.com terus support blog ni untuk aku terus blogging dan thanks kepada follower, readers dan other bloggers yang jadi inspirasi untuk aku blogging. study time!!! :D bye.

p/s: wish me luck dalam exam this sem dan sem2 berikutnya. next year dah degree. can't wait. amin.