Sunday, October 9, 2011

weekend kali ni x boring

hola bloggers..

mood aku weekend aku hari tu x la boring sangat sebab minggu ni dpt jengah rumah. balik rumah la kan aku anak manja. nak la cerita sikit pengalaman naik bas INTERCITY yang tersangat lah slow. cuba bayangkan naik bas tu dari Kangar > Butterworth ambek masa HEMPAT jam. gila gaban lama. naik semput aku dok dalam bas tu. pinggang aku naik lenguh. kalau dalam bas tu ada kerusi ogawa x pa la jugak. slow kemain bas tu. berhenti pi tukar tayar la buh minyak la. masok stesen minyak sampai dua kali. cirit ke hape driver bas tu. huish. bengang aku masa tu. wifi slow macam pink2 ba**. abang ipar aku dah tunggu nak ambek aku. so alamat tertunggu-tunggu la abang ipar aku tu mana nak ambek kakak aku kerja lagi. T__T moralnya x payah dok belagak nak naik intercity dan jangan berangan nak sampai awai. tapi mungkin kebetulan bas yang aku naik tu ja yg lambat yang lain mungkin dan harus la cepat kan.

so weekend hari tu ada la kawan2 aku yang teringin bebeno nak jenjalan kat area penang. ntah apa yg depa nak cari pon aku x tau. hehe. jadi kami balik sesama la. depa tidur kat rumah kawan aku sorang lagi. nak ajak pi rumah aku pakai x jalan mana la sebab aku mana ada keta kakak aku guna. hua3. tapi aku ni x la kejam sangat so aku ajak la depa semua lunch kat rumah aku kelmarin sebelum balik ke sini. terpaksa la aku kejan mak aku masak sikit2 yang simple2 nak jamu depa makan. mak aku masak : masak lomak ayam, ada ayam kicap, ulam dan sambal (wajib), sayur masak x ketahuan sebab yang tu aku masak so aku x tau. main tibai je. haha. ada try buat triffles tapi x menjadi sebab aku x tau nak masak tepung kastard macam mana. haha.

ni la sayur x dak nama

triffles x jadi
sebelum balik tu kami sempat lagi la menyinggah ke Sunway Carnival Mall, Penang. kawan-kawan aku nak beli something ntah hapa ke benda yang depa nak beli pun aku x tau tapi kalau nak shopping perlu la pi cari ATM punya mesin dulu kalau x tengok jela barang-barang tu.

dah macam nak rompak mesin tu ja
jalan-jalan cari pasal dengan tokey kedai
aku ni jenis pantang ada car show kat shopping complex semua aku nak bedal tengok. sambil tu kena la buat muka kompiden macam nak beli semua. sampai apek yang jaga situ dok tengok ja aku macam aku ni x mampu je nak beli hakikatnya memang pun x mampu. haha. aku just usha hyundai Tucson dengan Suzuki Swift.tetiba minat plak kat kereta tu. hehe.

tengok sampai parkinson aku nampak kereta ni
dah dalam dok teman kawan2 aku pilih baju seluar beratur nak bayar aku dengan muka selamba beruk snap gambar diri sendiri. memang muka x malu aku ni kan. hik3.

memang x tau malu
lepas tu teman la kawan aku sorang ni pi ToysRus dia nak beli natang alah apa twister tu nak main dengan anak sedara dia katanya. lantaklah aku pun teman la dia beli then kakak kerja situ ajak daftar kad ToysRus tu. dah free bedal jela. mana la tau kan nanti nak beli kat anak2/anak sedara aku bleh la kumpul point. *gila* haha. agak terkilan la sebab natang badut tu x nak bagi ballon kat aku satu.

wrapping paper ToysRus
ni kawan aku dgn natang twister dia
kad tu yang aku cakap

simpan elok2 nanti aku nak pi beli natang elmo plak
dah tu teman kawan aku yang sorang ni nak pi beli pants plak. sekali kedai yang dia masuk tu tengah buat offer gila bapak murah yang teramat sangat.

kak kedai : adik, seluar ni offer ambek dua murah. ada less.


kawan aku : less??? okey saya ambek tiga.

camtu la lebih kurang dialog dia yang aku reka sendiri.

murah badak kan???
tu je la weekend ni yang aku buat. hua3. exam dah nak dekat setadi masih kureng. hehe. so kawan aku kata depa nak mai lagi situ tunggu jambatan kedua aka jemputan kedua plak la. hehe. bye.

p/s: hari tu ada la rancang nak keluar makan dengan mak aku sekali mak aku kena ngasuh plak so terbatal macam tu je la. tunggu deepavali ni plak pi umah terbuka. hua3.

2 comments:

Eazy Izzuddin said...

suka car show ea..
me too !
eh ada sebut my car hehe
xD

Sunway Carnival Mall..
pernah sampai sana..
hik2

MESSYSERABUT said...

yep... ntah la.. x buleh kalau nmpk car show then dok berangan nk beli satu hua3.