Tuesday, January 10, 2012

awek/pakwe vs mak/ayah

assalamualaikum and hello..

malam ni MS sebenarnya bukan la nak berceramah ka nak bermotivasi ke cuma ye la nak kongsi sebagai kawan untuk kita semua guna [untuk yang boleh terima la] pandangan MS yang MS nak tulis dalam entry kali ni. sebelum MS mula tulis MS nak say sorry dulu kalau benda mcm ni ada pihak yang kurang berpuas hati. MS nak cakap pasal meletakkan kapel korang dihadapan ke atau letak Allah dan mak & ayah korang dihadapan?? banyak sangat yang MS tengok sekarang ni kapel-kapel yang letakkan awek/pakwe diaorang kat depan [maksud tersirat] walaupun mereka x realise pon benda tu. kenapa MS kata x realise sebab tiga aspek bawah ni akan cerita.

doa kepada kita
kebanyakkan kita akan kata "ehh, i put my parents infront la who said i'm not?" tapi betul ke?? kita tengok dari segi doa kepada kita. tak kira la time kita sedih ke nak exam ke nak interview ke apa-apa ja la yang berkaitan ada tak awek/pakwe kita yang doa untuk kita?? mungkin ada yang kata ada sebab awek/pakwe diaorang hantar sms/call diaorang cakap "sayang, buat exam lek lok tau. good luck. love you.." ya itu yang dikatakan doa yang ikhlas. mungkin juga tapi caranya kurang tepat. tapi bila kita tengok mak/ayah kita kalau kita nak exam la katakan [sbg contoh] mereka sanggup untuk bangun tengah malam buat solat hajat, baca Yasiin, berdoa untuk kita cemerlang. ada awek/pakwe korang yang sanggup buat macam tu. bangun solat, doa segala?? entah-entah sebelum tidur tu ingat ke tak la yang partner diaorang tu nak exam. so kenapa nak letakkan awek korang kat depan atau erti kata lebih penting???

shopping complex atau jalan-jalan
yang ni plak bila kita tengok dari segi bila keluar jalan-jalan. kebanyakkan kapel yang kita tengok bila keluar je ber'dating' mesti pegang tangan kan. [paling kurang] ye tak kan takut awek/pakwe hilang kena kebas kan. macam la awek/pakwe korang tu cun/hensem sangat. tapi kalau keluar je dengan mak/ayah kalau boleh tu nak jalan jauh-jauh je kan. ada anak lelaki [remaja] yang sanggup jalan sambil pimpin tangan mak diaorang. ada?? kalau ada pun mesti x banyak kan. begitu jugak perempuan x sanggup nak jalan sambil pegang tangan ayah. rasa jijik je. memalukan. dah tu jalan dengan awek/pakwe boleh plak siap pegang pinggang lagi. geletek sampai gelak guling-guling pun x pa kan. haha. fikir kan la ye.

keluar makan sama-sama
bab makan plak. kita selalu tengok kalau dah kapel x sah kalau x makan sama-sama kan. tambahan plak yang belajar dekat universiti/ipta/ipts mana-mana. konfem kalau makan tu nak ajak awek sekali. kalau x rasa x kenyang je nak makan kan. kalau mak/ayah kat rumah x dak nya nak ingat sampai macam tu. ye dak?? dah tu siap sms/call lagi tanya nak makan ke tak. kat rumah nak tanya/ajak mak/ayah makan pun malas/segan sedangkan bukannya kena bayar sesen pun. kita tengok plak time makan dekat luar. [MS selalu jugak makan dekat luar dgn mak] ada tak yang sanggup suap mak/ayah kita sambil orang meja sebelah tengok kita. tobat susah kan. rasa kekok je. kalau mak/ayah kau tahu mesti dari kecik diaorang x nak suapkan kita makan. cuba tengok contoh situasi yang MS nak kongsi. famili kita pergi makan kat luar kebetulam malam tu ada perlawanan bola sepak. memang ramai. meja kita sebelah mat-mat motor. ada tak anak lelaki yang sanggup suap mak/ayah kita makan. saja-saja. bukan birthday party ke apa. ada??? ada anak perempuan yang sanggup ambil gambar belaga pipi dengan parents diaorang kat situ??? mesti la x sebab yang lelaki akan takut orang cakap 'jambu' yang perempuan takut kehilangan ayu. tapi kalau dengan awek/pakwe siap makan bersebelahan senang nak suap menyuap laga pipi kiri kanan. tak malu plak ye??? siap rasa bangga lagi.

sms/call dan wallpaper handphone
come to sms chapter plak. dengan awek/pakwe sanggup habiskan duit semata-mata nak call dengan suara rindu katanya kalau x dapat dengar suara awek/pakwe. siap x boleh tido lagi tapi kalau suara mak/ayah kita yang jaga kita dodoikan kita masa kecik x nak plak nak call dengar. satu lagi wallpaper handphone. tipu la kalau kata ada yang x dak handphone even my atok pun ada jugak. wallpaper mesti la kena ada gambar awek/pakwe boleh tengok selalu asal tengok phone nampak 'yayang'. kan?? tapi gambar mak/ayah kita macam mana??? entah simpan ke tidak. kan??

so korang fikir-fikirkan la. bye.

nota : jangan lupa minta maaf dekat parents kalau ada buat salah dengan mereka jangan tunggu raya setahun sekali ja. doakan mereka jugak setiap kali lepas solat atau pun masa kita rindukan mereka. i love my mak & abah. ingat letakkan Allah dulu yang pertama then Mak then Abah.

5 comments:

Amierah Nabillah said...

setuju sangat! :))) very nice post! some people tak realise this thing bila enak dibuai madah cinta. cewah! :P hehe

Arsyad Muhamad said...

wow..when MS speaks, he speaks with passion and facts. I couldn't agree more..hope we will be far from those silly-willy things. :D

Hazwan Hashim said...

Amierah Nabillah : haha.. tu la ramai yg ambil ringan pasal ni.

Ash Muhamad : hope so.. =P

Fatin Idris said...

say no to kapel...:)

Hazwan Hashim said...

fatin idris : ye la tu.. kau dh nak kawen.. lain laa..