Thursday, January 5, 2012

perubahan itu penting ya atau tidak??

hello..

respon terhadap kes Nur Amalina [17A1]
MS agak keliru apabila topik yang MS cuba tulis hari ni berkenaan perubahan. ye la kan macam semua orang tahu yang sekarang ni kes pasal si Nur Amalina yang berjaya mendapat 17A1 dalam SPM yang dikatakan tiba-tiba berubah teruk selepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran tu. ya MS akui yang sesetengah daripada kita mudah untuk terkena kejutan budaya memandangkan negara kita penuh dengan adat sopan yang tersendiri. jadi apabila kita memang yang jenis sukakan kebebasan begitu mudah kita untuk terikut-ikut dengan budaya asing yang menjadi naluri kita selama ini begitu juga MS yang mudah terkena culture shock tapi alhamdulillah setakat ni MS tidaklah terlalu teruja dengan budaya asing terutama budaya barat. tidak semestinya jika kita menjejakkan kaki kita di bumi asing [overseas] kita akan mengalami kejutan budaya tersebut malah kalau di bumi sendiri juga mudah kerana banyak medium yang boleh mempengaruhi kita. tetapi tidak semua mempunyai sifat sebegitu. malah yang berubah kepada kebaikan pun telah banyak dilahirkan jika kita berjauhan dengan keluarga. berbalik kepada kak amalina MS cuma nak komen sedikit sahaja sebab MS sendiri tidak pasti dengan berita sedemikian. pelbagai cerita yang timbul. bagi MS ya terus terang cara Nur Amalina itu salah jika dia benar melakukannya bukan saja dari segi perspektif sebagai rakyat Malaysia malah turut salah dari segi agama yang dianuti [Islam]. namun kita sebagai masyarakat yang kaya dengan adap dan sopan kita tidak seharusnya berterusan menyalahkan dia tetapi sebaliknya kita harus untuk bersama mengharapkan yang terbaik untuknya berubah demi agama, bangsa, keluarga dan juga negara. dakwaan sesetengah pihak/blog mengatakan dia terlalu teruja berada disana tapi itulah hakikatnya. manusia mana yang tidak akan teruja kalau berda di bumi asing kan?? tambahan lagi dengan sponsor dari pihak-pihak tertentu. tetapi tidak semudah itu untuk kita menyalahkan orang lain. jika kita merasakan bahawa dia benar berubah kearah itu jadi marilah kita sama-sama mendoakan agar Nur Amalina tidak lagi melakukan kesalahan itu dan sentiasa berusaha untuk kembali kepangkal jalan.



lelaki/suami baran perlukan perubahan
tiba-tiba juga MS terpanggil untuk menulis ulasan berkaitan lelaki yang mudah panas baran. ya MS juga lelaki tapi baran MS tidaklah terlalu memuncak kerana bagi MS sabar itu penting dalam diri individu. sebenarnya MS ada sebab tersendiri yang membuatkan MS mahu menulis hal ini di blog MS. okey sepertimana yang semua tahu bahawa lelaki adalah manusia penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan namun jika seseorang lelaki itu tidak mampu untuk menahan perasaan marahnya terhadap isteri atau anak-anak jadi bagaimana untuk kita [lelaki] membahagiakan dan menjadi orang penting dalam keluarga. ada yang terlalu mudah untuk marah walaupun dalam perkara yang kecil. memang lelaki selalu dikaitkan dengan perasaan ego yang terlalu mendalam dalam diri tidak terkecuali MS sendiri tetapi tahulah bahawa perasaan ego hanya membuatkan kita kalah untuk bertarung. kenapa MS berkata sedemikian?? sebabnya perasaan ego sebenarnya menampakkan kebodohan seseorang individu itu. kalau tidak percaya lihat sendiri orang sekeliling kita paling tidak dalam drama tv banyak kisah yang menceritakan tentang keegoan yang membodohkan diri sendiri. jadi ingat perasaan itu tidak akan membuatkan kita gagah malah ianya hanya menimbulkan kebodohan diri sendiri. berbalik soal panas baran, sebagai lelaki yang kita perlu tegas dalam apa jua keadaan namun tidak seharusnya dalam soal yang terlalu remeh. ya MS kagum dengan abah MS sendiri yang terlalu pandai mengawal emosi. beliau tidak mudah marah dan tidak terlalu ego. dan bagi MS rahsia untuk seseorang lelaki yang panas baran untuk berubah atau mengurangkan perasaan itu dan ego hanyalah dengan solat, zikir, istighfar dan juga doa serta kesyukuran. sentiasalah ingat bahawa setinggi mana perasaan marah atau ego itu kita cuba untuk bertahan ianya hanya memperbodohkan diri sendiri. jadilah seorang wira yang penuh dengan kesabaran. nescaya institusi kekeluargaan akan lebih utuh dan bahagia untuk selamanya. sama-samalah kita berubah dan perbanyakkanlah kesabaran dalam diri kita. [namun harus diingat perempuan juga sama].



nota : jika pembaca merasakan entry ini salah/perlu diperbetulkan MS alu-alukan semua pembaca untuk memberi komen dan pandangan untuk sama-sama kita jadikan panduan dan tauladan buat semua.
bye..

2 comments:

athirah said...

perubahan itu perlu . yg baik ke arah yg lebih baik. tp soal kak amalina ni , kita hye mampu doakan yg terbaik buatnye :)

Hazwan Hashim said...

fnaMaya : betul tu.. dan dia juga perlu ada effort utk changing herself. the way we criticizing her might not make her to change herself so we need other way. bukan kak amalina je tau termasok budak2 melayu skrg yang byk dah hancur.