Tuesday, October 30, 2012

RESEPI : Kek Coklat Kukus versi MessySerabut

assalamualaikum and hello guys

first of all nak tanya how was your eid al adha? banyak lembu tumbang?? konfem la banyakkan kalau dah jadi diva sekampung sembang pungpangpungpang kan. eh ! mengarut. btw tahun ni aku tak la buat korban ke hapa cuma korban kan sikit masa tidur sebab nak study and now korban kan masa study untuk blog. style bukan? boleh la jadikan contoh pengorbanan. haha.

eh! dah macam lari tajuk ja kan. nak share resepi kononnya padahal resepi ni pun google ja. tapi disebabkan aku try buat dengan bantuan mak aku so jadi macam eager nak share jugak. entry tak mau kalah. i'm no major in masak masak or katering and never use to be at the kitchen but i love kitchen so much tu pun kalau ada banyak makanan la. so jom la tengok sikit resepi yang aku nak share dan tak mau kalah ni. hahaha

BAHAN-BAHAN (loyang sederhana)

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan koko van houten
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1/4 cawan minyak masak
esen vanilla ntah lupa banyak mana


masukkan gula dan telur dalam mixer yang telah di'on'kan suisnya dan blend sampai kembang semangkuk. kalau kembang setaman pun boleh tapi agak agak la kan hampa nak kembang setaman. kang meletup mixer tu nak putaq bahan-bahan tu. haha. kalau yang nak bina muscle tangan dan lengan boleh la pukul gunakan tangan secara klasik. boleh la kot jadi badang yang gagah perkasa lepas ni.


lepas dah rasa macam telur dan gula tadi kembang sekembang bunga rafelisia kat gunung kinabalu boleh masukkan minyak dan pukul sampai sebati. dah tu tunggu lagi masukkan pulak susu cair sampai lebam. agak agak la sampai lebam kan hampa bukan bini-biniku gangster pun nak pukul sampai lebam.



dah lepas masukkan susu boleh la bubuh tepung dan segala macam yang tak bubuh lagi tu. lanyak dia sampai sebati menjadi darah daging then dah agak sebati masukkan dalam loyang. loyang bukan goyang. hehe. ini tak lawak! 



kukuskan sampai masak lebih kurang 30-45 minit jangan lama dan pastikan wap tak masuk ke dalam loyang kalau tak kek dah jadi bubur. jamukan tetamu dengan bubur kek coklat! hahaha.... and use van houten choc tau baru sedap!

DAN HASILNYA
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
TADAAAAAAAAAAAAAA!!!



OK!! langsung nampak macam biasa ja terus tak boleh kata kelas kau wannnnnnnnnn
merajuk masuk bilik tekup guna bantal!

WARNING!!!  Kek ni hanya tahan untuk beberapa hari jikalau sedap dan mungkin tahan agak lama kalau tak berapa nak sedap.

Bye!!!

2 comments:

Azri Syazwani Muda said...

nampak sedaaaap. (nampak je la sebab tak rasa lagi hehe) nak try buat tapi takde pengukus achano?huhu

MESSYSERABUT said...

tak la sedap mana. hehe.. takdak pengukus jemur je tgh panas! hahaha...