Thursday, January 17, 2013

TREAT

assalamualaikum and hi peeps

as we all know la kan, kita semua pasti ada ja kejayaan yang kita dapat kan??? contohnya la lulus exam dengan cemerlang gemilang terbilang, dapat gaji, berjaya habiskan study etc. tapi macam mana kita treat diri kita bila benda-benda macam ni berlaku. means kita menghargai diri kita.

ya la kan kalau nak tunggu orang yang treat orang yang bagi memang kelaut la nampak gayanya. terus nyanyi lagu harapan. mihmihmih. tapi seingat aku la kan aku ni selalu la jugak fefeeling anak orang kaya asal rasa senang sikit terus nak treat diri sendiri. kononya... ceh.

kita tengok contoh lah time aku PMR dulu. time tu tak mumayiz lagi la. fikiran pun macam budak2 lagi. hehehe. maklumla baru nak kenal dunia. so lepas ja percubaan PMR terus aku fefeeling macam bagus sangat terus aku belanja kan Nokia 5200 untuk diri aku. time tu mana nak tau lagi segala ipon, beghibeghi ni. paling dahsyat, dah la guna duit biasiswa beli hanphone tu. time tu kalau nak bawa keluar duit biasiswa konfem kena isi borang la apa. tulis dalam borang nak beli buku, alatan sekolah la apa padahal hentam bawa keluar lebih duit beli handphone senyap-senyap. lepas tu bila time nak hantar buku bank balik ke cikgu biasiswa mula la buat muka tenuk telan batu. haha. cis... pelajar tak guna betul. kalau cikgu aku baca ni konfem kena maki. mehmehmeh.


lepas tu bila dah habis SPM, time ni dah matured sikit la kan. tak main dah bohong tipu ni. masa tu aku kerja part time jadi PA (pekerja am) kat dewan makan sekolah. masa tu la first time merasa duit sendiri. mula-mula dapat gaji tu aku guna ambek lesen memandu dulu. gaji kedua simpan kononnya nak guna untuk sambung belajar. masuk gaji ketiga henpon buat hal. alasan. so aku pun apa lagi buat perangai lama beli henpon baru la gamaknya. gaji pun tak seberapa. ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. kalau malas kais gamaknya pergi geledah tong sampah la kan. aku beli la henpon SE C902 pulak. tapi dah guna duit sendiri tu tak la rasa pelik sangat kan.


bila dah start masuk belajar aku mula kenal erti kehidupan dewasa. cewah! so simpan la hasrat nak pakai blackberry. time tu iPhone macam orang yang betul2 kaya ja mampu. aku mampu jugak tapi mampu tengok je la. tapi still boleh tahan lagi time foundation tu. bila dapat ja masuk degree dah macam kejayaan la untuk aku kan. cis! so tunggu elaun MOE masuk terus aku pi beli blackberry yang murah-murah tu. tambah la lagi koleksi henpon aku. nasib baik dari sekolah menengah lagi aku guna dua number. yang tu memang tak mau kalah. dah tu beli pulak DSLR. tengok orang galas pi mai pi mai macam syok ja aku pun teringin jugak. beli lagi. boros betul.


kalau bab belanja bab makan tu memang pantang rasa lapang sikit semua nak celebrate. habis assignment, habis exam, dapat elaun semua aku nak buat. semua aku nak sambut. sampai dah tak ter'realise' diri tu boros tahap badak air nak bersalin. tak termasuk beli baju la apa la. aduh... parah!

apa pun kalau hampa semua nak rasa treat diri tu boleh bukannya tak boleh tapi pastikan berpada-pada. jangan sampai terlebih pulak kan. hikhikhik.

bye!

2 comments:

Arsyad Muhamad said...

hahaha..if hg boros tahap badak air nk bersalin..case ak lak mcm mana? mcm singa lapar ek? hahaha :P

MESSYSERABUT said...

maybe. tak pon macam monyet tengah cari anak!