Tuesday, July 31, 2012

puasa ke tidak?

assalamualaikum and happy ramadhan

masak apa untuk berbuka? dah ada ka yang ponteng puasa? haip... jangan memonteng la puasa bukannya selalu. bulan ramadhan yang penuh barakah ni ja yan kita semua puasa. bulan lain belum tentu lagi kan. 

so far my puasa was good. no ponteng yet and hope till end of this month. insyaAllah. actually puasa ni mengajar kita macam-macam:

1. jangan membazir
contohnya time nak berbuka puasa kan. kita digalakkan supaya tidak membazir terutama time beli makanan kat bazaar ramadhan. beli ja apa yang patut. esok beli lain. jangan satu hari tu semua makanan nak bedal sampai sangkut hidung pun ada sebab tak cukup tangan nak pegang. dan satu lagi time shopping nak raya. beli ala kadar sudah la. jangan nak meriah sangat baju dua puloh empat pasang.


2. sabar
seharian kita berpuasa tahan lapar dahaga nafsu. semua tu insyaAllah akan dapat pahala. sampai kesabaran kita diuji apabila dah nak masuk waktu berbuka. walaupun dah ada depan makanan tapi tetap kena sabar tunggu azan. itulah salah satu kekuatan umat Islam.


3. mendekatkan diri dengan Allah
puasa salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Allah sebab ianya merupakan satu ibadah wajib. macam solat jugak la. tambah-tambah bulan ramadhan kita solat sunat tarawih. selain dapat menambahkan ibadah kita jugak dapat merapatkan jurang silaturrahim antara umat. bulan ni jugak ada Lailatulqadar. hah, kalau dapat yang ni lagi best dan beruntung. 

so ingat jangan mengeluh ketika berpuasa. boleh dikatakan hampir semua yang kita buat dapat pahala. Allah Maha Penyayang. dia suka tengok hamba-hambaNya beribadah. insyaAllah. so sama-sama kita jaga puasa naa. dan sempena ramadhan jugak jom sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Muslim di Burma. amin.


bye.

Wednesday, July 25, 2012

short ramadhan update

assalamualikum and hello

selamat berpuasa. sebelum tu nak tanya macam mana perjalanan ramadhan tahun ni? semua okey or dah ada yang ponteng-ponteng. tak pun bangun pagi buat-buat lupa kata tengah puasa. heh. jangan lah buat lupa. benda wajib nih. =D

hah. tahun aku ada la challenge kawan-kawan perempuan aku. aku cakap siapa yang tak puasa penuh kena belanja makan lepas raya ni. haha. sesaja memainkan. hehe. so far puasa aku tak tertinggal lagi dan insyaAllah sampai habis takkan tinggal. kalau nak sembang pasal sahur berbuka memang macam cliché je kan bunyi tapi ye lah benda dua tu yang selalu kita buat kan time puasa. tambah-tambah time berbuka semua tak sabaq dok depan makanan.

 aku still ingat time aku kecik-kecik dulu kalau tak puasa penuh tak boleh duduk sekali dengan orang yang berpuasa. kesian kan sapa suruh tak nak puasa penuh. then kadang-kadang rasa macam wah aku tak puasa so boleh la jadi tukang merasa makanan time mak dan kakak aku masak untuk berbuka. haha. lawak bila ingat moment tu. ala budak-budak kan. sekarang dah besar dah pandai manage diri. dah boleh kawen dah pun. hahaha. *gatai*

[semua ni gara-gara video perkahwinan syafiq dan yana semua remaja merembes hormon nak kawen]

oppss lupa nak bagitau yang tahun ni aku tak buat Ramadhan Story macam last year. rasa malas plak nak hupdate blog tiap-tiap hari tapi akan jugak la aku cuba nak update sikit-sikit. kang bosan pulak readers blog aku. [bajet macam aku banyak reder macam redmummy the vavommm meletupsss macam mercun tahun baru cina kan] maybe nanti ada la kot gambar makanan aku berbuka sebab kalau nak ambek gambar makanan yang beli kat bazaar macam sama ja kan kat semua tempat. so nanti kalau aku balik rumah aku tangkap gambar sampai lebam okay. hikhik.

so selamat berpuasa lah. jangan ponteng dan jangan segan nak bersahur untuk tambah energy. kalau malas sangat buat macam aku bangun minum air kosong ja. senang!

ihsan mr google
bye.

nota : tolong jangan membazir ketika berbuka puasa! dan jgn lupa lawat blog ini lagi... tinggalkan comments dehh

Sunday, July 22, 2012

Part 2: Bina Insan Guru Fasa II

assalamualaikum and hello

sambungan... [PART 1]

so how was your puasa. hope everything gonna be okey.
sambungan cerita part 1 program BIG kelas aku minggu lepas. habis ja lunch time dan solat zohor kami pun get ready dengan aktiviti yang kedua iaitu 'English Is Fun' dengan bebudak tahun 5 dan 6. ada la aktiviti yang kami plan untuk budak-budak tu improve their english kan. walhal kami pun tak la teror mana pun. muahaha.

mula-mula tu kami start dengan bahagikan kumpulan. semua mereka budak-budak tu kami campur macam ABC [ais batu campur] sangat sedap kalau makan untuk berbuka. hewhew. ada la kami buat station semua ada lima station. setiap station ada la aktiviti masing-masing. 







macam-macam ragam boleh tengok. yang fasi cara fasi yang murid cara murid. haishhh.. lawak pun ada jugak! 








dah macam-macam ragam dah kita tengok. sampai la dah pengakhiran program. buat la sikit penyampaian hadiah dan majlis penutup. then macam biasa ada la sikit bersalaman.




tu ja la kot cerita BINA INSAN GURU FASA DUA kami. so from here we can gain lots of knowledge and learn how to work in team. semoga program-program akan datang lebih okey dari ni. 

bye.

Friday, July 20, 2012

Puasa Datang Lagi

assalamualaikum and hello

Ahlan wasahlan ya ramadhan. baru ja rasa bulan ramadhan yang lepas berlalu dah nak sambut ramadhan kali ni pulak. Alhamdulillah dapat jugak kita sambut ramadhan tahun ni. ingat! ramai yang tak dapat nak sambut ramadhan untuk kali ini. mereka dah pun dijemput mengadap Ilahi. kita patut bersyukur sebab Allah masih membuka peluang untuk kita menunaikan ibadah puasa sekali lagi. kita tak patut sia-siakan peluang ni. mungkin....*sebak*

sebagai Islam sejati kita perlu dan wajib menunaikan rukun Islam ni. kita perlu lakukan dengan sepenuh hati. insyaAllah kita akan merasai kemanisannya. jangan ingat nak raya ja. ada kan antara kita yang dah mula tempah baju raya, shopping kat jakel, nagoya, kamdar bla bla bla kan. haish kita kena berpada-pada. ramadhan dan syawal bukan bulan untuk pembaziran. ramadhan bulan ibadah. insyaAllah peluang yang ada jangan kita biar macam tu saja. penuhkan dengan ibadah dan zikrullah. semoga ramadhan kali ini bermakna buat kita semua. amin.


Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu 
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kami
agar kamu bertakwa" -surah Al-Baqarah; ayat 183-

nota : jadi selamat berpuasa dan banyakkanlah ibadah kepada Allah!

Thursday, July 19, 2012

Part 1: Bina Insan Guru Fasa II

assalamulaikum and hello

syukur Alhamdulillah finally berjaya jugak mengendalikan Program Bina Insan Guru [BIG] untuk kali kedua ni kelmarin [18/7/2012]. semua berjalan lancar macam yang ditentatifkan. tak pernah aku dengar perkataan 'ditentatifkan' ada ka dak pun ntah tak tau. hentam ja la apa nak dikisah.

program kali ni start lebih kurang pukul 8 pagi macam tu la. eh lupa nak mention program ni kami buat dekat Sek. Keb. Simpang Empat, Perlis atas dasar khidmat masyarakat. pagi-pagi semua orang kena cergas la kan jadi kami pun start dengan senamrobik. aku and the gang yang leadkan benda alah senamrobik tu. ceh... macam cikgu pj kot! haha.


kenapa taruk dia depan sangat tu?

ally iskandar husband farah lee pun mengangis tgk aku dah macam tv host

aku tau suara aku mcm dj hotfm tapi jangan la cocok lubang hidung dengan mic tu

habis ja senamrobik kami the beesss gang mentekedarah nasik lemak memang sangat bagus ye cikgu pj tak berapa nak pj ni makan lepas bersenam. the students having their mass walk program. kami join jugak tapi ada yang dok melanguk. muahaha. aku kompem masuk geng melanguk kan. ehh melangut la.



nasik lemak dan mineral water





"mcm artis la wei abang ni" kata pelajar2 itu [PROPA]


aku terus rasa semak mata tengok budak-budak kecik ramai-ramai. meremut je mata. aduhai macam mana la aku nak mengajo nanti ni? mati la aku! haha. depa jalan sampai mana pun aku tak tau sebab aku tak hekot pun.






amboi kau siap buat peace ye! budak sekarang pantang nampak camera semua nak peace rock-wa-caya-sama-lu thumbs up bagai. haish. dulu-dulu orang senyum manis malu-malu macam siput bab* ja tau dak. haha. then kami ada program gotong royong pulek lepaih tu. meh cer kite bako eh tengok gambar ni. aku tak buat keja sangat pun. opps kantoi pulak. bagi peluh sikit macam orang kat sawah tu dah la. dah la??? tapi kena la jamu dengan susu dulu baru ada tenaga nak angkat batu bata kan. ingat tak susu ni time school!

susu free. kau ade?





bila nya yang cleaner ni ikut? eh..


lopeh tu time nak berehat la pulak. untuk murid darjah enam ada math course. kami time melantak lagi la sebab dah tengah hari. kalau dah angkat batu bata bagai ececeh kan so lapar balik la. makan punya makan punya makan sampai kenyang la. tapi aku ada fav food iaitu popia! sedap! kalau bulan puasa konfem air liur melelah tak dapat ketagih *lagu*






bersambung...