Wednesday, July 25, 2012

short ramadhan update

assalamualikum and hello

selamat berpuasa. sebelum tu nak tanya macam mana perjalanan ramadhan tahun ni? semua okey or dah ada yang ponteng-ponteng. tak pun bangun pagi buat-buat lupa kata tengah puasa. heh. jangan lah buat lupa. benda wajib nih. =D

hah. tahun aku ada la challenge kawan-kawan perempuan aku. aku cakap siapa yang tak puasa penuh kena belanja makan lepas raya ni. haha. sesaja memainkan. hehe. so far puasa aku tak tertinggal lagi dan insyaAllah sampai habis takkan tinggal. kalau nak sembang pasal sahur berbuka memang macam cliché je kan bunyi tapi ye lah benda dua tu yang selalu kita buat kan time puasa. tambah-tambah time berbuka semua tak sabaq dok depan makanan.

 aku still ingat time aku kecik-kecik dulu kalau tak puasa penuh tak boleh duduk sekali dengan orang yang berpuasa. kesian kan sapa suruh tak nak puasa penuh. then kadang-kadang rasa macam wah aku tak puasa so boleh la jadi tukang merasa makanan time mak dan kakak aku masak untuk berbuka. haha. lawak bila ingat moment tu. ala budak-budak kan. sekarang dah besar dah pandai manage diri. dah boleh kawen dah pun. hahaha. *gatai*

[semua ni gara-gara video perkahwinan syafiq dan yana semua remaja merembes hormon nak kawen]

oppss lupa nak bagitau yang tahun ni aku tak buat Ramadhan Story macam last year. rasa malas plak nak hupdate blog tiap-tiap hari tapi akan jugak la aku cuba nak update sikit-sikit. kang bosan pulak readers blog aku. [bajet macam aku banyak reder macam redmummy the vavommm meletupsss macam mercun tahun baru cina kan] maybe nanti ada la kot gambar makanan aku berbuka sebab kalau nak ambek gambar makanan yang beli kat bazaar macam sama ja kan kat semua tempat. so nanti kalau aku balik rumah aku tangkap gambar sampai lebam okay. hikhik.

so selamat berpuasa lah. jangan ponteng dan jangan segan nak bersahur untuk tambah energy. kalau malas sangat buat macam aku bangun minum air kosong ja. senang!

ihsan mr google
bye.

nota : tolong jangan membazir ketika berbuka puasa! dan jgn lupa lawat blog ini lagi... tinggalkan comments dehh

2 comments:

nazril hayat said...

sedap menu berbuka puasa depa..burger mini or what nama dia..lalala

MESSYSERABUT said...

ye la burger malaysia paling sedap kat bazaar tu. muehehe