Friday, July 20, 2012

Puasa Datang Lagi

assalamualaikum and hello

Ahlan wasahlan ya ramadhan. baru ja rasa bulan ramadhan yang lepas berlalu dah nak sambut ramadhan kali ni pulak. Alhamdulillah dapat jugak kita sambut ramadhan tahun ni. ingat! ramai yang tak dapat nak sambut ramadhan untuk kali ini. mereka dah pun dijemput mengadap Ilahi. kita patut bersyukur sebab Allah masih membuka peluang untuk kita menunaikan ibadah puasa sekali lagi. kita tak patut sia-siakan peluang ni. mungkin....*sebak*

sebagai Islam sejati kita perlu dan wajib menunaikan rukun Islam ni. kita perlu lakukan dengan sepenuh hati. insyaAllah kita akan merasai kemanisannya. jangan ingat nak raya ja. ada kan antara kita yang dah mula tempah baju raya, shopping kat jakel, nagoya, kamdar bla bla bla kan. haish kita kena berpada-pada. ramadhan dan syawal bukan bulan untuk pembaziran. ramadhan bulan ibadah. insyaAllah peluang yang ada jangan kita biar macam tu saja. penuhkan dengan ibadah dan zikrullah. semoga ramadhan kali ini bermakna buat kita semua. amin.


Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu 
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kami
agar kamu bertakwa" -surah Al-Baqarah; ayat 183-

nota : jadi selamat berpuasa dan banyakkanlah ibadah kepada Allah!

No comments: