Tuesday, July 31, 2012

puasa ke tidak?

assalamualaikum and happy ramadhan

masak apa untuk berbuka? dah ada ka yang ponteng puasa? haip... jangan memonteng la puasa bukannya selalu. bulan ramadhan yang penuh barakah ni ja yan kita semua puasa. bulan lain belum tentu lagi kan. 

so far my puasa was good. no ponteng yet and hope till end of this month. insyaAllah. actually puasa ni mengajar kita macam-macam:

1. jangan membazir
contohnya time nak berbuka puasa kan. kita digalakkan supaya tidak membazir terutama time beli makanan kat bazaar ramadhan. beli ja apa yang patut. esok beli lain. jangan satu hari tu semua makanan nak bedal sampai sangkut hidung pun ada sebab tak cukup tangan nak pegang. dan satu lagi time shopping nak raya. beli ala kadar sudah la. jangan nak meriah sangat baju dua puloh empat pasang.


2. sabar
seharian kita berpuasa tahan lapar dahaga nafsu. semua tu insyaAllah akan dapat pahala. sampai kesabaran kita diuji apabila dah nak masuk waktu berbuka. walaupun dah ada depan makanan tapi tetap kena sabar tunggu azan. itulah salah satu kekuatan umat Islam.


3. mendekatkan diri dengan Allah
puasa salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Allah sebab ianya merupakan satu ibadah wajib. macam solat jugak la. tambah-tambah bulan ramadhan kita solat sunat tarawih. selain dapat menambahkan ibadah kita jugak dapat merapatkan jurang silaturrahim antara umat. bulan ni jugak ada Lailatulqadar. hah, kalau dapat yang ni lagi best dan beruntung. 

so ingat jangan mengeluh ketika berpuasa. boleh dikatakan hampir semua yang kita buat dapat pahala. Allah Maha Penyayang. dia suka tengok hamba-hambaNya beribadah. insyaAllah. so sama-sama kita jaga puasa naa. dan sempena ramadhan jugak jom sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Muslim di Burma. amin.


bye.

2 comments:

Fareha Noor said...

all sincere prayers go to our brothers and sisters.amin

Hazwan Hashim said...

amin...