syukur Alhamdulillah finally berjaya jugak mengendalikan Program Bina Insan Guru [BIG] untuk kali kedua ni kelmarin [18/7/2012]. semua berjalan lancar macam yang ditentatifkan. tak pernah aku dengar perkataan 'ditentatifkan' ada ka dak pun ntah tak tau. hentam ja la apa nak dikisah.
program kali ni start lebih kurang pukul 8 pagi macam tu la. eh lupa nak mention program ni kami buat dekat Sek. Keb. Simpang Empat, Perlis atas dasar khidmat masyarakat. pagi-pagi semua orang kena cergas la kan jadi kami pun start dengan senamrobik. aku and the gang yang leadkan benda alah senamrobik tu. ceh... macam cikgu pj kot! haha.
kenapa taruk dia depan sangat tu? |
ally iskandar husband farah lee pun mengangis tgk aku dah macam tv host |
aku tau suara aku mcm dj hotfm tapi jangan la cocok lubang hidung dengan mic tu |
habis ja senamrobik kami the beesss gang mentekedarah nasik lemak memang sangat bagus ye cikgu pj tak berapa nak pj ni makan lepas bersenam. the students having their mass walk program. kami join jugak tapi ada yang dok melanguk. muahaha. aku kompem masuk geng melanguk kan. ehh melangut la.
nasik lemak dan mineral water |
"mcm artis la wei abang ni" kata pelajar2 itu [PROPA] |
aku terus rasa semak mata tengok budak-budak kecik ramai-ramai. meremut je mata. aduhai macam mana la aku nak mengajo nanti ni? mati la aku! haha. depa jalan sampai mana pun aku tak tau sebab aku tak hekot pun.
amboi kau siap buat peace ye! budak sekarang pantang nampak camera semua nak peace rock-wa-caya-sama-lu thumbs up bagai. haish. dulu-dulu orang senyum manis malu-malu macam siput bab* ja tau dak. haha. then kami ada program gotong royong pulek lepaih tu. meh cer kite bako eh tengok gambar ni. aku tak buat keja sangat pun. opps kantoi pulak. bagi peluh sikit macam orang kat sawah tu dah la. dah la??? tapi kena la jamu dengan susu dulu baru ada tenaga nak angkat batu bata kan. ingat tak susu ni time school!
susu free. kau ade? |
bila nya yang cleaner ni ikut? eh.. |
lopeh tu time nak berehat la pulak. untuk murid darjah enam ada math course. kami time melantak lagi la sebab dah tengah hari. kalau dah angkat batu bata bagai ececeh kan so lapar balik la. makan punya makan punya makan sampai kenyang la. tapi aku ada fav food iaitu popia! sedap! kalau bulan puasa konfem air liur melelah tak dapat ketagih *lagu*
bersambung...
2 comments:
retis~!whoooot whoooot
segan... phew phew...
Post a Comment