Day 1
Selepas
lebih kurang setahun planning untuk melawat Bandung akhirnya dapat jugak aku
dengan kawan-kawan pergi kesana untuk friends short trip. Kami tempah tiket AIR
ASIA on Mac and perginya bulan Desember. Preparation awal memang penting untuk
kaki travel budget macam kami. So harga masa tu tak la murah sangat +-RM380 per
pax. Tapi masa tu memang fikir tiket je lagipun bajet RM400 kan. Tapi kalau nak
dapat lagi murah boleh tunggu Air Asia free seats. Deals habis! Dalam flight
aku lapar sangat so terpaksa beli Nasi Kuning Manado harga 45000 rupiah. Kawan
yang lain makan maggi dan Chicken Roulade.
Bila sampai
je dekat Bandara Hussien Sasteranegara Bandung first thing first tukar
currency. Aku lupa berapa harga RM100 sama dengan berapa ntah lupa tapi RM1
lebih kurang 3000++ rupiah la. Then we take cab to the hotel. Kami naik blue
bird lagi senang sebab ada je sebelah airport tu. Kalau naik blue bird make
sure diaorg guna meter. Kalau tak memang kena habis. Taxi kami kena 50000
rupiah sbb tak guna meter. Sampai dekat Hotel Patradisa, Jln Watsukencana kami
rehat dan solat semua dulu. Btw hotel kami berhadapan Kantor Walikota Bandung
bersebelahan dengan SMK Negeri 1 Bandung. Malamnya tu kami ke Ciwalk untuk
dinner. First time naik ‘angkutan kota’ memang ketar habis tapi best! 3000
rupiah je seorang. Tu pun pakcik hotel yang tolong tahan dan cakapkan.
Dinner dekat
Resto Tong Tong memang delicious. Restoran yang cantik dan bersih service pun
okey dan paling penting harga memang berbaloi. Malam tu aku makan Nasi Ayam
Tong Tong means nasi ayam pedas memang sedap. Ambil yang free drink Teh Botol.
Lepas tu decide untuk berjalan mencari simcard dan menghantar Mira ke Aston
Braga Hotel memang heaven.
bersambung...
No comments:
Post a Comment