Saturday, July 16, 2011

SALAM NISFU SYAABAN

Assalamualaikum...

Malam ni aku nak berbicara tentang malam nisfu syaaban(macam penceramah pulak ye). mlm nisfu syaaban merupakan mlm yg ke lima belas dalam bulan syaaban mengikut bulan Islam. mlm ini disunatkan membaca yaasin sebanyak tiga kali dan diikuti dengan doa diselamatkan dunia akhirat, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan juga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal. pada malam ni jugak buku amalan kita selama setahun akan dinaikkan ke langit dan ditukar kepada buku baru. aku memang sedih malam ni sebab dah banyak aku buat dosa yg telah tercatat dalam 'buku lama' aku. malam ni juga malam yg penuh keberkatan selepas malam lailatuqadar.

kita sering leka terhadap apa yg kita lakukan selama ini kan. harusnya kita bertaubat selepas apa yg kita telah lakukan. sempena malam nisfu syaaban tahun ni aku harap aku tidak lagi mudah terjerumus dalam dosa2 yg kering. dosa2 yg disengajakan. insyaAllah. aku juga nak memohon kemaafan terhadap apa yg telah aku lakukan selama ini terhadap semua orang termasuk diri aku sendiri. telah banyak dosa yang aku letakkan atas bahu aku sendiri.

aku juga berdoa supaya aku dipanjangkan usia dlm iman dan Islam serta dimurahkan rezeki dgn cara yg halal dan selamat dunia an akhirat. buat sahabat2 aku sekalian maafkan aku atas kesalahan aku selama ini. buat bonda dan keluarga maafkan abang. semoga dgn kehadiran Nisfu Syaaban tahun ni kita semua dapat berubah dari yang lebih baik kepada yang lebih baik. amin.

"Selamat Menyambut Nisfu Syaaban 1432 hijrah"

2 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

salam nifsu syaaban..
nak puasa dah

Hazwan Hashim said...

yup.. cant wait.