Monday, September 19, 2011

KENAPA SAYA SUKA ANNAS EASKEY???

holla bloggers..

hah.. entry kali ni aku nak cerita pasal ANNAS EASKEY si photographer yang berjaya dan meningkat naik sekarang ni. bukan nak cerita yang buruk2 pasal dia ni okey. aku nak cerita kenapa aku suka sangat si annas easkey ni. korang tau aku memang gila kagum dengan mamat ni. dia educated dah tu ada talent besar lagi.



memandangkan aku ni muda dari dia so aku call dia abang annas la senang kan. boleh ye abang annas easkey. hiks3. bukan apa kita kena la hormat orang yang lebih dewasa dari kita kan. abang annas ni kan dia seorang yang boleh kata gila berjaya la dalam bidang yang dia minat ni. berdasarkan apa yang aku baca kat blog dia. dia seorang yang pandai membahagikan masa. mana tak nya photoshot sana sini. lepas tu nak bahagi masa dengan pelajaran lagi. kalau aku mampukah aku buat semua ni. mau tak nya yang dikejar x dapat yang dok pegang habis aku buang. haha. ada ka peribahasa macam ni?? hehe. okey lupakan. berbalik kepada abang annas ni aku start follow dia masa aku cuba2 berjinak dengan camera dan photography aku terjumpa blog dia masa tengah blogwalking. aku x hengat dari blog sapa aku curi link blog dia nih. haha.

abang annas ni seorang yang humble. wah. kembang dan curlass kau annas aku puji kau. hehek. tau x kenapa aku cakap macam ni??? hah. dia ni x malu nak kongsi asal usul dia kat paper. dia datang bukan dari golongan orang kaya macam korang2 kat luar sana tu. tapi dengan bakat yang dia ada dia maju dalam bidang yang dia minat. dalam pelajaran pun dia hebat. kalau x percaya boleh baca kat entry ni. dia dapat duit dia tolong family dia. kalau kita maunya x kongsi dengan sesapa. tu yang aku kagum dengan dia ni. dia pon x sombong. x macam sesetengah orang tu kalau dah femes mesti nak lupa daratan. kan kan kan??? lepas tu yang aku suka dengan Annas Easkey ni sebab dia kalau dah femes + kaya raya (ye la kan walaupun baru jadi student dah ada pendapatan RM5k) dia x lupa kat orang susah dia bantu anak2 yatim yang memerlukan. aku ntah bila dapat buat pun belum tau lagi. dia ada cerita kat entry ni. best kan kalau dapat tolong anak2 yatim. diaorang dah la x da sapa nak ceriakan diaorang apa salahnya kan kalau kita bantu.



lain pada tu aku suka ANNAS EASKEY ni sebab aku ni minat fotografi. aku suka gambar2 dia yang style kalau boleh macam nak belajar je dengan si annas ni. dah tu kan dapat pergi luar negara lagi untuk fotografi. yang aku tau baru2 ni dia ada buat kelas foto kat BRUNEI kalau la aku dapat join memang aku la paling syok sekali kan. so abang annas easkey is one of my role model la dalam dunia photography ni. kalau nak tau lebih lanjut pasal annas easkey boleh la follow blog dia. http://akulelakidialelaki.blogspot.com ada macam2 kat sana. cerita pasal dia dengan artis, pasal contest dan project2 dia, ada jugak pasal personal dia sikit2. best ooo... CONGRATULATIONS ANNAS EASKEY!!!

2 comments:

Eazy Izzuddin said...

styleee....
suka dia...

New Hottest Entry =) : Contest Annouced! Mak Aih ! Contest Blog Eazy Izzuddin?!

MESSYSERABUT said...

oh yaa... maklum la baru hari ni buka blog terus jumpa contest si annas easkey.. will join you eazy izzuddin~ wait for me~ hehe