Saturday, September 10, 2011

OPEN HOUSE and FINAL DESTINATION 5 in 3D


salam world...

hah. bila tengok entry nampak sangat hari ni jalan gila2 kan. ya memang betoi pun hari jalan sungguh2. ehh..ehh.. tadi jalan gila ni jalan sungguh yang mana satu ni?? haha. actually hari ni aku dengan most of my classmate meronda sakan menghadirkan diri ke majlis2 open house. tapi x nak serita pasal open house dulu tapi nak cerita pasal FINAL DESTINATION 5. ala.. yang cara mati dahsyat2 tu. yang dia tau sapa mati dulu tu. hmmm.. tengok boleh percaya jangan. hehe. cerita tu memang gempak habis la tambah2 yang memang ikut dari siri 1-5 (yang latest ni).

untuk siri lima ni aku kasi sikit thriller untuk sapa2 yang x tengok lagi tu. kalau dapat tengok in 3D lagi best weh. cerita ni pasal sekumpulan rakan sekerja yang ada tugasan untuk diselesaikan kat mana ntah. so diaorang ni pergi sana naik bas dan terpaksa melalui sebuah jambatan yang cantik ala2 London Bridge gitu. tapi sampai ja kat tengah2 jambatan tu ada la sorang kawan depa ni dapat ilham pasal kematian depa semua. so hapa lagi mcm cerita2 yang dulu ajak cabut la x kan nak tunggu kot kan. sapa la nak tunggu kalau dah tau benda nak jadi. dia dapat ilham kata jambatan tu nak roboh. satu satu kawan dia mati. so lepas tu dia sedar benda berlaku betul tapi cara mati tu x sama la mcm siri yang lepas yang pertama ja petunjuk padahal cara mati berbeza dan lain tempat. kononnya mati lain tempat tu sebab ada orang ganti nyawa depa sebab tu depa buleh hidup lagi.

cara depa mati memang style gila la kan. ada yang mati masa kat jambatan tu lepas tu mati kat gim sebab jatuh masa buat latihan gimnastik. ada yang mati masa kat spa siap tercucuk dengan jarum akupuntur lagi hah. lepas tu yang mati masa buat check up mata pon ada. terkena lazer lebih watt. dah la macam tu jatuh bangunan plak siap biji mata terkeluar then kereta mai gilis plak bijik mata tu. sekali tengok biji mata tu mcm peluru pinball. haha. yang mati terkena cangkuk besi pon ada tergantung2 lagi then spana kena mata mcm pakai spek ja bila tengok. pastu dekat restoran main tembak2 then tercucuk besi s ayam golek then last sekali masa naik kapal terbang then meletup. dah la aku tengok yang 3D rasa macam mata aku plak yang terbakar. hua3. so korang pergi la tengok kalau boleh tengok yang 3D punya confirm terngiang2 lepas tu. huhu. so aku bagi 5 star la untuk FINAL DESTINATION 5.


berbalik kepada cerita open house yang aku cakap nak attend tu kan. sebenarnya rumah kawan kelas aku dengan rumah lecturer aku. kami pergi convoy ramai2 ala2 rombongan meminang you tau. hah. terkejut mak pak dia dengan kami. kat rumah kawan aku tadi kami makan laksa pastu ada caramel then kuih2 raya lebihan hari tu. hehe. then ada air pa ntah le siap ada nata de coco la buah la. tapi semua memang sedap then satu gi ada kek coklat. sepanajang aku pergi beraya mungkin ni yang first aku jumpa kek. maybe tahun ni banyak orang malas nak buat kek kot kan. sedap woooo. so very big clap to Fatin Idris yang menyediakan untuk kami makanan yang sedap sekalian. dah la pergi rumah orang lepas tu dok buat macam rumah sendiri plak. biasa la kelas aku memang semua dah tau bising teramat. so rumah orang ka rumah makcik orang ka sama ja bising. hua3.

tuan punya rumah

ni masa tengah makan kat rumah fatin

ni plak the girls dalam kelas aku

ni bebudak kelas aku tapi x semua ada

lepas ja melawat rumah Fatin Idris tu dan mengilai2 kat situ sehingga mak pak dia terkena culture shock kami pun dengan sopan berambus la dari situ. terus plak ke rumah Madam Rozita Rashid aka Kak Uji (dalam kalangan lecturer) macam biasa kalau sampai rumah orang of course la kena peluk cium tangan dulu kan baru la sopan. then mula la tabiat semula jadi kami iaitu membuat bising sehingga retak segala dinding pasu lampu yang ada. nasib baik tv pakai lcd screen kalau x dah lama meletup. mesti jiran2 dia rasa pelik haiwan dari zoo mana la terlepas. maunya tidak bising x keruan kami semua tadi kat rumah dia. habis segala kerusi meja kami sepahkan lepas tu ada yang amik karpet bulu buat baju la. bantal bersepah sini sana. tobat la lepas ni madam nak ajak kami pergi rumah dia lagi. x pun buat istikarah dulu sebelum nak ajak kami semua kan. haha. yang penting kat rumah lecturer kami tadi tu makan laksa lagi. lepas tu ada nasi impit minum plak air pra campuran. hua3. air apa ntah yang aku tahu air tu campur oren, blackcurrant dan soda. sedap betol la air tu. nyum nyum.

kat meja makan sambil menjamu selera. laksa dan nasi impit

sejuk mungkin minah ni..hehe

bayangkan kami semua punyai perangai yang sama iaitu membuat bising di rumah org.

bersama mdm and her husband called walid.

ni kami sebelum balik


dan sebelum baliknya harus la topup balik lemak2 yang dah terbakar selepas mengilai tawa sepanjang perjalan kami menonton wayang. hehe. mak ai punya la mahal makanan kat kedai ni. mungkin kita x akan bertemu lagi wahai kedai andaman yang mahal. hua3. keseluruhannya seronok sangat. bye.



6 comments:

Zul fattah said...

Fuhyoo.. ramainye awek.. nk satu boleh? hehe..

Hazwan Hashim said...

kawan kelas... boleh ja kalau nak. haha. yang geng laki tgh makan tadi then dok perasap so x sempat nak bergambo.

Fatin Idris said...

"then ada air pa ntah le siap ada nata de coco la buah la"-coctail nmanya haa....hahaha

Nia Ridzwan said...

havoc kot boleh p beraya satu kelas. curlasss uols ;p

Hazwan Hashim said...

4-tin : ouh yaa!! lupa hg da gtau aku..
nia : we all curlassssss

APIT_AFY said...

waka jd diva laa...hahaha