Saturday, February 11, 2012

apa lagi kalau bukan waktu weekend

hello..

ehh. weekend minggu ni aku tak balik rumah so kalau tak balik rumah macam biasa la terperap ja kat kampus ni. boring gila bangang. so apa lagi cari peluang untuk enjoy la. semalam aku dengan kawan2 aku pergi melepak dekat Kuala Perlis. ambek angin tepi pantai. kami pi tu dalam pukul 12++ a.m macam tu la. tengah malam weh. mula mula tu kami just lepak lepak ja depan pejabat pentadbiran asrama tu sambil minum minum. then dah melalut sembang kebetulan kawan aku ada keta plak pinjam la. meronggeng dulu kat Kuala Perlis tu. makan cucuk cucuk sambil main natang nitendo kawan aku dan daun terup [bukan judi okey] main saja saja ja. but syok jugak main sambil pekena orang lain. alah main macam main kad pokemon dulu dulu tu.

lepas dok letih melepak kat situ aku menag sekali terus pi sambung karok [karaoke] pulak kat Arau sampai pukul 4.30++ a.m. dah la esok tu ada taklimat penulisan akademik pulak memang terbaekkk la tidoq lewat. yang bestnya time karok tu gila jerit sampai jadi separa bisu. hua3.






hari ni plak habis saja taklimat yang okey agak boring jugak kami keluar lagi dan kali ni kami pi Alor Setar pulak. memang kadang kadang tu dengar macam boring ja kan tapi tu la hakikat kalau belajar kat kawasan Perlis ni. mana ja yang mampu pergi. asalnya nak cari projector ja untuk kelas TESL D tapi dah terlanjur kat situ asal x pusing pusing ja dulu kan.

kami pi la Star Parade niat nak sembahyang dan makan lepas tu siap semua kami check in dulu Popular Bookstore. aku teringin nak cari buku The Wimpy Kids Diary untuk semua siri tapi yang jumpa tiga ja yang lain hard cover mahal la. so decide habiskan dulu novel Bittersweet yang aku beli hari tu. baca yang tu pun x habis habis lagi [mungkin akan ambil masa berbulan-bulan utk habiskan]. then makan McD almaklumlakan kat Perlis mana ada kedai McD. kempunan la jugak.

last sebelum balik tu kami merendek aka meronggeng pulak kat Alor Setar Tower [aku panggil Northen Tower] baru macam glamour sikit kan. naik atas tu. ingat aku punya tower nak bagi naik free kena la bayar sikit. kalau untuk dewasa RM6, kanak-kanak RM3 kalau student mcm kami [mau ada kad student maaa] kena bayar RM4 saja. foreigner lebih sikit la. tak sempat pulak nak ingat. habis usha semua kat atas tu kami balik la balik kampus untuk sambung perasan boring.

otw 

Masjid Zahir

having McD time

the ticket and the brochure 

skodeng hotel *jahat+nakal*

khusyuk sangat ni!!!

aweks baru laa

dia nak ikut kita balik laa macam mana ni???

sengetkan skrin anda atau anda sengetkan anda sendiri
bye.

nota : gambar x kualiti sangat sebab ambek guna phone camera. lupa nak galas DSLR. 

No comments: