memandangkan semalam sibuk dengan kematian arwah bapa saudara aku so malam semalam tido x hengat dunia dan sedar2 terus dah nak sahur mak aku kejutkan. hehe. so memandang juga dok kat rumah masa tu jadi aku pun dapat lah bersahur dengan juadah yang sedap sikit iaitu sotong goreng kicap, asam pedas pari, sambal ikan bilis dan x terlepas ikan pekasam goreng. pergh.. sedappp ooo. hehe. dapat makan ramai2 lagi la jadi sedap tapi aku x la tambah sebab masa makan tu asyik teringat bantal busuk aku ja. selesai makan sahur terus tidur dan sebelum tidur tu sempat dok sembang ngn famili semua kat ruang tamu. hehe. so terpaksa la aku tido lepas subuh.
terjaga dari tido dah dalam pukul 11.00 pagi. mak oii baru bangun ke cek abang. haha. dan lepas je buka mata tu aku capai remot control tv dan mula mejengah tv sampai la pukul 12.00 baru mandi dan sambung balik sampai pukul 3.00 petang dan bersiap untuk balik ke kampus. balik plak naik keretapi so kena la cepat2 nasib baik kakak aku dan suami mahu menghantar aku ke stesen sebab adik aku dah mula malas nak hantar aku. tapi agak lewat la jugak tapi mujur masa aku sampai tu train belum sampai lagi x la cuak sangat. terima kasih kakak dan along. then sempat jugak bungkus makanan yang mak aku masak. hehe. sedap rendang mak masak. thanks mak. ehh dah raya ka masak rendang ni. kuang3. x la cuma rendang biasa2 ja.
dalam train tadi punya la lapar bapak sangat. x tau la padahal sahur melantak nasi dah. haha. nafsu ja semua tu aku sampai kat arau lebih kurang pukul 6.00 petang dan sesampai terus call pakcik drebar mai ambil kami (aku dan 3 orang kawan aku). setiba di kampus terus mencari bazaat utk beli makanan dan aku sempat membeli kebab, karipap (x terlepas), BURGER MALAYSIA dan air kelapa. oh yaa lupa nak cakap semalam lepas buka puasa sempat lagi aku memenuhkan perut dengan popia kegemaran aku. hehe. kat sini x da popia sesedap tu. cehh..
hari plak berbuka bersama kawan aku yang dua orang ni Fikri dan YenYen. seronok jugak berbuka ramai2. diaorang bawa makanan dari rumah so memang banyak la makanan berbuka aku malam ni. sampai senggah perut aku makan. sampai dah x muat nak masok makanan. haha. Thanks yenyen dan fikri sudi iftar dengan Messyserabut. hehe. bajet ja aku ni. selesai la puasa aku utk hari keempatbelas ni. bye.
2 comments:
puasa2 best kalo bangun lambat..keh kh kh..
betol tu... haha.. kalau bangun awal buat apa nnt lapar awal. haha..
Post a Comment