hari ni hari pertama puasa tahun ni. alhamdulillah aku dan kita2 semua dapat lagi merasa nikmat ramadhan kan. biasala kalau hari pertama ada setengah orang okey ja. (boleh tahan lapaq lagi) ada orang baru sekerat hari dah terbongkang kepenatan. al maklum la puasa mengalahkan berperang di bulan2 puasa plak yawww. tu la org suruh bangun sahur x nak. kan hambek kau dah penat. but for me i'm still energetic walaupun dah petang. haha.
pagi tadi bangun bersahur lebih kurang pukul 5.30pagi. alah kalau duk kat rumah best la dapat bersahur dgn nasi goreng ke, tom yam ke (banyak la ko punya tom yam pagi buta) tapi aku kat hostel ni bersahur dengan Nesvita 3 in 1 je. mula2 tu igt rajin la nak masak ayam masak merah, telur dadar, nasi tomato, bla bla bla (sapo nak masak kat ekau) mengalahkan orang nak berbuka plak. lepas bersahur terus menarik selimut sebabnya terlalu mengatuk. (bukannya nak baca al-Quran ke hape ke kan) bertuah punya budak.
lepas tu tidur terus x hengat dunia sampai pagi. actually pada hari pertama puasa pun aku dah terlepas solat subuh gara2 x dengar bunyi alarm. so hape lagi kena qada' la. x pa bukan disengajakan. hari ni ada kuliah hanya sampai pukul 11.40pagi sebab bulan puasa waktu interaksi kuliah harian disingkatkan menjadi ntah la berapa minit (x sempat puloks nak kira sebab bab kira2 ni lemah sikit) jadi ada la peluang nak sambung tidur. balik je dari kuliah terus sambung tido sampai zohor (nasib baik x terlepas zohor) lepas solat zohor sambung balik tido sampai asar ( memang keja aku tido je la bulan2 puasa ni) hadoi jangan tiru plak aksi ni makruh tau.
lepas tu sambung dengan mengemas bilik yang penuh habok tinggal selama dua hari. ahh.. sambil tu mesti la kena layan fb. buka fb terus tengok status tentang juadah berbuka. alah korang ni apa susah2 pergi ja beli kat bazaar tu belambak jenis makanan hado. kau nak hapo murtabak, nasi, benjo, hape semua hado. jadi dekat bazaar tadi aku beli nasi putih lauk ayam masak merah dan daging masak kicap semua RM3 ja. then beli donut and curry puff sedap jugak cuma donut tu x la mcm yg big apple or dunkin donut punya. haha. berbuka bersama kurma (tamar bak kata org arab) air kosong dan juga menunpang sekaki jus epal kawan aku beli. haha. semua habis dalam RM5 saja memang menjimatkan di hari pertama puasa. ramai kawan2 aku yang berbuka di surau kerana disitu kami hanya perlu membayar RM10 untuk sebulan jadi memandangkan elaun belum masok memang ramailah yang berbuka disurau tadi. aku hampeh nak berebut makan kat sana. kui3.
tadi sembahyang isya' and tarawih kat surau. hmm tapi buat lapan rakaat je la plus 3 witir. tetiba semangat nak buat witir terus padahal semalam malam pertama tarawih belah sikitnya awal. haha. harap esok dapat puasa dengan mudah lagi. haha. harap jugak elaun masok esok. baju raya dah tempah online kui3. semangat tapi takot x sempat raya je dah bedal pakai baju tu. hihi.. igt berbuka puasa tu jgn lupa buat kurma sahur pun sama. semoga dapat puasa dgn cemerlang esok buat semua.
tamar yu ta memang sodappp.. |
2 comments:
kalau bertenaga petang2 tu tak pose la maknenye
haip mana daa.. hari 1st je tenaga sampai ptg hari lain terkulai pagi2 lagi.
Post a Comment