Friday, August 5, 2011

DAY 5: RAMADHAN STORY


assalamualaikum..

Hari kelima puasa. Korang macam mana okey x? haha.. jgn ada yg ponteng sudah. (curi minum kat dapur yee) okey aku mcm biasa bgn sahur tapi hari ni awal sikit 5.15pagi dah terbangun nak sahur. Entah la tetiba hari ni terawal la plak. Sahur aku just makan nesvita 3in1 jugak pagi buta then minum air kosong. Sambung tido balik mcm biasa Cuma hari ni aku x dak kelas so bleh la bgn lewat sikit. Lepas bangun solat subuh pagi tadi aku tido balik sampai pukul 8 pagi.

Hari ni aku balik rumah so bas aku pukul 9.15pagi jadi kena la bersiap nak ke stesen bas tumpanng kawan aku. Lagipun kelas petang dah diganti seawal mungkin so blah la pagi2 buta lagi. Kalau diikutkan kami bukan boleh keluar awal mcm tu sebab tu waktu interaksi kuliah haha. Hado aku kesahnya? Hah.. masa dalam bas tadi pergh perut bukan main sakit lagi sebab keanginan hadoiii. So ambil keputusan nak tido je dalam bas tu. Masa tgh tidur for sure la kena dgr lagu kan. Tiba2 terdengar dengkuran. Kui3. Bukan aku yg bedengkur okey orang lain iaitu seorang perempuan sebaya aku jugak. Haha sungguh kurang manis (x manis langsung) kalau perempuan tido berdengkur. Haha. Hape daa.

Lebih kurang pukul 1 lebih mcm tu aku sampai rumah terus ke masjid utk solat jumaat. Balik je pada solat jumaat tgk tv sampai x hengat dunia. Then mak aku ajak aku pergi bazaar lepas asar so hape lagi dah lama x pergi bazaar kat tempat aku ni. Jalan sana jalan sini beli la apa yg patut. Tapi x la banyak sgt. Sampai rumah terus hidang makanan sebab dah pukul 7.00 then tunggu masa utk berbuka. Mak aku sempat lagi goreng ikan pekasam. Pergh baunya.. (hilang pahala puasa aku haha)

Hari ni berbuka dengan mak dan adik aku. Juadah kami hari ni popia basah dan goreng, ikan pekasam (home made) ada pudding, asam pedas, sup sayur sengkuang, sambal sotong, jus dragon fruit dan of course kena ada nasi and air kosong. Lepas makan terus solat then pergi masjid utk solat tarawih. Aku cm biasa tarawih hanya buat lapan sahaja. Sekian.. hehe.. masa solat tu kan bebudak kecik ni sempat lagi dok main mercun padahal raya lambat lagi la adik2 hoiii. Dum sana dam sini nasib baik tok imam x melatah kalau x dah jadi maharaja lawak kat situ. Balik pada solat tarawih terus tgk tv then tertidur depan tv. Hehe. Tu je la fifth day puasa aku. Bye.

No comments: